Saturday, September 11, 2010

MEMASANG SUNGKUPAN TANDAN KOSONG

DEFINISI Satu aktiviti meletakkan sungkupan tandan kosong atau cincangan batang sawit di keliling pokok selepas kerja menanam sawit.

OBJEKTIF

i. Memberi kelembapan kepada pokok sawit.
ii. Memberi pulangan nutrien melalui pereputan sungkupan.
iii. Memperbaiki struktur dan tekstur tanah.
iv. Mengawal pertumbuhan rumpai dibulatan pokok sawit.

PIAWAIAN

i. Susunan mengelilingi pokok sebanyak 3 lingkaran (±25 tan perhektar)
ii. Jarak perletakkan dalam lingkungan 0.3 meter dari pangkal pokok
ii. Disusun selepas pokok ditanam dan kepingan zing dipasang.

PERALATAN DAN BAHAN

i. Lori
ii. Mini trektor
iii. Kereta sorong
iv. Gancu
v. Tandan kosong
vi. Sarung tangan


PANDUAN PRODUKTIVITI

Tenaga Pekerja                                            Produktiviti (ha/m.day)

Tandan Kosong                                                   0.2 - 0.3

Cincangan Batang Sawit                                       0.5- 1.0


KAEDAH

i. Mendapatkan bekalan tandan kosong dari kilang sawit.
ii. Menyediakan peta kawasan kerja dan keperluan buruh yang mencukupi.
iii. Pihak ladang wajib menjalankan penerangan, tunjukajar dan kepentingan kerja tersebut kepada pemborong dan pekerja sebelum melaksanakan kerja.
iv. Perlaksanaan kerja perlu dijalankan dari lorong ke lorong untuk mempastikan tiada pokok sawit dan kawasan tertinggal.
v. Penyelia ladang mesti mengatur keperluan tandan kosong bagi setiap lorong.
vi. Tandan kosong akan dibawa ke ladang dengan menggunakan kereta sorong atau mini trektor.
vii. Gancu digunakan untuk menyusun tandan kosong dari pangkal dengan jarak 0.3 meter (25-30 keping/ pokok).
viii. Menyusun tandan kosong secara satu lapisan dikeliling pokok sawit.
ix. Tandan kosong perlu disusun dengan rapat antara satu sama lain.
x. Bulatan mencuci merumput mesti bebas dari rumpai sebelum memasang sungkupan.
xii. Penyelia mesti menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan sungkupan dipasang mengikut penentuan kerja.

KAWALAN

i. Tiada sisa dan longgokan tandan kosong berada di tepi jalan.
ii. Memasang sungkupan perlu dilaksanakan di hujung/dalam baris sawit ke tepi jalan
iii.Elakkan tandan kosong disusun secara bertindih melebihi 1 lapisan.


KESESUAIAN PELAKSANAAN

i. Kerja perlu disiapkan dalam tempoh sebulan selepas kerja-kerja menanam sawit selesai.

ALAM SEKITAR

i. Penjagaan alam sekitar perlu dijaga, dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar.
ii. Dilarang meletak tandan kosong di punca aliran air kerana ia mempunyai sisa minyak yang boleh mencemarkan aliran air.

KESELAMATAN


i. Penggunaan alat yang tajam seperti gancu mestilah mempunyai pelindung.
ii. Sekiranya tandan sawit kosong masih lagi panas penyusunan tandan hanya dibuat  selepas 3 hari diterima ladang.


PETUNJUK KEJAYAAN

Pertumbuhan pokok sawit lebih cepat membesar dan seragam



(Manual Sawit Lestari - FELDA)

No comments: