Monday, October 18, 2010

MEMBARIS SAWIT DI KAWASAN BERTERES



DEFINASI

Membaris sawit kawasan berteres ialah satu aktiviti menetapkan jarak dan tapak penanaman sawit di kawasan berteres



OBJEKTIF

  1. Menetapkan jarak dan tapak penanaman bagi memperolehi jarak dan susunan tanaman yang ditetapkan.
  2. Menghasilkan ruang yang optimum bagi pertumbuhan, pengambilan nutrien, air dan cahaya matahari bagi setiap pokok sawit yang ditanam.
  3. Penetapan jarak dan tapak penanaman yang sesuai sangat penting dalam menentukan pengeluaran hasil yang maksimum.


PIAWAI

  1. Kedudukan tapak penanaman mestilah 1 meter dari belakang teres .
  2. Jarak antara tapak penanaman perlu mengikut Jadual 1 di bawah.
  3. Corak tanaman mesti berbentuk tiga segi.
  4. Tapak penanaman pertama di teres mesti antara 1.5 - 2.0 meter dari tepi jalan pertanian.
PERALATAN DAN BAHAN
  1. Pita Pengukur - Mengukur titik tanaman yang ditentukan.
  2. Pancang anak - Pancang buluh berukuran 1cm x 1.2 m bercat putih di atasnya.
  3. Kayu Beruti - Ukuran 25.4 mm x 1meter panjang.
  4. Kayu Beruti - Ukuran 25.4 mm x 1meter panjang.

PANDUAN PRODUKTIVITI

Tenaga Kerja 
Luas kawasan kerja/hari
1 kumpulan 3 – orang pekerja 
40 - 45 hektar 



KAEDAH

Jarak tapak penanaman di atas teres bergantung kepada jarak lebar di antara teres. Jarak titik tanaman di atas teres boleh dikira seperti berikut:



Panjang keseluruhan teres satu bukit ÷ ( luas bukit tersebut x dirian pokok sehektar)




Contoh: Satu bukit seluas 10 hektar, panjang semua teres yang telah dibina di kawasan tersebut ialah 12,000 meter. Jarak tapak penanaman di atas teres kawasan tersebut ialah 8.82 meter (Kawasan tersebut berkecerunan antara 11-15 º - jarak tanaman 8.90 meter seperti Jadual 1 di bawah).

12,000 ÷ (10 x 136 ) = 8.82 meter


JADUAL 1 :
PANDUAN JARAK TANAMAN MENGIKUT KECERUNAN KAWASAN DAN JARAK ANTARA TERES (136 POKOK/HEKTAR)


Kecerunan
( º )
Jarak condong antara Teres
( meter) 
Jarak Tanam
(meter) 
Kecerunan
( º )
Jarak condong antara Teres
( meter) 
Jarak Tanam
(meter) 
1 
9.14 
9.15 
13 
9.40 
8.90 
2 
9.15 
9.15 
14 
9.43 
8.90 
3 
9.16 
9.15 
15 
9.47 
8.90 
4 
9.17 
9.15 
16 
9.52 
8.65 
5 
9.18 
9.15 
17 
9.57 
8.65 
6 
9.20 
9.07 
18 
9.63 
8.65 
7 
9.22 
9.07 
19 
9.69 
8.65 
8 
9.23 
9.07 
20 
9.75 
8.65 
9 
9.26 
9.07
21 
9.81 
8.35 
10 
9.29 
9.07 
22 
9.88 
8.35 
11 
9.33 
8.90 
23 
9.95 
8.35 
12 
9.36 
8.90 
24 
10.03 
8.35 


Kerja membaris kawasan berteres perlu dijalankan bagi memastikan corak tanaman tiga segi diperolehi dan dirian mencapai 134 hingga 136 pokok/hektar. Perkara ini perlu bagi memastikan pertumbuhan anakbenih sawit yang seragam dan mendapat cahaya matahari yang cukup. Kaedah untuk membaris di kawasan berteres seperti berikut :


  1. Pastikan jarak tanaman berpandukan jadual 1 di atas
  2. Aktiviti ini memerlukan 3 orang pekerja sahaja
  3. 2 orang menarik pita pengukur untuk mengukur jarak dan seorang lagi membawa pancang anak dan memancangnya.
  4. Susun atau letakkan pancang-pancang anak setiap teres (di tepi jalan) bagi memudahkan pengambilan pancang anak.
  5. Aktiviti membaris perlu dimulakan dari teres teratas sekali.
  6. Pancang tapak penanaman pertama di atas teres mestilah di antara 1.5-2.0 meter dari tepi jalan.
  7. Jarak ini penting bagi memudahkan aksesibiliti teres secara manual ataupun menggunakan jentera.
  8. Kedudukan tapak penanaman mestilah 1 meter dari belakang teres.
  9. Jarak ini boleh diukur dengan cepat menggunakan kayu beruti yang panjangnya tepat 1 meter.
  10. Tarik pita pengukur ke dalam teres dari pancang pertama, pancangkan/tandakan dengan pancang anak pada jarak yang ditentukan sehingga siap teres pertama seperti Gambarajah 2.
  11. Untuk memulakan pancang pertama pada teres kedua, mesti bermula dari tengah-tengah pancang ke 2 dan 3 teres pertama.
  12. Pancangkan/tandakan dan ukur jarak tanaman yang ditentukan ke dalam teres dan tepi jalan. Pergerakan ini diteruskan hingga siap seluruh kawasan.

 KAWALAN

  1. Jarak tanaman perlu mengikut kecerunan kawasan seperti jadual diatas.
  2. Ukuran jarak teres perlu tepat dan betul.
  3. Pita pengukur perlu ditarik tegang dan lurus.
  4. Pancang tapak penanaman perlu dipancang tegak dan lurus.
KESESUAIAN PELAKSANAAN

Aktiviti membaris kawasan berteres perlu disiapkan sebelum aktiviti menanam dijalankan.

ALAM SEKITAR

Elakkan daripada membakar pancang kayu yang rosak dan membuang di punca aliran air.

KESELAMATAN

Menggunakan langkah-langkah keselamatan sebagaimana yang ditentukan di dalam JKKAS. Pakaian kerja adalah bersesuaian dengan kerja membaris.


PETUNJUK KEJAYAAN

  1. Corak tanaman berbentuk tiga segi sama.
  2. Dirian pokok sehektar mencapai antara 132-136 pokok.
  3. Anak sawit tidak ditanam terlalu hampir dengan jalan.
  4. Anak sawit ditanam 1 meter dari belakang teres.
  5. Penggunaan jentera dapat digunakan di atas teres seperti membaja, menuai dan mencuci merumput.
  6. Pertumbuhan pokok adalah subur.


RUJUKAN

1.    Perusahaan Sawit Di Malaysia – (MPOB).
2.    Manual Penanaman Dan Penyelenggaraan Sawit – (MPOB).
3.    Pekililing Tanaman Sawit (FASSB).       








CONTOH BORANG REKOD KEMAJUAN KERJA



























    































































 

6 comments:

Goldman said...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

cencurut said...

admin mtk tlg add membaris di kaw undulating/flat area.

tq.

Anak peneroka said...

Slm...corak tanaman berbentuk 3 segi setelah proses membaris di kawasan berteres...tidakkah ianya satu yg mustahil?? Minta penerangan

Mister X said...

admin mintak tolong untuk panduan jarak tanaman di kawasan teres bagi mendapatkan SPH 148/Ha...

TQ.

Unknown said...

Salam admin..
Minta tolong panduan jarak teres dan jarak tanaman di ters bagi mendapatkan
SPH 148 pokok/Ha...

Terima Kasih...

Unknown said...

Apa Yg mustahil nye.. sya dh buat byk kali dgn comp Kuala Lumpur Kepong Berhad..