Monday, March 1, 2010

PENENTUAN KERJA PEMBINAAN JALAN PERTANIAN BARU

1. Kontraktor hendaklah mempunyai jentera dan peralatan yang cukup dan sesuai (jentolak dan grader) untuk perlaksanaan kerja-kerja membina jalan baru di kawasan tanam semula getah ke sawit.

2. Cuma satu jenis jalan sahaja perlu dibina bagi keseluruhan kawasan tanam semula getah ke sawit seperti yang ditanda dalam peta kawasan sawit.

3. Kontraktor hendaklah mengikut arahan Pegawai Penguasa menanda dengan pancang kedudukan Jalan Pertanian menurut kontor-kontor muka bumi yang akan dibina. Jalan tambahan dibenarkan hanya di kawasan bukit yang dibina teres sahaja.

4. Kontraktor dikehendaki menyediakan kayu pancang untuk memastikan jajaran jalan-jalan pertanian. Saiz kayu pancang itu hendaklah 1.5 meter tinggi dan 30 mm lebar serta dibahagian atas hendaklah disapukan dengan cat merah.

5. Kontraktor hendaklah memberi bantuan yang mungkin diperlukan oleh Pegawai Penguasa untuk memastikan dan memeriksa jajaran kecerunan jalan di permukaan bumi.

6. Kontraktor hendaklah membina jalan yang mempunyai pembentukan selebar 3.65 meter.

7. Kontraktor hendaklah membina jalan pertanian terlebih dahulu sebelum membina teres sepertimana arahan Pegawai Penguasa.

8. Kontraktor hendaklah membina jalan pertanian yang mempunyai lengkung jalan dalam renja 1:15 hingga 1:20 curamnya ke arah tepi jalan.

9. Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-kerja tanah dengan cara yang teratur dan memastikan kecuraman silang yang baik supaya pengaliran air di permukaan jalan tidak tersekat dan dapat dialirkan dengan cepat pada setiap masa.

10. Kontraktor hendaklah membuat pemotongan tanah dan penimbusan muka bumi untuk mewujudkan kecuraman arah jalan yang tidak melebihi 1:12 pada sebilangan masa, kecuali jika diluluskan terlebih dahulu oleh Pegawai Penguasa.

11. Kontraktor hendaklah membuat pemotongan-pemotongan tanah supaya kecuraman tepi tidak boleh melebihi 1:12 dan dalam semua hal tanah-tanah yang dikeluarkan dari pemotongan seperti itu hendaklah digunakan menambak bahagian-bahagian pembentukan jalan yang lebih rendah.

12. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa tanah-tanah daripada pemotongan yang digunakan untuk menimbus hendaklah diperolehi daripada bahagian-bahagian jalan yang memerlukan pemotongan tanah atau daripada tempat-tempat lain yang diluluskan atau daripada pemotongan tanah yang dijalankan untuk membina selekoh jalan yang akan ditambak dan lebarnya dibesarkan sesuai mengikut tajamnya selekoh itu di dalam penyelarasan jalan.

13. Kontraktor hendaklah memastikan semua akar-akar yang terjulur keluar dibersihkan selepas kerja-kerja pemotongan tanah dibuat.

14. Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah menyediakan jambatan sementara dan pembetung sementara supaya semua jalan pertanian yang dibina boleh digunakan oleh kenderaan dalam penyediaan kerja-kerja kontrak ini.

15. Jadual bayaran bagi pembinaan jalan pertanian adalah seperti berikut:-

a) Dibayar 80% daripada harga membina jalan pertanian setelah sebahagian jalan pertanian dibina yang panjangnya tidak kurang daripada 2,400 meter di dalam sesuatu blok.

b) Dibayar 20% daripada harga membina jalan pertanian setelah kerja pembaikan dilaksanakan dan diukur serta sebaik sahaja kerja tanam utama disiapkan dan 5% disimpan sebagai Wang Tahanan.

No comments: