Sunday, June 14, 2009

PENUAIAN

Tujuan

  1. Penuaian ialah proses mengambil buah matang (Buah Tandan Segar) untuk mengekalkan kualiti minyak sawit dan kernel. BTS perlu dihantar ke kilang dalam masa 24 jam untuk mengurangkan peningkatan ‘Free Fatty Acid’ yang mana akan mengurangkan kualiti minyak yang akan diperah.
  2. Pokok kelapa sawit akan mengeluarkan hasil yang maksimum apabila menjangkau usia 8 tahun penuaian sehingga usia 12 tahun. Walaubagaimanapun, pengeluaran buah akan menurun bila mana memasuki usia 14 tahun penuaian.

Peralatan

a. Pokok kelapa sawit muda (tinggi pokok kurang 4 meter)

  • Pahat (4 – 5 inci lebar) disambung pada batang paip besi.
  • Batu pengasah.

b. Pokok tinggi melebihi 4 meter

  • Sabit penuai.
  • Batu pengasah.

Kaedah kerja

  • Sebelum kerja-kerja penuaian dimulakan, jalan, lorong tuaian dan ‘task’ mestilah disediakan. Bulatan keliling pokok mestilah bersih untuk memudahkan proses mengutip biji lerai. Disamping itu, pokok-pokok merayap seperti kekacang penutup bumi perlu dibersihkan daripada pokok.
  • Bagi penuaian menggunakan pahat (pokok berumar kurang 7 tahun), 2 pelepah dibawah tandan perlu ditinggalkan untuk mengekalkan bilangan 48 pelepah/pokok. Penuai perlu ‘mencuri’ buah daripada pelepah. Ini penting untuk mengekalkan Indek Keluasan Daun (LAI)
  • Bagi penuaian menggunakan sabit (pokok berumur lebih daripada 7 tahun), penuai mestilah membuat pemangkasan menuai Buah Tandan Segar.

Persediaan sebelum menuai

a. Mengkasi

  • Mengkasi ialah proses membuang bunga jantan dan betina dimana bertujuan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan mengagihkan nutrien yang diperlukan untuk proses pembesaran bunga tandan.
  • Mengkasi dilakukan sebaik sahaja pokok kelapa sawit mengeluarkan bunga sebanyak 3 pusingan selang 45 hari.

Kos/Upah

Bagi keluasan ladang seluas 250ha yang belum dikasi, seramai 4 orang pekerja digunakan untuk membuat pengkasian dan dibayar secara borong.

Rm 8/ha/pusingan.

RM8 x 249ha = RM1992 (untuk orang)

KOS SEORANG PEKERJA

RM1992 ÷ 4 orang = RM498

RM498 seorang/pusingan



b. Persiapan ladang.

I. Bulatan keliling pokok.

  • Meracun bulatan dilakukan sebanyak 4 pusingan setahun untuk memudahkan kerja mengutip biji lerai.

II. Lorong menuai

  • Lorong menuai perlu di racun 2 – 3 bulan sebelum mula menuai.

III. Task

  • Setiap task mengandungi 200 – 250 pokok dan dikira 2 – 3 bulan sebelum mula menuai. Sempadan task ditanda dengan cat merah pada pokok.

IV. Jambatan/titi

  • Ini penting dikawasan berpaya atau berair. Ia penting untuk mengeluarkan Buah Tandan Segar ke platform buah.

V. Platform buah

  • Platform buah ialah tempat dimana buah dilonggok oleh penuai sebelum diangkat kedalam traktor mini oleh ‘loader’

VI. Jalan

  • Apabila pokok mula mengeluarkan bunga, semua jalan-jalan utama dan jalan subsidiari perlu diselenggara untuk menampung berat buah yang diangkut oleh traktor dan traktor mini.

VII. Peralatan

  • Pahat
  • Sabit
  • Kereta sorong
  • Guni baja (untuk isi biji lerai)
  • Batu pengasah
  • Besi ‘loader’


Sistem Kerja Penuaian

Diantaranya ialah mengamalkan sistem “fix task” dimana setiap blok di bahagikan kepada beberapa ‘task’. Penuai diundi untuk memilih ‘task’. Bilangan penuai untuk satu-satu blok bergantung kepada keluasan sesuatu blok.

Pengiraan tenaga kerja yang diperlukan

Jumlah luas kawasan matang _______________________________________________________
Luas kawasan yang dituai sehari x jarak pusingan yang diperlukan


  • Penuai akan menuai BTS di ‘task’ masing-masing seperti yang telah dipersetujui semasa memilih undi dan mengutip biji lerai pada masa yang sama. BTS yang telah dituai akan dikumpulkan di platform buah menggunakan kereta sorong yang dibekalkan oleh pihak ladang. BTS tersebut akan di angkut kedalam traktor mini oleh ‘loader’ dan dikumpulkan kedalam traktor yang diletakkan di jalan utama.
  • Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada traktor masuk kedalam jalan subsidari dan ini boleh menyebabkan kerosakan jalan tersebut

Gaji Loader

  • Setiap traktor mini dinaiki oleh 2 orang. Mereka dibayar mengikut jumlah tan metrik BTS yang diangkut kedalam traktor.
  • RM5/tan metrik

Gaji Penuai

  • Gaji penuai dibayar bergantung kepada jumlah tandan yang dituai dan harga tandan. Harga tandan bergantung kepada usia pokok.

    Jumlah tandan x harga setandan

    Usia pokok Harga setandan
    Kurang 3 tahun RM0.19
    Kurang 5 tahun RM0.20
    Lebih 5 tahun RM0.21

  • Setiap penuai mempunyai nombor masing-masing dan ditulis pada tandan bersama jumlah tandan yang dituai
  • ‘Loader’ akan merekod jumlah tandan yang dituai oleh penuai dan menghantar kepad penyelia blok. Penyelia akan merekod kedalam borang penuaian untuk mengira jumlah gaji seseorang penuai.

Tahap Buah Masak

  • Buah Tandan Segar (BTS) boleh dikira masak apabila buah bertukar warna daripada warna gelap kepada warna oren kemerah-merahan atau terdapat sekurang-kurangnya sebiji biji lerai daripada soket tandan.
  • Pada peringkat ini, BTS sudah boleh dituai kerana buah berada pada tahap masak yang optimum dan kadar perahan minyak akan tinggi. Walaubagaimanapun, tahap kemasakan buah bergantung kepada sesebuah syarikat.


Jarak Pusingan

  • Apabila terdapat biji lerai dipangkal pokok, itu menandakan masa menuai sudah tiba. Jarak pusingan ialah:


1) Musim Puncak/buah banyak (sekitar bulan 8 – 1)

Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3
Haribulan 1 _______Haribulan 10 ______Haribulan 20

Haribulan 30



2) Musim Buah Kurang

Pusingan 1 Pusingan 2
Haribulan 1 __________Haribulan 15

Haribulan 30

  • Jarak pusingan menuai adalah penting dalam menentukan keuntungan sesebuah ladang. Jadual diatas adalah contoh jarak pusingan menui. Oleh sebab itu, jarak pusingan hendaklah dititikberatkan.
  • Ladang hendaklah mengamalkan jarak pusingan minimum10 hari dan maksimum 15 hari. 10 hari adalah jarak normal, tetapi tidak boleh melebihi 15 hari kerana buah untuk pusingan seterusnya akan menjadi terlalu masak dan akan menyebabkan berlakunya biji lerai yang berlebihan. Dengan bertambahnya bilangan biji lerai akan meningkatkan kos.

    Harga seguni biji lerai

    RM2/guni baja

5 comments:

Oliver Khoo said...

excuse me sir, ini informasi yang cukup lengkap, tapi dari mana anda dapat information ini?

Oliver Khoo said...

excuse me sir, ini informasi yang cukup lengkap, tapi dari mana anda dapat information ini?

Oliver Khoo said...

excuse me sir, ini informasi yang cukup lengkap, tapi dari mana anda dapat information ini?

MOHAMAD SUHAIMI said...

saya dapat rujukan dari pelbagai s umber.terutamanya dari perkeliling perladangan.

Khairul Imran said...

boleh bg format dalam bentuk gambarajah jika satu agensi mengurus projek yg kecil kecil dan berselerak ttg mcmna nk setup pus or hari menuai.

cth: projek A,B,C dan D yg menggunakan tenaga kerja yg sama dlm sebulan.