Thursday, September 30, 2010

PEMBINAAN LORONG MEKANISASI/TUAI


DEFINISI

Pembinaan lorong mekanisasi ialah aktiviti menolak dan meratakan permukaan tanah antara dua barisan pokok sawit menggunakan jentera mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

OBJEKTIF

Membolehkan laluan pelbagai jentera bagi meningkatkan kecekapan aktiviti di ladang.

PIAWAIAN
  1. Lorong mekanisasi yang dibina berukuran 2.4 m lebar.
  2. Lorong mekanisasi mestilah bersambung antara satu sama lain.
  3. Lorong tersebut diselangselikan dengan lorong pelepah (timbunan pokok di tebing).
  4. Lorong yang dibina mestilah bertemu dengan jalan pertanian.


 PERALATAN DAN BAHAN
  1. Jentolak (D6) dengan kuasa 50 kk hingga 80 kk dan mata pisau bersaiz 2.4 meter lebar.
  2. Pita Ukur/ trumeter.
  3. Pancang Kayu.
  4. Traktor dilengkapi pengeret (Back Pusher).
 PANDUAN PRODUKTIVITI

Jenis Alat
m/hari
Jentolak 
2000- 3000 
Traktor 
1500 - 2000

Catitan:    Penggunaan Jentolak adalah digalakkan kerana berkeupayaan untuk menolak tunggul dan batu besar.    

KAEDAH

 A. Membaris lorong mekanisasi.
  1. Kerja memasang pancang perlu untuk menentukan lorong mekanisasi yang akan dibina.
  2. Kerja menolak lorong mekanisasi dibuat selepas kerja pembangunan utama dijalankan.
  3. Jentolak perlu menolak di tengah-tengah lorong barisan tanaman.


 B.    PEMBINAAN LORONG MEKANISASI
  1. Lorong mekanisasi hendaklah dibina sepertimana gambarajah.

  2. Sebelum membina lorong mekanisasi, serpihan-serpihan pelepah dan batang sawit yang berada di laluan lorong mekanisasi mestilah dialihkan.

  3. Lorong mekanisasi mestilah ditolak rata.

  4. Kemajuan kerja hendaklah direkodkan mengikut borang/ format seperti dilampirkan.
KAWALAN

Kerja meratakan lorong mekanisasi hendaklah tidak merosakkan permukaan tanah yang ketara

KESESUAIAN PELAKSANAAN 

Pembinaan lorong mekanisasi sebaik-baiknya dijalankan selepas kerja-kerja pembangunan utama atau kerja membaris sawit. 


 ALAM SEKITAR

Elakkan daripada membuang sisa-sisa minyak dan alat ganti di ladang dan di sungai. 


KESELAMATAN

Setiap pekerja yang terlibat dengan aktiviti membina lorong perlu mematuhi langkah keselamatan    yang      telah ditentukan oleh syarikat.

PETUNJUK KEJAYAAN 
  1. Lorong mekanisasi mematuhi spesifikasi.

  2. Tiada air mengalir keluar dari ladang ke parit sisi jalan.

  3. Tiada permukaan lorong yang lembik dan kenderaan melaluinya tidak tersangkut.



PELAN PEMBANGUNAN TANAM SEMULA

Sunday, September 19, 2010

MENANAM SAWIT



     DEFINASI
  • Menanam sawit adalah satu proses menanam anak benih dengan menggunakan bahan tanaman yang bermutu, cukup umur, dan pada keadaan cuaca yang sesuai dengan menggunakan teknik yang betul.

