Saturday, September 12, 2009

PENENTUAN KERJA MELUBANG DAN MENANAM KELAPA SAWIT

A. Di Tapak Semaian
(Kedudukan Tapak Semaian ini ditentukan oleh Pegawai Penguasa)

1. Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah mengadakan kenderaan yang sesuai dan secukupnya untuk mengangkut anak benih dari tapak semaian ke ladang.

2. Anak benih sawit dalam polibeg (selepas ini disebut sebagai anak benih) hendaklah disiram dengan air hingga cukup lembab menurut cara dan pada masa yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa sebelum anak benih ini diangkat dan dipunggah ke dalam lori untuk diangkut ke ladang untuk ditanam.

3. Anak benih hendaklah dicabut dan diangkat dengan cermat daripada permukaan bumi supaya polibeg tidak pecah semasa ke kenderaan. Di atas kenderaan, polibeg anak benih hendaklah disusun atur satu lapisan sahaja (tidak bertindih) dengan merapatkan polibeg-polibeg diantara satu sama lain secara berdiri tegak supaya anak benih tidak tumbang semasa di dalam perjalanan ke ladang. Muatan yang sedikit hendaklah diikat bagi mengelakkan anak benih tumbang atau rosak.

4. Anak benih hendaklah diangkut ke ladang dan diturunkan dibeberapa tempat di ladang seperti yang akan diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

5. Jika anak benih yang didapati rosak atau polibeg terkoyak, maka beg-beg yang demikian hendaklah dililit dan diikat dengan kain guni untuk mencegah bebola tanah sekeliling akar daripada berderai.

6. Anak benih kelapa sawit yang akan ditanam dalam kawasan nu akan diperolehi dari mana-mana tapak semaian Estet yang akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa. Harga menanam anak sawit hendaklah termasuk harga mengangkut anak benih dari semaian ke rancangan berkenaan.

7. Bilangan pengeluaran anak benih daripada Tapak Semaian ke ladang perlu diperakui oleh kontraktor utama atau wakil-wakilnya.


B. Di Ladang

1. Pihak Estet akan membekalkan baja Fosfat Asli mengikut jumlah keperluan. Kontraktor dikehendaki mendapatkan bekalan baja tersebut dari stor rancangan. Urusan pengangkutan dari stor ke ladang sawit adalah tanggungjawab kontraktor.

2. Sebelum penanaman anak benih ini dijalankan, lubang hendaklah digali pada pancang tanaman yang telah ditetapkan berukuran 40 cm x 40 cm x 30 cm yang boleh memuatkan keseluruhan bebola tanah dan ditabur baja Phosphate sebanyak 500 gm setiap lubang. Semua anak benih hendaklah ditanam pad a hari yang sama anak benih tersebut diangkut ke ladang. Di kawasan teres anak-anak benih hendaklah ditanam pada jarak 1 meter dari dinding teres.

3. Bahagian bawah polibeg itu hendaklah dikelar dan beg itu dimasukkan ke dalam lubang. Kemudian bahagian tepi polibeg itu dikelar dan beg itu dikeluarkan dengan perlahan-Iahan dan berhati- hati daripada lubang supaya bebola tanah di sekeliling anak-anak benih itu tidak pecah. Tanah bahagian atas hendaklah ditimbuskan ke dalam lubang dan dimampatkan dengan menggunakan alu. Permukaan tanah yang mampat hendaklah separas antara tanah asal dengan pangkal anak benih. Polibeg kosong itu hendaklah digunakan sebagai sungkupan di sekeliling pangkal pokok.

Penanaman Secara Mekanikal

4. Pemborong hendaklah menyediakan jumlah trekter yang mencukupi dan mempunyai peralatan "augur" di belakangnya.

5. Lubang hanya digali di tempat-tempat yang mempunyai pancang buluh sahaja. la hendaklah mempunyai garis pusat 60cm dan dalam 45cm. Jumlah maksimum lubang yang perlu digali ialah 136 lubang sehektar jika sesuai.

6. Semua tanah yang dikorek diletakkan di atas permukaan tanah, kira-kira 15 cm daripada lubang untuk mengelakkan lubang terkambus semula. Lubang hendaklah digali semula jika tertimbus akibat hujan, laluan jentera dan sebagainya.

7. Tabur baja fosfat sebanyak 300 gm ke dalam lubang tanaman.
Letakkan bebola tanah anak sawit ke dalam lubang, timbus dan padatkan separas dengan permukaan tanah.

8. Anak benih untuk tujuan penyelidikan hendaklah ditanam pada tempat-tempat yang akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

9. Pada setiap hari kerja, sekurang-kurangnya 3,000 pokok anak benih hendaklah diangkut dari tapak semaian untuk ditanam diladang. Jumlah anak benih ini boleh ditambah oleh Pegawai Penguasa mengikut budibicaranya berdasarkan keluasan kawasan yang perlu ditanam.

10. Setiba di ladang, anak-anak benih hendaklah diturun dan disusun tegak dan rapat di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Pegawai Penguasa. Semua anak benih yang telah diangkut ke ladang hendaklah habis ditanam pad a hari yang sama. Sekiranya tidak dapat disiapkan di atas sebab-sebab yang munasabah dan diperakui oleh Pegawai Penguasa, kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah menjalankan kerja-kerja penyiraman pokok- pokok tersebut serta bertanggungjawab di atasnya.

11. Kontraktor akan dikenakan denda jika berlaku sebarang kecacatan ke atas anak-anak benih semasa dalam pengendaliannya disebabkan kecuaian kontraktor ataupun pekerja-pekerjanya seperti berikut:-

a) RM10.00 bagi setiap pokok yang rosak semasa pengangkutan.
b) RM10.00 bagi setiap pokok yang rosak/mati kerana kelewatan kerja menanam atau penanaman yang tidak betul.
c) RM20.00 bagi setiap pokok yang ditanam bersama-sama polibeg.

12. pihak Estet adalah berhak memberhentikan kontraktor daripada menjalankan kerja penanaman, sekiranya kerosakan seperti yang diterangkan di dalam perkara B.7 di atas melebihi 2% daripada jumlah anak benih yang ditanam.

13. Jika cuaca sesuai kesemua kerja penanaman hendaklah disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan dalam kontrak. Pegawai Penguasa adalah berhak memberhentikan kerja menanam pada bila-bila masa jika menurut pendapatnya keadaan cuaca tidak sesuai untuk kerja menanam. Dalam hal seperti ini tambahan masa bersamaan dengan jumlah hari kerja penanaman diberhentikan oleh Pegawai Penguasa kerana keadaan cuaca tidak sesuai akan diberikan kepada kontraktor.

14. Kontraktor adalah dikehendaki menanam antara 134 pokok - 136 pokok sehektar (mengikut kedudukan permukaan bumi). Kontraktor akan teruskan kerja dan tanggungjawabnya sehingga dirian pokok yang hidup subur mencapai sekurang-kurangnya 134 pokok - 136 pokok sehektar (mengikut kedudukan permukaan bumi).

15. Sijil Bayaran akan dikeluarkan, jika kerja-kerja telah disiapkan mengikut penentuan seperti berikut:-
a) 70% dari harga kontrak selepas 14 hari dari tarikh penanaman 5,500 pokok dengan syarat pokok-pokok sawit yang ditanam itu hidup subur.

b) 30% dari harga kontrak selepas ditanam, dipastikan dirian pokok hidup subur, tanah dikeliling dipadatkan, yang condong ditegakkan dan dipotong 5% sebagai Wang Tahanan.