Sunday, July 4, 2010

PEMBAJAKAN BAGI PENANAMAN SAWIT

DEFINISI

Membajak ialah satu proses membalik/membongkar tanah di kawasan tapak penanaman yang berstruktur tanah padat dan marginal di kawasan tidak berteres.


OBJEKTIF
i. Memperbaiki struktur tanah.
ii. Memudahkan kerja penanaman.
iii. Meningkatkan kadar tumbesaran anak sawit.
iv. Langkah sanitasi untuk mengurangkan penyebaran penyakit reput pangkal batang.

PIAWAIAN
i. Kedalaman tanah yang perlu dibajak ialah di antara 46.00 cm hingga 60.00cm dari permukaan tanah.
ii. Lebar kawasan dibajak ialah 2.5 meter di sepanjang lorong tapak penanaman seperti Gambarajah di bawah.

PERALATAN DAN BAHAN
i. Traktor ( 4 WD ) 60 – 80 kk.
ii. Piring Pembajak .
iii. Pancang kayu.
iv. Pita Ukur.

PANDUAN PRODUKTIVITI

Jentera                    Hektar/ m.day

1 Traktor 4WD               2 – 3 ha.


KAEDAH

i. Tandakan di dalam peta sebelum kerja-kerja pembajakan dimulakan
ii. Letakkan pancang di lorong yang akan dibajak.
iii. Sediakan keperluan traktor yang sepatutnya mengikut keluasan dan tempoh yang perlu disiapkan.
iv. Sebarang tunggul kayu besar, batu besar hendaklah dialihkan dari kawasan yang hendak dibajak
v. Kaedah kerja membajak yang dijalankan dengan cara ulang alik sebanyak 2 kali.
vi. Rekod kemajuan kerja hendaklah direkodkan setiap hari. (Contoh seperti Rajah 1)

KAWALAN
i. Sebelum membajak, pastikan tiada tunggul, akar kayu, batang kayu, batu besar di kawasan pembajakan.
ii. Struktur tanah yang dibajak hendaklah gembur.
iii. Pembajakan hendaklah dilaksanakan mengikut lorong tapak penanaman.

KESESUAIAN PELAKSANAAN
i. Pembajakan dijalankan pada cuaca kering.
ii. Pembajakan dijalankan di kawasan berstruktur tanah padat.
iii. Pembajakan di kawasan beralun, landai, rata dan tidak berteres.

ALAM SEKITAR
i. Dilarang menimbus tanah ke dalam parit dan aliran air.
ii. Dilarang membuang sisa-sisa minyak hitam di ladang.

KESELAMATAN
Setiap pekerja yang terlibat didalam menjalankan aktiviti pembinaan teres perlu mematuhi langkah keselamatan yang telah ditentukan oleh JKKAS Syarikat.


PETUNJUK KEJAYAAN
i. Tanah di kawasan tapak penanaman menjadi gembur.
ii. Kadar tumbesaran pokok meningkat.



                                                  Rajah 1
 

 

2 comments:

Noor Azman said...

boleh saya tahu, adakan di kawasan berbukit kita boleh buat sistem blok. kalo kawasan paya kite boleh buat setiap blok sama keluasannya. bgaimana kawasan berbukit

MOHAMAD SUHAIMI said...

Di kawasan berbukit pun kita boleh buat sistem blok dan yang sebaiknya mengikut sempadan semulajadi seperti jalan dan lurah bukit