Thursday, September 30, 2010

PEMBINAAN LORONG MEKANISASI/TUAI


DEFINISI

Pembinaan lorong mekanisasi ialah aktiviti menolak dan meratakan permukaan tanah antara dua barisan pokok sawit menggunakan jentera mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

OBJEKTIF

Membolehkan laluan pelbagai jentera bagi meningkatkan kecekapan aktiviti di ladang.

PIAWAIAN
  1. Lorong mekanisasi yang dibina berukuran 2.4 m lebar.
  2. Lorong mekanisasi mestilah bersambung antara satu sama lain.
  3. Lorong tersebut diselangselikan dengan lorong pelepah (timbunan pokok di tebing).
  4. Lorong yang dibina mestilah bertemu dengan jalan pertanian.


 PERALATAN DAN BAHAN
  1. Jentolak (D6) dengan kuasa 50 kk hingga 80 kk dan mata pisau bersaiz 2.4 meter lebar.
  2. Pita Ukur/ trumeter.
  3. Pancang Kayu.
  4. Traktor dilengkapi pengeret (Back Pusher).
 PANDUAN PRODUKTIVITI

Jenis Alat
m/hari
Jentolak 
2000- 3000 
Traktor 
1500 - 2000

Catitan:    Penggunaan Jentolak adalah digalakkan kerana berkeupayaan untuk menolak tunggul dan batu besar.    

KAEDAH

 A. Membaris lorong mekanisasi.
  1. Kerja memasang pancang perlu untuk menentukan lorong mekanisasi yang akan dibina.
  2. Kerja menolak lorong mekanisasi dibuat selepas kerja pembangunan utama dijalankan.
  3. Jentolak perlu menolak di tengah-tengah lorong barisan tanaman.


 B.    PEMBINAAN LORONG MEKANISASI
  1. Lorong mekanisasi hendaklah dibina sepertimana gambarajah.

  2. Sebelum membina lorong mekanisasi, serpihan-serpihan pelepah dan batang sawit yang berada di laluan lorong mekanisasi mestilah dialihkan.

  3. Lorong mekanisasi mestilah ditolak rata.

  4. Kemajuan kerja hendaklah direkodkan mengikut borang/ format seperti dilampirkan.
KAWALAN

Kerja meratakan lorong mekanisasi hendaklah tidak merosakkan permukaan tanah yang ketara

KESESUAIAN PELAKSANAAN 

Pembinaan lorong mekanisasi sebaik-baiknya dijalankan selepas kerja-kerja pembangunan utama atau kerja membaris sawit. 


 ALAM SEKITAR

Elakkan daripada membuang sisa-sisa minyak dan alat ganti di ladang dan di sungai. 


KESELAMATAN

Setiap pekerja yang terlibat dengan aktiviti membina lorong perlu mematuhi langkah keselamatan    yang      telah ditentukan oleh syarikat.

PETUNJUK KEJAYAAN 
  1. Lorong mekanisasi mematuhi spesifikasi.

  2. Tiada air mengalir keluar dari ladang ke parit sisi jalan.

  3. Tiada permukaan lorong yang lembik dan kenderaan melaluinya tidak tersangkut.



PELAN PEMBANGUNAN TANAM SEMULA

No comments: