Tuesday, March 2, 2010

PENENTUAN KERJA MEMBARIS KELAPA SAWIT

  1. Kontraktor hendaklah mengadakan buruh dan peralatan secukupnya untuk menjalankan kerja-kerja membaris diseluruh kawasan kelapa sawit yang boleh ditanam di bawah arahan dan pengawasan Pegawai Penguasa.
  2. Kontraktor hendaklah menyediakan pancang-pancang membaris yang tingginya 120cm dan diwarnakan dengan warna putih.
  3. Membaris (pre-linning) hendaklah dijalankan sebelum keseluruhan saki baki kayu getah di perun dan dikumpul mengikut barisan. Membaris (pre-linning) hanya dijalankan di kawasan-kawasan yang tidak dibina teres. Kawasan pembinaan teres, tiada membaris (pre-linning) dijalankan.
  4. Di kawasan-kawasan rata, membaris hendalah dijalankan menurut susunan berbentuk rajah tiga segi berukuran 9m x 9m supaya 136 tapak penanaman sehektar boleh diperolehi.
  5. Kawasan yang telah ditentukan untuk pembinaan teres, membaris sawit hendaklah dibuat selepas teres siap dibina.
  6. Kontraktor hendaklah menjaga semua pancang membaris sehingga kawasan siap ditanam. Segala kerosakan atau kehilangan hendaklah diganti oleh kontraktor sendiri.
  7. Bayaran bagi pekerjaan membaris di bawah Penentuan ini adalah seperti berikut:
    • Dibayar 40% dari harga membaris bagi sesuatu kawasan seluas 40 hektar siap dibaris (pre-linning) dan siap kerja memerun dan mengumpul mengikut barisan.
    • Baki 40% dari harga membaris apabila sesuatu kawasan seluas 40 hektar siap dibaris mengikut penentuan kerja (membaris utama).
    • Baki 20% dari harga membaris akan dibayar apabila kerja menanam sawit telah siap sepenuhnya dan dipotong 5% sebagai Wang Tahanan.

PENENTUAN KERJA MENEBANG SECARA MEKANIKAL, MENCINCANG DAN MENGUMPUL (TANPA BAKAR)

1. Sebelum memulakan kerja, kontraktor hendaklah memeriksa semua batu/pancang sempadan rancangan, peringkat dan blok seperti yang ditunjukkan oleh Pegawai Penguasa serta menandatangani Surat Perakuan Pemeriksaan Batu Sempadan. Kontraktor adalah bertanggungjawab di atas penjagaan batu/pancang sempadan sepanjang tempoh kontraknya.

2. Jika didapati batu/pancang sempadan rosak atau hilang atau dialih oleh kontraktor atau pekerjanya semasa menjalankan kerjanya, kontraktor dikehendaki membayar kepada ESTET jumlah perbelanjaan mengukur semula dan mengganti batu/pancang yang hilang atau rosak dengan tidak kurang daripada RM500.00 tiap-tiap satu unit batu sempadan dan kos ini akan dipotong dari mana-mana bayaran kepada kontraktor.

3. Kontraktor dikehendaki membuat kerja menebang dengan menggunakan jentolak atau jentera yang sesuai untuk menolak dan menumbangkan pokok, membongkar akar umbi, mencincang batang pokok sawit dan mengumpul selepas ini disebut “Menebang Mekanikal, mencincang dan mengumpul” diseluruh kawasan tanpa sebarang pengecualian.

4. Kontraktor juga dikehendaki menebang, menolak dan membersihkan pokok-pokok hutan seperti anak-anak kayu,, pokok sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas di kawasan belukar yang berada dalam lingkungan kawasan kerja.

5. Kontraktor juga dikehendaki menebang, menolak dan membersihkan pokok-pokok hutan seperti anak-anak kayu, pokok sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas di kawasan paya yang berada dalam lingkungan kawasan kerja utama yang luasnya tidak melebihi 10% daripada keluasan kawasan utama. Kawasan paya yang telah diusahakan oleh peneroka-peneroka dengan bercucuk tanam adalah dikecualikan.
Nota: Harga membersihkan kawasan paya ini hendaklah diambil kira dalam kerja-kerja menebang secara mekanikal, mencincang dan mengumpul batang-batang sawit.

6. Kontraktor juga dikehendaki membina kongsi pekerja yang diluluskan di dalam tawaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebagaimana pelan yang disediakan oleh ESTET sebaik sahaja tawaran kerja ditandatangani dan mestilah disiapkan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh mula kerja.


7. MENEBANG MEKANIKAL, MENCINCANG DAN MENGUMPUL

a) Menebang secara mekanikal, mencincang pokok sawit (selepas ini disebut ‘menebang, mencincang dan mengumpul’) hendaklah dijalankan dengan menggunakan jentolak atau jentera yang sesuai untuk menolak dan menumbang, membongkar akar umbi dan mencincang batang dan pelepah pokok sawit.

b) Pokok sawit yang ditebang hendaklah ditolak dan ditumbangkan sehingga terbongkar akar umbinya. Mana-mana akar umbi yang tidak terbongkar hendaklah dibongkar semula. Kegagalan kontraktor berbuat demikian, denda sebanyak RM50.00 sepokok akan dikenakan. Pokok-pokok yang telah ditumbangkan dicincang batang dari pangkal (bole) hingga ke pelepah supaya menjadi serpihan berukuran tidak lebih daripada 10 cm tebal x 70 cm panjang atau 4.0 inci tebal x 24 inci panjang (selepas ini disebut serpihan). Kegagalan kontraktor berbuat demikian denda akan dikenakan mengikut budibicara Pegawai Penguasa.

c) Semua pokok sawit yang dicincang dan tumbuhan-tumbuhan yang telah ditolak hendaklah diselerakkan selebar 3 meter hingga 4 meter. Longgokkan ini hendaklah tidak melebihi daripada ketinggian 0.5 meter dari paras permukaan tanah dan dibiarkan kering. Susunan longgokan hendaklah memanjang atau mengikut barisan windrow pokok asal dan ditinggalkan lorong bersih selebar 2 meter hingga 3 meter untuk tapak tanaman. Serpihan tidak dibenarkan diletakkan di atas permukaan jalan atau di dalam parit-parit sisi jalan pertanian.

d) Pekerjaan menebang mekanikal, mencincang dan mengumpul hendaklah dijalankan mengikut blok seluas lebih kurang 40 hektar. Blok-blok yang hendak dikerjakan akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

e) Sempadan kawasan sebagaimana di dalam pelan hendaklah ditanda terang dan jelas dengan menggunakan pancang. Kawasan yang dikerjakan diluas dari kawasan bertanda atau kerja yang dibuat tanpa mengikut arahan seperti tercatat dalam Perjanjian Kontrak tidak akan diambil kira untuk bayaran kecuali dengan arahan bertulis daripada Pegawai Penguasa.

f) Semasa menjalankan kerja, semua batu sempadan, tanda atau pancang yang menunjukkan kawasan asal dan blok-blok di dalamnya tidak boleh diubah oleh kontraktor. Sekiranya berlaku kerosakan atau perubahan pada batu sempadan, tanda atau pancang, maka segala gantirugi mengukur semula dan kos batu sempadan dan pancang hendaklah dibayar oleh kontraktor kepada ESTET. Jika kontraktor gagal membayar gantirugi, maka potongan akan dibuat dari Sijil Bayaran Kontraktor.

g) Kontraktor hendaklah memastikan supaya tanah lapisan atas tidak hilang pada masa menebang, menolak, membongkar dan mencincang dijalankan.

h) Semasa menjalankan kerja semua tumbuh-tumbuhan dan serpihan yang ditolak hendaklah dikumpulkan di dalam kawasan ‘windrow’ dan tidak dibenarkan mengumpul atau melonggokkan ke sungai atau ke paya. Kontraktor adalah bertanggungjawab membersihkan kawasan berkenaan dengan perbelanjaan sendiri, jika serpihan dan tumbuh-tumbuhan tersebut ditolak ke dalam paya, tanah rendah dan sungai-sungai.

i) Semua jalan, lorong dan laluan-laluan lain (selepas ini disebut jalan) hendaklah dibiarkan bersih dan boleh dilalui oleh kenderaan pada bila-bila masa. Kontraktor adalah bertanggungjawab menjadi dan mempastikan semua jalan bersih dan boleh dilalui. Jika kontraktor enggan membersihkannya ESTET akan memasukkan buruh dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengannya dikenakan ke atas kontraktor.

j) Pokok sawit tidak boleh ditumbangkan ke dalam atau merintangi sungai, anak sungai atau parit. Kontraktor hendaklah mengalihkan semua pokok atau sebahagian daripadanya yang tumbang ke dalam atau merintangi sungai dengan perbelanjaan sendiri. Jika gagal berbuat demikian, ESTET akan memasukkan buruh dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengannya dikenakan ke atas kira-kira kontraktor.

8. Kontraktor adalah dipertanggungjawabkan dan hendaklah membayar gantirugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa ke atas hartabenda dan atau manusia diakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perlaksanaan kerja di bawah kontrak ini, yang bererti meliputi Surat Penentuan Kerja ini dan lain-lain Penentuan Kerja yang terkandung di dalam kontrak ini. ESTET adalah mempunyai hak menahan semua bayaran atau sebahagian daripadanya yang sepatutnya dibayar kepada kontraktor sehingga kerosakan kepada harta benda dan atau manusia telah dibereskan gantiruginya dengan menunjukkan bukti yang sah kepada ESTET.

9. Jadual bayaran bagi pekerjaan menebang mekanikal mencincang adalah seperti berikut:

i) Dibayar 80% daripada harga tebang apabila sesuatu blok atau kawasan yang luasnya tidak kurang dari 40 hektar telah siap kerja menebang, mencincang, menolak dan mengumpul mengikut barisan (windrow) serta menebas/membersihkan segala tumbuhan yang tidak diingini seperti buluh, anak-anak kayu terutama hedyotis, senduduk bulu, senduduk, pokok kapal terbang, pisang hutan, sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas di kawasan belukar dan paya.

ii) Dibayar 20% daripada harga tebang apabila sesuatu blok atau kawasan yang luasnya tidak kurang dari 40 hektar telah siap membasmi semua jenis tumbuhan sebagaimana yang dinyatakan pada para 9(i) dan ditolak 5% sebagai Wang Tahanan.

Monday, March 1, 2010

PENENTUAN KERJA MERUMPUT DI KAWASAN KELAPA SAWIT

1. Kerja merumput hendaklah dimulakan setelah sesuatu kawasan siap dengan sepenuhnya kerja-kerja meracun/membasmi rumpai dan satu Sijil Ambi Alih Kawasan Merumput akan dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa.

2. Merumput dalam penentuan kerja ini adalah “Merumput Penutup Bumi Asli”. Jangkamasa kontrak ini (selepas ini disebut “Jangkamasa Merumput”), ialah 8 pusingan (45 hari/pusingan). Sambung masa selepas Jangkamasa Merumput ini boleh dipertimbangkan bergantung kepada persetujuan bersama antara kontraktor dan ESTET tertakluk kepada persetujuan ESTET. Sekiranya sesuatu kawasan diambilalih untuk kerja-kerja mencuci merumput berperingkat-peringkat mengikut zon, ini bermakna zon yang terawal diambilalih akan dikira sebagai 8 pusingan. Sementara zon-zon yang diambilalih terkemudian, pusingannya akan ditamatkan serta merta apabila zon terawal diambilalih mencukupi 8 pusingan kerja.

3. Kerja Merumput 3 pusingan pertama (45 hari/pusingan), keseluruhan kawasan 6 kaki lebar di tengah-tengah sepanjang antara dua barisan susunan baki kayu getah yang telah diperun hendaklah dijaga sebersih-bersihnya dari semua jenis tumbuhan supaya pertumbuhan Kekacang Penutup Bumi tidak terhalang. Kawasan selainnya dilakukan secara selektif dengan mengekalkan tumbuhan berbatang lembut sebagai Penutup Bumi Asli. Kerja Merumput 9 pusingan berikutnya keseluruhan kawasan mencuci merumput dijalankan secara merumput Penutup Bumi Campuran.

4. Keseluruhan kawasan Penutup Bumi Asli hendaklah dijaga supaya bersih dari semua jenis tumbuhan perampas seperti lalang, anak-anak kayu terutama hedyotis, senduduk bulu, senduduk, pokok kapal terbang, anak sawit liar, buluh, pisang hutan, anak getah dan lain-lain tumbuhan yang tidak diingini (“selepas ini kesemuanya disebut sebagai tumbuhan perampas) hendaklah dibasmi hingga ke akar umbi, kecuali rumput-rumpai dan tumbuh-tumbuhan berbatang lembut yang akan dibenarkan oleh Pegawai Penguasa.
Takrif istilah “Tumbuhan Perampas” yang disebut dalam Penentuan ini adalah menurut takrif Pegawai Penguasa dan takrifnya ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

5. (a) Bulatan di sekeliling Tapak Tanaman didalam kawasan Penutup Bumi Asli hendaklah dibersihkan sebersih-bersihnya supaya mempunyai jejari sepanjang 120 cm sekeliling Tapak Tanaman atau sekeliling kanopi pokok jika diarah oleh Pegawai Penguasa.
(b) Di kawasan-kawasan rendah, ruang-ruang bersempadan hutan dan di kawasan Penutup Bumi Asli, kontraktor dengan persetujuan Pegawai Penguasa bolehlah menjalankan kerja secara menyembur racun dan kimia yang perlu diluluskan oleh Pegawai Penguasa, menurut peraturan kerja seperti tersebut di bawah ini:
i. Menyembur bersih kawasan hingga selebar 240 cm sepanjang sempada kawasan rendah/jurang-jurang dengan kawasan tinggi yang berhampiran.
ii. Menyembur bersih kawasan hingga selebar 150 cm disepanjang sempadan hutan.
iii. Menyembur bersih kawasan selebar 90 cm di kedua-dua belah tebing parit atau di dalam kawasan rendah/peringkat berkenaan.
(c ) Kontraktor hendaklah berhati-hati semasa kerja menyembur racun dijalankan supaya tidak ada anak kelapa sawit yang mati terkena atau rosak terkena semburan racun dan kontraktor hendaklah mengimbuh ESTET pada kadar RM 10.00 sepokok (bagi pokok berumur kurang satu tahun). ESTET berhak memotong imbuhan ini daripada sebarang bayaran kepada kontraktor di bawah kontrak ini.

6. Kontraktor hendaklah mempunyai buruh yang cukup pada tiap-tiap hari kerja supaya Kerja Merumput 45 hari/pusingan bagi seluruh kawasan kerja-kerja dapat disiapkan dalam jangka masa 25 hari. Jika pegawai Penguasa meluluskan, sesuatu pusingan itu boleh disiapkan lebih lama daripada 45 hari tetapi kontraktor tidak berhak mendapat sebarang bayaran tambahan bagi penundaan Tarikh Siap Kerja.

7. Kerja-kerja Merumput hendaklah dijalankan mengikut blok-blok yang tersusun. Pegawai Penguasa hendaklah membuat pemeriksaan pada setiap blok seminggu selepas kerja-kerja meracun bagi memastikan keberkesanan mutu Kerja Merumput. Sekiranya Pegawai Penguasa tidak berpuas hati, kerja meracun ulangan hendaklah dijalankan oleh kontraktor sehingga bersih.

8. Bagi keberkesanan kerja-kerja merumput penggunaan racun rumpai yang bersesuaian dengan tumbuhan rumpai adalah amat diperlukan. Racun yang bersesuaian dengan tumbuhan rumpai adalah seperti berikut:-
a) Circle Weeding - Glyphosate + Ally/Metsulfuron Methyl
b) Anak-anak Kayu - Ally/Metsulfuron Methyl
c) Lalang - Glyphosate sahaja
d) Anak Sawit Liar - Paraquat sahaja

9. Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah membeli, mengangkut dan menyimpan segala kimia-kimia yang diperlukan ke stor ESTET menurut arahan Pegawai Penguasa supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan licin. Kontraktor juga dikehendaki mendapatkan lesen menyembur racunnya dan hendaklah mematuhi Ordinan racun Makluk Perosak 1974 dan segala Pindaan-Pindaan yang berkaitan dengan Ordinan ini dari semasa kesemasa.

10. (a) Setelah siapnya tiap-tiap pusingan Kerja Merumput bagi tiap-tiap blok atau keseluruhan kawasan dan kontraktor telah menunaikan segala syarat-syarat yang dipatuhi menurut Penentuan ini, maka kontraktor akan dibayar 100% harga kadar bagi Kerja Merumput dan 5% daripadanya akan disimpan oleh ESTET sebagai Wang Tahanan. Wang Tahanan ini akan dikecualikan dan tidak akan dipotong lagi apabila jumlahnya jika dicampur dengan Wang Amanah, melebihi jumlah atau bersamaan dengan nilai harga sepusingan bagi Kerja Merumput bagi keseluruhan kawasan dengan syarat:-
i. Keseluruhan kawasan telahpun diukur dan luas kawasannya disahkan oleh Jurukur ESTET dan luas kawasan tiap-tiap blok (jika perlu) telah diselaraskan dan dipersetujui oleh Kontraktor.
ii. Pegawai Penguasa yakin bahawa kontraktor dapat mengekalkan mutu pekerjaannya menurut Penentuan dan
iii. Pegawai Penguasa yakin bahawa kontraktor didapati tidak berhutang kepada pekerja-pekerjanya gaji dan lain-lain bayaran mengikut Undang-Undang Buruh dan Undang-Undang Pampasan Kerja ataupun sebarang Undang-Undang yang berkaitan.
(b) Apabila potongan 5% Wang Tahanan ini dikenakan, maka segala Sijil Bayaran yang akan dikeluarkan tidak lagi dikenakan potongan 5% sebagai Wang Tahanan. Tiada sebarang atau apa-apa pun di dalam Dokumen ini yang boleh menghalang ESTET memotong semula Wang Tahanan 5% iaitu pada bila-bila masa menurut budibicara ESTET.
(c ) Pegawai Penguasa akan membuat penilaian diatas mutu kerja kontraktor dengan kadar seperti berikut:-

Peratus Bayaran Perkara
30 Kebersihan bulatan/teres/lorong tanaman.
40 Kebersihan kawasan dada, anak sungai (kurang daripada 10.5 meter) dan
sempadan kawasan daripada tumbuhan bahaya.
30 Kawalan lalang/anak sawit.

Pembayaran tidak akan dibuat sekiranya nilai perlaksanaan kerja keseluruhan kurang daripada 60%. Kawalan lalang dan anak sawit liar hendaklah dibuat 100%
(d) Sekiranya berlaku kelewatan penanaman anak-anak sawit di ladang di atas sebab faktor-faktor tertentu atau di atas arahan Pegawai Penguasa, bayaran merumput selepas pengambilan alih kawasan Penutup Bumi Asli akan dibuat seperti berikut:-
i) Kawasan yang telah dibaris dan merumput bulatan dijalankan, bayaran akan dibuat 100%
ii) Bagi kawasan yang tidak dibaris dan merumput bulatan tidak dijalankan, bayaran akan dibuat 80% dari kadar harga mencuci merumput. Kadar bayaran ini akan dibuat berterusan sehingga membaris atau penanaman anak-anak sawit di ladang dijalankan.

11. (a) Jika kontraktor dalam sesuatu pusingan (selepas ini disebut sebagai “Pusingan Pertama”) gagal menjaga kawasan merumput menurut Penentuan Kerja mengakibatkan pengesahan nilai kerja kurang dari 100% berasaskan kepada penilaian oleh Pegawai Penguasa (Penilaian ini adalah muktamad), maka dalam hal-hal demikian perbezaan peratus yang tidak disahkan bagi Pusingan Pertama itu boleh dibayar kepada kontraktor dalam pusingan berikutnya (selepas ini disebut sebagai “Pusingan Kedua”) dengan syarat pengesahan nilai kerja Pusingan Kedua itu disahkan 100%.
(b) Sekiranya pengesahan nilai kerja bagi Pusingan Kedua juga disahkan kurang dari 100%, maka dalam hal-hal demikian perbezaan peratus yang tidak disahkan bagi Pusingan Pertama akan menjadi hangus dan lesap dan nilai bayaran yang telah dibayar bagi Pusingan Pertama itu adalah dianggap bayaran muktamat dan kontraktor tidak berhak lagi menuntut apa-apa bagi pusingan tersebut.

(c ) Dalam hal yang demikian edaran peratus ini selanjutnya adalah berpandukan garis panduan pada para (a) dan (b) .
(d) Dalam masa pusingan terakhir bagi pusingan kerja merumput ini tidak dibayar 100% , maka dalam hal-hal demikian perbezaan peratus yang tidak disahkan tidak dibayar dalam pusingan kerja merumput berikutnya dan akan menjadi hangus dan lesap dan nilai yang dibayar pada pusingan terakhir adalah dianggap bayaran muktamad dan kontraktor tidak berhak lagi menuntut apa-apa bayaran bagi pusingan tersebut.

12. Apabila semua kerja di bawah Penentuan ini telah siap pada Jangkamasa Merumput ataupun pada masa lanjutan atau bila-bila masa dipersetujui antara ESTET dan kontraktor seperti yang diterangkan di bawah perkara (2) dan Sijil Ambilalih dikecualikan oleh Pegawai Penguasa, jumlah Wang Tahanan dan Wang Amanah (atau apa-apa baki daripadanya) bagi kerja ini akan dibayar kepada kontraktor dalam masa berikut:-
a) Bagi Kawasan Yang Ada Sijil Ukur Dikeluarkan Oleh Jurukur ESTET
Tiga bulan daripada Tarikh Siap Kerja pusingan terakhir ataupun tiga bulan daripada tarikh penerimaan surat kontraktor oleh ESTET (mana satu tarikh yang terkemudian) menyetujui angka-angka keluasan dan angka-angka penyelarasan berkenaan kerja ini.
b) Bagi Kawasan Yang Tiada Sijil Ukur
Tiga bulan daripada tarikh pengeluaran Sijil Ukur oleh Jurukur ESTET ataupun tiga bulan daripada tarikh penerimaan surat kontraktor oleh ESTET (mana satu tarikh yang terkemudian) menyetujui angka-angka keluasan dan angka-angka penyelarasan berkenaan kerja ini.
13. Penyelarasan luas kawasan tiap-tiap blok yang dikerjakan oleh kontraktor di bawah penentuan ini akan diselaraskan dengan angka-angka yang disahkan oleh Jurukur.

14. Sebelum Sijil Bayaran Akhir disediakan oleh Pegawai Penguasa, kontraktor adalah dikehendaki mengambil dan menyerahkan kepadanya Sijil yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Buruh atau Pesuruhjaya Sumpah yang berhampiran dengan tempat kerja yang mengesahkan bahawa semua gaji-gaji, wang-wang pampasan, caruman Kumpulan Wang Simpanan bagi pekerja-pekerja dibawah kontrak ini sudahpun dibereskan dan kontraktor tidak ada lagi terhutang dalam hal-hal ini mengikut Undang-undang Buruh, Undang-undang Pampasan Pekerja ataupun sebarang Undang-undang yang berkaitan.

PENENTUAN KERJA PEMBINAAN JALAN PERTANIAN BARU

1. Kontraktor hendaklah mempunyai jentera dan peralatan yang cukup dan sesuai (jentolak dan grader) untuk perlaksanaan kerja-kerja membina jalan baru di kawasan tanam semula getah ke sawit.

2. Cuma satu jenis jalan sahaja perlu dibina bagi keseluruhan kawasan tanam semula getah ke sawit seperti yang ditanda dalam peta kawasan sawit.

3. Kontraktor hendaklah mengikut arahan Pegawai Penguasa menanda dengan pancang kedudukan Jalan Pertanian menurut kontor-kontor muka bumi yang akan dibina. Jalan tambahan dibenarkan hanya di kawasan bukit yang dibina teres sahaja.

4. Kontraktor dikehendaki menyediakan kayu pancang untuk memastikan jajaran jalan-jalan pertanian. Saiz kayu pancang itu hendaklah 1.5 meter tinggi dan 30 mm lebar serta dibahagian atas hendaklah disapukan dengan cat merah.

5. Kontraktor hendaklah memberi bantuan yang mungkin diperlukan oleh Pegawai Penguasa untuk memastikan dan memeriksa jajaran kecerunan jalan di permukaan bumi.

6. Kontraktor hendaklah membina jalan yang mempunyai pembentukan selebar 3.65 meter.

7. Kontraktor hendaklah membina jalan pertanian terlebih dahulu sebelum membina teres sepertimana arahan Pegawai Penguasa.

8. Kontraktor hendaklah membina jalan pertanian yang mempunyai lengkung jalan dalam renja 1:15 hingga 1:20 curamnya ke arah tepi jalan.

9. Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-kerja tanah dengan cara yang teratur dan memastikan kecuraman silang yang baik supaya pengaliran air di permukaan jalan tidak tersekat dan dapat dialirkan dengan cepat pada setiap masa.

10. Kontraktor hendaklah membuat pemotongan tanah dan penimbusan muka bumi untuk mewujudkan kecuraman arah jalan yang tidak melebihi 1:12 pada sebilangan masa, kecuali jika diluluskan terlebih dahulu oleh Pegawai Penguasa.

11. Kontraktor hendaklah membuat pemotongan-pemotongan tanah supaya kecuraman tepi tidak boleh melebihi 1:12 dan dalam semua hal tanah-tanah yang dikeluarkan dari pemotongan seperti itu hendaklah digunakan menambak bahagian-bahagian pembentukan jalan yang lebih rendah.

12. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa tanah-tanah daripada pemotongan yang digunakan untuk menimbus hendaklah diperolehi daripada bahagian-bahagian jalan yang memerlukan pemotongan tanah atau daripada tempat-tempat lain yang diluluskan atau daripada pemotongan tanah yang dijalankan untuk membina selekoh jalan yang akan ditambak dan lebarnya dibesarkan sesuai mengikut tajamnya selekoh itu di dalam penyelarasan jalan.

13. Kontraktor hendaklah memastikan semua akar-akar yang terjulur keluar dibersihkan selepas kerja-kerja pemotongan tanah dibuat.

14. Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah menyediakan jambatan sementara dan pembetung sementara supaya semua jalan pertanian yang dibina boleh digunakan oleh kenderaan dalam penyediaan kerja-kerja kontrak ini.

15. Jadual bayaran bagi pembinaan jalan pertanian adalah seperti berikut:-

a) Dibayar 80% daripada harga membina jalan pertanian setelah sebahagian jalan pertanian dibina yang panjangnya tidak kurang daripada 2,400 meter di dalam sesuatu blok.

b) Dibayar 20% daripada harga membina jalan pertanian setelah kerja pembaikan dilaksanakan dan diukur serta sebaik sahaja kerja tanam utama disiapkan dan 5% disimpan sebagai Wang Tahanan.

PENENTUAN KERJA PEMBINAAN JALAN PERTANIAN BARU

1. Kontraktor hendaklah mempunyai jentera dan peralatan yang cukup dan sesuai (jentolak dan grader) untuk perlaksanaan kerja-kerja membina jalan baru di kawasan tanam semula getah ke sawit.

2. Cuma satu jenis jalan sahaja perlu dibina bagi keseluruhan kawasan tanam semula getah ke sawit seperti yang ditanda dalam peta kawasan sawit.

3. Kontraktor hendaklah mengikut arahan Pegawai Penguasa menanda dengan pancang kedudukan Jalan Pertanian menurut kontor-kontor muka bumi yang akan dibina. Jalan tambahan dibenarkan hanya di kawasan bukit yang dibina teres sahaja.

4. Kontraktor dikehendaki menyediakan kayu pancang untuk memastikan jajaran jalan-jalan pertanian. Saiz kayu pancang itu hendaklah 1.5 meter tinggi dan 30 mm lebar serta dibahagian atas hendaklah disapukan dengan cat merah.

5. Kontraktor hendaklah memberi bantuan yang mungkin diperlukan oleh Pegawai Penguasa untuk memastikan dan memeriksa jajaran kecerunan jalan di permukaan bumi.

6. Kontraktor hendaklah membina jalan yang mempunyai pembentukan selebar 3.65 meter.

7. Kontraktor hendaklah membina jalan pertanian terlebih dahulu sebelum membina teres sepertimana arahan Pegawai Penguasa.

8. Kontraktor hendaklah membina jalan pertanian yang mempunyai lengkung jalan dalam renja 1:15 hingga 1:20 curamnya ke arah tepi jalan.

9. Kontraktor hendaklah menjalankan kerja-kerja tanah dengan cara yang teratur dan memastikan kecuraman silang yang baik supaya pengaliran air di permukaan jalan tidak tersekat dan dapat dialirkan dengan cepat pada setiap masa.

10. Kontraktor hendaklah membuat pemotongan tanah dan penimbusan muka bumi untuk mewujudkan kecuraman arah jalan yang tidak melebihi 1:12 pada sebilangan masa, kecuali jika diluluskan terlebih dahulu oleh Pegawai Penguasa.

11. Kontraktor hendaklah membuat pemotongan-pemotongan tanah supaya kecuraman tepi tidak boleh melebihi 1:12 dan dalam semua hal tanah-tanah yang dikeluarkan dari pemotongan seperti itu hendaklah digunakan menambak bahagian-bahagian pembentukan jalan yang lebih rendah.

12. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa tanah-tanah daripada pemotongan yang digunakan untuk menimbus hendaklah diperolehi daripada bahagian-bahagian jalan yang memerlukan pemotongan tanah atau daripada tempat-tempat lain yang diluluskan atau daripada pemotongan tanah yang dijalankan untuk membina selekoh jalan yang akan ditambak dan lebarnya dibesarkan sesuai mengikut tajamnya selekoh itu di dalam penyelarasan jalan.

13. Kontraktor hendaklah memastikan semua akar-akar yang terjulur keluar dibersihkan selepas kerja-kerja pemotongan tanah dibuat.

14. Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah menyediakan jambatan sementara dan pembetung sementara supaya semua jalan pertanian yang dibina boleh digunakan oleh kenderaan dalam penyediaan kerja-kerja kontrak ini.

15. Jadual bayaran bagi pembinaan jalan pertanian adalah seperti berikut:-

a) Dibayar 80% daripada harga membina jalan pertanian setelah sebahagian jalan pertanian dibina yang panjangnya tidak kurang daripada 2,400 meter di dalam sesuatu blok.

b) Dibayar 20% daripada harga membina jalan pertanian setelah kerja pembaikan dilaksanakan dan diukur serta sebaik sahaja kerja tanam utama disiapkan dan 5% disimpan sebagai Wang Tahanan.