 
    OBJEKTIF

 
  1. Mempastikan anak sawit yang tumbuh akan bermutu dan produktif.
  2. Mengelak dari berlaku kerosakan (transplanting shock) dan kematian semasa menanam.
  3. Mengadakan pokok sawit yang seragam pertumbuhannya dan tiada kerja-kerja menyulam dijalankan.
  4. Memperolehi hasil ekonomik yang tinggi dan berkekalan

 
    PIAWAIAN
  1. Saiz lubang tanaman mesti 10 cm lebih lebar dan dalam daripada ukuran polibeg.
  2. Baja Phosphate (CIRP) sebanyak 500 gm ditabur di dalam lubang tanaman
  3. Anak benih ditanam di dalam keadaan yang tegak dan 2.5 cm di bawah paras tanah keliling.

 
    PERALATAN DAN BAHAN
  1. Anak Benih.
  2. Baja fosfat batuan.
  3. Kereta sorong atau bakul kandar.
  4. Cangkul menggali.
  5. Bekas dan penyukat baja.
  6. Pisau tajam.
  7. Beg baja kosong.
  8. Kayu pemadat.

 
    PANDUAN PRODUKTIVITI

  
Kaedah Gali Lubang
Pokok / Manday
Manual 
70 – 80 
Jentera 
100 – 120 
     
  •  Produktiviti kerja menanam bagi seorang bekerja selama 8 jam (manday) bergantung kepada kaedah lubang digali dan kemahiran pekerja
 
    KAEDAH 
  1. Pengkelasan tugasan untuk menggali lubang, mengangkut anak sawit , membaja dan menanam diagihkan kepada kumpulan berasingan.
  2. Pokok dibawa dari tepi jalan ke tapak tanaman dengan menggunakan kereta sorong, bakul atau dipikul dengan bahagian pucuk di atas
  3. Anak benih dikendalikan dengan sempurna supaya tiada berlaku kerosakan (transplanting shock) semasa pemindahan ini, kekalkan anak benih di dalam keadaan sihat dan subur seperti di semaian
  4. Kerosakan anak benih yang dikendalikan dengan kasar seperti polibeg dan bebola tanah pecah, pucuk anak benih patah dan anak benih tercabut dari polibeg. Kerosakan ini akan menyebabkan pertumbuhan anak benih terbantut.
  5. Lubang digali di atas pancang tanaman yang telah ditentukan dan pastikan di dalam garisan yang lurus dan di dalam barisan tanaman.
  6. Penghantaran anak benih dari tepi jalan ke tapak penanaman digalakan menggunakan minitrektor sekiranya bersesuaian.
  7. Lubang tanaman boleh digali dengan cara manual atau menggunakan jentera.
  8. Saiz tanaman yang sesuai bagi anak benih sawit ialah 45 x 45 x 60 cm.
  9. Lubang tanaman yang digali mempunyai tebing vertikal (tidak mengecil di bahagian bawah).
  10. Taburkan fosfat sebanyak 500 gm di dalam lubang sebelum menanam.
  11. Polibeg dikeluarkan dengan memotong dibahagian bawah dahulu dan diletakkan ke dalam lubang, kemudian dipotong bahagian tepi untuk menarik keluar polibeg.
  12. Masukan anak benih ke dalam lubang di dalam keadaan yang tegak dan keadaan bebola tanah tidak pecah atau dipotong.
  13. Anak perlu ditanam dengan kedalaman pangkal anak benih 5 cm lebih rendah daripada paras permukaan tanah sekitarnya.
  14. Lubang perlu dikambus semula di keliling anak benih dengan cermat dan padat, pastikan tanah yang dikambus itu gembur dan tidak berketul besar.
  15. Hujung cangkul boleh digunakan untuk memadatkan tanah di sekeliling kawasan kosong di antara anak benih dengan tanah di sekitarnya

 

  KAWALAN  
  1. Polybeg yang digunakan ditanggalkan dari bebola tanah sebelum menanam anak benih.
  2. Tidak memotong atau memecahkan bebola tanah semasa kerja menanam dijalankan.
  3. Anak benih sawit dikendalikan dengan cermat dengan mengekalkan kesuburan anak benih seperti di semaian.
  4. Lubang tanaman perlu 10 cm lebih daripada ukuran bebola tanah.
  5. Anak benih sawit ditanam didalam keadaan yang tegak dan tidak tumbang.
  6. Ruang kosong perlu dikambus dengan tanah gembur dan dipadat secukupnya.
  7. Anak benih ditanam di tapak tanaman, dan lurus di dalam barisan anak sawit.

   KESESUAIAN PELAKSANAAN 
  • Masa atau bulan yang sesuai untuk kerja menanam adalah dalam bulan September – November.
  • Ini adalah kerana terdapat taburan hujan yang tinggi dan bekalan air yang mencukupi untuk kerja-kerja menanam sawit di ladang.
 
   ALAM SEKITAR 
  1. Anak benih tidak ditanam terlalu rapat dengan anak sungai dan punca air mengalir, dengan jarak ruang kosong tidak kurang dari 4.5 meter.
  2. Bekas polibeg perlu dikeluarkan dari kawasan tanaman dan dimusnahkan dengan tidak mencemarkan alam sekitar.
 
    KESELAMATAN
 
  1. Gunakan sarung tangan semasa menjalankan kerja menanam.
  2. Gunakan kasut yang sesuai semasa kerja menanam.
  3. Gunakan alat pelindung keselamatan yang sesuai bagi mengelakkan berlaku luka daripada pisau dan cangkul yang tajam.
  4. Penggunaan baja fosfat semasa menanam boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit dan mata. Pakaian mestilah bersesuaian semasa melakukan kerja menanam.
  5. Basuh tangan dengan bersih menggunakan air selepas siap kerja atau waktu rehat.
  6. Makan, minum dan merokok tidak dibenarkan semasa menjalankan kerja menanam.
 
PETUNJUK KEJAYAAN
 
  • Anak benih ditanam sepenuhnya dengan tiada berlaku rencatan selepas ditanam, dan membesar dengan seragam.
  • Peratus menyulam anak sawit adalah di bawah paras 2 peratus.
  • Anak sawit mula mengeluarkan hasil 24 - 30 bulan.



CONTOH REKOD KEMAJUAN KERJA MENANAM
LADANG SG BAYU
PERINGKAT : 01
LUAS KAWASAN : 200.00 HEKTAR.
JUMLAH POKOK PERLU DITANAM : 27,200 POKOK
REKOD KEMAJUAN KERJA MENANAM

 
TARIKH 
JUMLAH PEKERJA
(orang) 
JUMLAH DITANAM
(pokok) 
BLOK / ZONE 
PRODUKTIVITI
KERJA
( pokok / mday)  
% SIAP
CATITAN 
Hari Ini 
Hingga hari Ini 
1.9.2005 
10 
850 
1A 
85 
3.12 
3.12 
Hujan 
2.9.2005 
10 
900 
1A 
90 
3.30 
6.42 
Hujan 
3.9.2005 
10 
850 
1B 
90 
3.30 
9.72 
Panas 

 

 
SAIZ LUBANG TANAMAN DAN CARA MENANAM ANAK BENIH SAWIT

 

 





  
CONTOH BORANG REKOD KEMAJUAN KERJA
REKOD KEMAJUAN KERJA
MENANAM SAWIT

 

 
BULAN :__________________ TAHUN :__________________________
Tahun Pembangunan :_______      Pemborong :________________________
Luas Kawasan :____________    No. Kontrak :_______________________
Tarikh Sepatut Siap :_______   Harga Sepokok (RM) :________________
Tarikh Siap Sebenar :______________

 
Hari bulan
Bolk/ Zone dikerjakan
Bil Pekerja
Jumlah Pokok diterima
Jumlah Pokok ditanam
Jumlah Luas
Ditanam
( hek)
Kuantiti baja RP digunakan (kg)
CATITAN
H.I
H.H.I
H.I
H.H.I 
H.I
H.H.I 
H.I
H.H.I 
Jumlah 

 
Produktiviti Membaris Tapak Tanaman Sepekerja Sehari : ________hektar.