Thursday, August 20, 2009

PENENTUAN KERJA MENANAM KACANG PENUTUP BUMI (MUCUNA BRACTEATA)

1. Sebelum kacang penutup bumi ditanam, seluruh kawasan yang ditanam dengannya hendaklah dibersihkan daripada segala jenis tumbuh-tumbuhan dan tumbuhan semula termasuk lalang, rumpai yang tidak diingini, buluh, bertam, pisang hutan dan kesemua jenis tumbuhan perampas yang lain, telah dibasmikan hingga mati ke akar umbinya.

2. Penanaman kacang penutup bumi yang menjalar ini hendaklah dijalankan diseluruh kawasan yang boleh ditanam dengan syarat keadaan cuaca sesuai dan sebaik sahaja kerja-kerja membaris telah disiapkan seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

3. Anak benih kekacang penutup bumi Mucuna Bracteata hendaklah dibekalkan oleh kontraktor dan bekalan ini akan dikeluarkan mengikut masa dan jumlah yang sesuai atas budibicara Pegawai Penguasa. Kontraktor hendaklah mempastikan anak benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata untuk ditanam dalam keadaan baik dan cukup. Kontraktor dikehendaki menghabiskan menanam benih kacang penutup bumi yang dikeluarkan pada hari yang sama. Urusan mengangkut anak benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata dari tapak semaian ke ladang adalah tanggungjawab kontraktor. Rekod penerimaan dan pengeluaran disimpan oleh rancangan. Kadar penggunaan benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata sehektar adalah 300 anak pokok.

4. Agensi akan membekalkan baja fosfat mengikut keperluan. Kontraktor dikehendaki mendapatkan bekalan baja fosfat dari stor rancangan. Urusan mengangkut baja dari stor ke ladang adalah tanggungjawab kontraktor.

5. Kontraktor dikehendaki meracun Pra-cambah 3 hari sebelum menanam di kawasan yang akan ditanam dengan kacang penutup bumi Mucuna Bracteata dengan perbelanjaan sendiri.

6. Penanaman anak benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata hendaklah dijalankan seperti berikut:-

a) Ditanam dua polybeg ditengah-tengah barisan pokok sawit dimana jarak tanaman ialah 4.1 meter (12 kaki) atau sebarang jarak seperti yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

b) Kerja melubang hendaklah dibuat dengan menggunakan cangkul atau lain-lain alat. Lubang perlu digali pada hari yang sama kerja menanam dilakukan dan saiz lubang yang perlu digali ialah 15cm x 15cm x 15cm. Tanah yang digali keluar perlu dilonggokkan dengan baik ditepi lubang supaya kerja menimbus semula dapat dibuat dengan mudah.

c) Kontraktor dikehendaki menabur baja fosfat sebanyak 30 gram kedalam lubang yang telah siap digali. Semua anak benih hendaklah ditanam pada hari yang sama.

d) Kerja penanaman hendaklah dilakukan dengan cermat dimasa semasa membuka polybeg hendaklah berhati-hati untuk menggelakkan akar pokok patah dan rosak.

e) Jumlah buruh yang dikehendaki akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa supaya penanaman kacang penutup bumi ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditentukan untuk menyiapkan pekerjaan ini.

f) Kerja menyulam tanaman kacang hendaklah dilakukan dalam masa dua minggu selepas tanaman pertama pada pokok yang mati atau pada suatu tarikh yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa. Perjalanan kerja-kerja ini tidak melibatkan kos tambahan.

g) Kerja merumput hendaklah dijalankan setiap bulan sebaik sahaja selepas menanam kacang penutup bumi Mucuna Bracteata. Tempoh masa pusingan merumput adalah bergantung kepada kesesuaian kawasan kacang penutup bumi diambilalih. Hanya kacang penutup bumi dan tanaman utama sahaja dibenarkan tumbuh dikawasan tanaman.

7. Penaburan baja NPK Yellow 15:15:6:4 dan baja fosfat hendaklah dijalankan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri (baja dibekalkan oleh Agensi) pada bila dan masa yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa selepas kacang penutup bumi Mucuna Bracteata ditanam. Kadar penaburan NPK Yellow ialah 45 kg/hektar dan manakala taburan baja fosfat adalah 100 kg/hektar. Taburan baja-baja ini hendaklah dijalankan dalam dua pusingan. Kedua-dua pusingan ini adalah seperti jadual berikut atau mengikut masa yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa.





8. Sijil Bayaran bagi sebarang blok yang ada sekarang akan dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa tidak terdahulu daripada 30 hari selepas kacang penutup bumi telah ditanam mengikut perincian kerja ini yang luasnya sekurang-kurangnya 40 hektar.

DENGAN SYARAT

a) Benih Kacang Penutup Bumi Mucuna Bracteata telah hidup tidak kurang 90% didalam sesuatu kawasan.

b) Blok tersebut telah dijaga dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan yang tidak diingini dan tumbuh-tumbuhan perampas.

c) Satu pusingan kerja membaja kacang Mucuna Bracteata telah siap dijalankan.

d) Kadar bayaran bagi kerja menanam Kekacang Penutup Bumi adalah seperti berikut:-

i) 60% daripada harga kontrak
- selepas siap membaja kacang penutup bumi pusingan 1

ii) 40% daripada harga kontrak dan tolak 5% Wang Tahanan
- Selepas siap membaja Kacang penutup bumi pusingan 2


9. a) Sesuatu kawasan kacang penutup bumi yang telah dibayar mengikut syarat 8(a) dan d(i) di atas akan disahkan oleh Agensi dengan pengeluaran ‘Sijil Pengesahan’ memulakan kerja mencuci merumput mengikut penentuan kacang penutup bumi tulin.

b) Jika kontraktor gagal dan mengabaikan kerja mencuci merumput kacang penutup bumi di bawah keadaan kacang tulin bagi mencuci jangkamasa yang ternyata dalam perincian kerja mencuci merumput iaitu 12 pusingan, maka adalah wajib bagi kontraktor mengimbuh KESEDAR gantirugi atas jumlah bayaran yang telah dibayar bagi kerja menanam kacang penutup bumi menurut perkiraan seperti di bawah:-

T x R x A
12

T - Kadar bayaran bagi kerja menanam kacang penutup bumi.
12 - Keseluruhan jangkamasa mencuci merumput penutup tulin yang ternyata dalam perincian mencuci merumput.
R - Jumlah pusingan yang gagal dijaga dibawah kawasan penutup tulin daripada keseluruhan jangkamasa.
A - Keluasan blok terlibat.


c) Bagi kawasan yang terlibat seperti (b) di atas, kawasan itu akan diistiharkan sebagai kawasan tumbuhan penutup bumi campuran dan kadar bayaran kerja mencuci merumput kawasan demikian adalah termaktub didalam kontrak.

10. Keluasan kawasan yang disahkan untuk diambilalih oleh Agensi bagi kerja mencuci merumput adalah berasaskan kepada keluasan kacang penutup bumi yang telah tumbuh dengan jayanya seperti yang diterangkan di dalam perkara 9(a) dan (b) di atas.

1 comment:

Anonymous said...

berapa kerap penggunaan baja fosfat patut digunakan untuk kelapa sawit berumur 1-2 tahun? saya baru pertama kali membaja (semasa menanam dan di tabur kedalam lubang segenggam setiap lubang)