Tuesday, March 2, 2010

PENENTUAN KERJA MEMBARIS KELAPA SAWIT

  1. Kontraktor hendaklah mengadakan buruh dan peralatan secukupnya untuk menjalankan kerja-kerja membaris diseluruh kawasan kelapa sawit yang boleh ditanam di bawah arahan dan pengawasan Pegawai Penguasa.
  2. Kontraktor hendaklah menyediakan pancang-pancang membaris yang tingginya 120cm dan diwarnakan dengan warna putih.
  3. Membaris (pre-linning) hendaklah dijalankan sebelum keseluruhan saki baki kayu getah di perun dan dikumpul mengikut barisan. Membaris (pre-linning) hanya dijalankan di kawasan-kawasan yang tidak dibina teres. Kawasan pembinaan teres, tiada membaris (pre-linning) dijalankan.
  4. Di kawasan-kawasan rata, membaris hendalah dijalankan menurut susunan berbentuk rajah tiga segi berukuran 9m x 9m supaya 136 tapak penanaman sehektar boleh diperolehi.
  5. Kawasan yang telah ditentukan untuk pembinaan teres, membaris sawit hendaklah dibuat selepas teres siap dibina.
  6. Kontraktor hendaklah menjaga semua pancang membaris sehingga kawasan siap ditanam. Segala kerosakan atau kehilangan hendaklah diganti oleh kontraktor sendiri.
  7. Bayaran bagi pekerjaan membaris di bawah Penentuan ini adalah seperti berikut:
    • Dibayar 40% dari harga membaris bagi sesuatu kawasan seluas 40 hektar siap dibaris (pre-linning) dan siap kerja memerun dan mengumpul mengikut barisan.
    • Baki 40% dari harga membaris apabila sesuatu kawasan seluas 40 hektar siap dibaris mengikut penentuan kerja (membaris utama).
    • Baki 20% dari harga membaris akan dibayar apabila kerja menanam sawit telah siap sepenuhnya dan dipotong 5% sebagai Wang Tahanan.

No comments: