Saturday, August 22, 2009

PENENTUAN KERJA MEMBARIS DAN MEMBINA TERES SECARA MEKANIKAL DI KAWASAN SAWIT

A. Membaris Teres

1. Sebelum membuat teres pemborong hendaklah membaris dulu menurut kontor pada jarak 9.0 meter (30’) mengikut garis melintang (horizontal).

2. Kerja membaris ini perlu dibuat untuk memudahkan operator membina teres dan mendapatkan teres sama jarak.

3. Jarak pancang ± 20 meter (66’) dengan menggunakan pancang buluh setinggi 0.75 meter (2.5 kaki) bercat warna putih di bahagian atas semasa membuat barisan teres.

4. Membina teres hanya boleh dijalankan setelah membaris teres siap dibuat disesuatu kawasan yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

B. Pembinaan Teres

1. Teres hanya boleh dibina di kawasan-kawasan bukit yang mempunyai kecerunan melebihi dari 12º (darjah).

2. Teres hendaklah dibina mengikut kontor pada jarak 9.0 meter di dalam kawasan yang boleh ditanam dengan kelapa sawit yang akan ditunjukkan oleh Pegawai Penguasa dan Pegawai Penguasa ini adalah berhak meminda jarak diantara teres-teres setelah menimbangkan keadaan muka bumi dan kecerunan kawasan yang hendak diteres.

3. Teres-teres yang dibina hendaklah menggunakan jentolak atau jentera yang sesuai yang terdiri daripada permukaan tanah asal dan teres yang telah siap dibina hendaklah tidak kurang daripada 3.65 meter (12 kaki) lebarnya.

4. Teres-teres hendaklah dibina curam 12º kearah bukit dan memberi kecerunan menghala ke belakang teres dengan sudut cerun (back drop) 0.50 meter.

5. Tanah-tanah yang dipotong dan dikeluarkan daripada lereng bukit hendaklah ditolak dan diletakkan dibibir teres dan dipadatkan. Pencegahan hakisan berukuran 60 cm dibina pada setiap jarak 40 meter di atas teres. Kayu-kayu tidak boleh digunakan untuk mengampu tanah pada teres.

6. Semasa pembinaan teres dengan jentolak, semua tunggul-tunggul hendaklah dibongkar dan dialihkan daripada barisan teres dan jika pembinaan teres secara tenaga buruh, tunggul-tunggul bergarisan pusat kurang daripada 25 cm hendaklah dipotong hingga ke paras permukaan bumi dan dialihkan daripada barisan teres. Dalam kedua-dua pembinaan teres iaitu dengan jentolak dan tenaga buruh, semua kayu-kayan yang tumbang ke atas atau merentangi barisan teres hendaklah dialihkan ke tempat lain.

7. Serpihan-serpihan batang sawit dan pelepah yang dicincang yang berada pada laluan membina teres hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum teres dibina dan tidak dibenarkan sama sekali ditutupi tanah.

8. Teres hendaklah bersambung, tidak putus-putus kecuali di kawasan yang dihalang oleh batu-batu besar atau jurang yang dalam.

9. Jadual bayaran bagi pembinaan teres adalah seperti berikut:-

a) Dibayar 80% daripada harga membina teres setelah sekurangkurangnya 5,500 meter panjangnya teres dibina di dalam sesuatu blok.

b) Dibayar 20% daripada harga membina teres setelah siap membina teres dilaksanakan dan diukur dan 5% disimpan sebagai Wang Tahanan.

No comments: