Saturday, August 22, 2009

PENENTUAN KERJA MEMBARIS DAN MEMBINA TERES SECARA MEKANIKAL DI KAWASAN SAWIT

A. Membaris Teres

1. Sebelum membuat teres pemborong hendaklah membaris dulu menurut kontor pada jarak 9.0 meter (30’) mengikut garis melintang (horizontal).

2. Kerja membaris ini perlu dibuat untuk memudahkan operator membina teres dan mendapatkan teres sama jarak.

3. Jarak pancang ± 20 meter (66’) dengan menggunakan pancang buluh setinggi 0.75 meter (2.5 kaki) bercat warna putih di bahagian atas semasa membuat barisan teres.

4. Membina teres hanya boleh dijalankan setelah membaris teres siap dibuat disesuatu kawasan yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

B. Pembinaan Teres

1. Teres hanya boleh dibina di kawasan-kawasan bukit yang mempunyai kecerunan melebihi dari 12º (darjah).

2. Teres hendaklah dibina mengikut kontor pada jarak 9.0 meter di dalam kawasan yang boleh ditanam dengan kelapa sawit yang akan ditunjukkan oleh Pegawai Penguasa dan Pegawai Penguasa ini adalah berhak meminda jarak diantara teres-teres setelah menimbangkan keadaan muka bumi dan kecerunan kawasan yang hendak diteres.

3. Teres-teres yang dibina hendaklah menggunakan jentolak atau jentera yang sesuai yang terdiri daripada permukaan tanah asal dan teres yang telah siap dibina hendaklah tidak kurang daripada 3.65 meter (12 kaki) lebarnya.

4. Teres-teres hendaklah dibina curam 12º kearah bukit dan memberi kecerunan menghala ke belakang teres dengan sudut cerun (back drop) 0.50 meter.

5. Tanah-tanah yang dipotong dan dikeluarkan daripada lereng bukit hendaklah ditolak dan diletakkan dibibir teres dan dipadatkan. Pencegahan hakisan berukuran 60 cm dibina pada setiap jarak 40 meter di atas teres. Kayu-kayu tidak boleh digunakan untuk mengampu tanah pada teres.

6. Semasa pembinaan teres dengan jentolak, semua tunggul-tunggul hendaklah dibongkar dan dialihkan daripada barisan teres dan jika pembinaan teres secara tenaga buruh, tunggul-tunggul bergarisan pusat kurang daripada 25 cm hendaklah dipotong hingga ke paras permukaan bumi dan dialihkan daripada barisan teres. Dalam kedua-dua pembinaan teres iaitu dengan jentolak dan tenaga buruh, semua kayu-kayan yang tumbang ke atas atau merentangi barisan teres hendaklah dialihkan ke tempat lain.

7. Serpihan-serpihan batang sawit dan pelepah yang dicincang yang berada pada laluan membina teres hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum teres dibina dan tidak dibenarkan sama sekali ditutupi tanah.

8. Teres hendaklah bersambung, tidak putus-putus kecuali di kawasan yang dihalang oleh batu-batu besar atau jurang yang dalam.

9. Jadual bayaran bagi pembinaan teres adalah seperti berikut:-

a) Dibayar 80% daripada harga membina teres setelah sekurangkurangnya 5,500 meter panjangnya teres dibina di dalam sesuatu blok.

b) Dibayar 20% daripada harga membina teres setelah siap membina teres dilaksanakan dan diukur dan 5% disimpan sebagai Wang Tahanan.

PENENTUAN KERJA MERACUN/MEMBASMIKAN RUMPAI DAN LAIN-LAIN TUMBUHAN

1. Selepas pokok-pokok sawit ditebang, dicincang dan dikumpulkan mengikut barisan, kerja meracun/membasmi rumpai dan lain-lain tumbuhan yang tidak diperlukan hendaklah dijalankan seperti berikut:-

a) Bagi kawasan 6 kaki lebar di tengah-tengah sepanjang antara dua barisan pokok-pokok sawit yang telah dikumpulkan mengikut barisan hendaklah diracun sebersih-bersihnya (blanket spray) dari sebarang tumbuhan rumpai bagi tujuan penanaman kekacang penutup bumi. Racun yang digunakan akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

b) Kawasan selebihnya hendaklah dijalankan secara selektif dengan mengekalkan tumbuhan berbatang lembut sebagai penutup bumi asli.

2. Tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan seperti lalang, anak-anak kayu terutama hedyotis, senduduk bulu, senduduk, pokok kapal terbang, buluh, pisang hutan, anak sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas sahaja hendaklah dihapuskan sehingga ke akar umbi.

3. Kontraktor hendaklah dengan perbelanjaan sendiri mengadakan segala peralatan dan buruh secukupnya serta racun yang sesuai seperti yang disyorkan oleh Pegawai Penguasa bagi kerja-kerja membasmi rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan.

4. Kerja-kerja membersihkan rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan sebagaimana yang dinyatakan pada para 2, hendaklah dijalankan dengan sistematik mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pegawai Penguasa supaya tidak menganggu kerja-kerja lain.

5. Jika terdapat rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan telah dibasmikan tetapi tidak musnah/hapus dengan berkesan dalam tempoh masa yang ditentukan, kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah mengulangi semburannya sehingga keadaannya memuaskan.

6. Bayaran kerja meracun/membasmi rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan akan dibuat seperti berikut:-

a) Dibayar 60% dari harga meracun/membasmi rumpai dan lain-lain tumbuhan yang tidak diperlukan setelah disahkan seluruh kawasan tidak kurang dari 40 hektar bersih dari segala tumbuhan yang dinyatakan pada para 2.

b) Bayaran baki 40% boleh dibuat setelah kawasan kerja tidak kurang dari 40 hektar diambil alih untuk kerja-kerja mencuci merumput dan dipotong 5% sebagai Wang Tahanan.

PENENTUAN KERJA MENEBANG SECARA MEKANIKAL, MENCINCANG DAN MENGUMPUL (TANPA BAKAR) BAGI TANAM SEMULA SAWIT KE SAWIT

1. Sebelum memulakan kerja, kontraktor hendaklah memeriksa semua batu/pancang sempadan rancangan, peringkat dan blok seperti yang ditunjukkan oleh Pegawai Penguasa serta menandatangani Surat Perakuan Pemeriksaan Batu Sempadan. Kontraktor adalah bertanggungjawab di atas penjagaan batu/pancang sempadan sepanjang tempoh kontraknya.

2. Jika didapati batu/pancang sempadan rosak atau hilang atau dialih oleh kontraktor atau pekerjanya semasa menjalankan kerjanya, kontraktor dikehendaki membayar kepada Agensi jumlah perbelanjaan mengukur semula dan mengganti batu/pancang yang hilang atau rosak dengan tidak kurang daripada RM500.00 tiap-tiap satu unit batu sempadan dan kos ini akan dipotong dari mana-mana bayaran kepada kontraktor.

3. Kontraktor dikehendaki membuat kerja menebang dengan menggunakan jentolak atau jentera yang sesuai untuk menolak dan menumbangkan pokok, membongkar akar umbi, mencincang batang pokok sawit dan mengumpul selepas ini disebut “Menebang Mekanikal, mencincang dan mengumpul” diseluruh kawasan tanpa sebarang pengecualian.

4. Kontraktor juga dikehendaki menebang, menolak dan membersihkan pokok-pokok hutan seperti anak-anak kayu, pokok sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas di kawasan belukar yang berada dalam lingkungan kawasan kerja.

5. Kontraktor juga dikehendaki menebang, menolak dan membersihkan pokok-pokok hutan seperti anak-anak kayu, pokok sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas di kawasan paya yang berada dalam lingkungan kawasan kerja utama yang luasnya tidak melebihi 10% daripada keluasan kawasan utama.
Nota: Harga membersihkan kawasan paya ini hendaklah diambil kira dalam kerja-kerja menebang secara mekanikal, mencincang dan mengumpul batang-batang sawit.

6. Kontraktor juga dikehendaki membina kongsi pekerja yang diluluskan di dalam tawaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebagaimana pelan yang disediakan oleh Agensi sebaik sahaja tawaran kerja ditandatangani dan mestilah disiapkan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh mula kerja.


7. MENEBANG MEKANIKAL, MENCINCANG DAN MENGUMPUL

a) Menebang secara mekanikal, mencincang pokok sawit (selepas ini disebut ‘menebang, mencincang dan mengumpul’) hendaklah dijalankan dengan menggunakan jentolak atau jentera yang sesuai untuk menolak dan menumbang, membongkar akar umbi dan mencincang batang dan pelepah pokok sawit.

b) Pokok sawit yang ditebang hendaklah ditolak dan ditumbangkan sehingga terbongkar akar umbinya. Mana-mana akar umbi yang tidak terbongkar hendaklah dibongkar semula. Kegagalan kontraktor berbuat demikian, denda sebanyak RM50.00 sepokok akan dikenakan. Pokok-pokok yang telah ditumbangkan dicincang batang dari pangkal (bole) hingga ke pelepah supaya menjadi serpihan berukuran tidak lebih daripada 10 cm tebal x 70 cm panjang atau 4.0 inci tebal x 24 inci panjang (selepas ini disebut serpihan). Kegagalan kontraktor berbuat demikian denda akan dikenakan mengikut budibicara Pegawai Penguasa.

c) Semua pokok sawit yang dicincang dan tumbuhan-tumbuhan yang telah ditolak hendaklah diselerakkan selebar 3 meter hingga 4 meter. Longgokkan ini hendaklah tidak melebihi daripada ketinggian 0.5 meter dari paras permukaan tanah dan dibiarkan kering. Susunan longgokan hendaklah memanjang atau mengikut barisan windrow pokok asal dan ditinggalkan lorong bersih selebar 2 meter hingga 3 meter untuk tapak tanaman. Serpihan tidak dibenarkan diletakkan di atas permukaan jalan atau di dalam parit-parit sisi jalan pertanian.

d) Pekerjaan menebang mekanikal, mencincang dan mengumpul hendaklah dijalankan mengikut blok seluas lebih kurang 40 hektar. Blok-blok yang hendak dikerjakan akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

e) Sempadan kawasan sebagaimana di dalam pelan hendaklah ditanda terang dan jelas dengan menggunakan pancang. Kawasan yang dikerjakan diluas dari kawasan bertanda atau kerja yang dibuat tanpa mengikut arahan seperti tercatat dalam Perjanjian Kontrak tidak akan diambil kira untuk bayaran kecuali dengan arahan bertulis daripada Pegawai Penguasa.

f) Semasa menjalankan kerja, semua batu sempadan, tanda atau pancang yang menunjukkan kawasan asal dan blok-blok di dalamnya tidak boleh diubah oleh kontraktor. Sekiranya berlaku kerosakan atau perubahan pada batu sempadan, tanda atau pancang, maka segala gantirugi mengukur semula dan kos batu sempadan dan pancang hendaklah dibayar oleh kontraktor kepada KESEDAR. Jika kontraktor gagal membayar gantirugi, maka potongan akan dibuat dari Sijil Bayaran Kontraktor.

g) Kontraktor hendaklah memastikan supaya tanah lapisan atas tidak hilang pada masa menebang, menolak, membongkar dan mencincang dijalankan.

h) Semasa menjalankan kerja semua tumbuh-tumbuhan dan serpihan yang ditolak hendaklah dikumpulkan di dalam kawasan ‘windrow’ dan tidak dibenarkan mengumpul atau melonggokkan ke sungai atau ke paya. Kontraktor adalah bertanggungjawab membersihkan kawasan berkenaan dengan perbelanjaan sendiri, jika serpihan dan tumbuh-tumbuhan tersebut ditolak ke dalam paya, tanah rendah dan sungai-sungai.

i) Semua jalan, lorong dan laluan-laluan lain (selepas ini disebut jalan) hendaklah dibiarkan bersih dan boleh dilalui oleh kenderaan pada bila-bila masa. Kontraktor adalah bertanggungjawab menjadi dan mempastikan semua jalan bersih dan boleh dilalui. Jika kontraktor enggan membersihkannya Agensi akan memasukkan buruh dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengannya dikenakan ke atas kontraktor.

j) Pokok sawit tidak boleh ditumbangkan ke dalam atau merintangi sungai, anak sungai atau parit. Kontraktor hendaklah mengalihkan semua pokok atau sebahagian daripadanya yang tumbang ke dalam atau merintangi sungai dengan perbelanjaan sendiri. Jika gagal berbuat demikian, Agensi akan memasukkan buruh dan segala perbelanjaan yang berkaitan dengannya dikenakan ke atas kira-kira kontraktor.

8. Kontraktor adalah dipertanggungjawabkan dan hendaklah membayar gantirugi untuk sebarang kerosakan yang menimpa ke atas hartabenda dan atau manusia diakibatkan oleh sebarang cara sekalipun semasa perlaksanaan kerja di bawah kontrak ini, yang bererti meliputi Surat Penentuan Kerja ini dan lain-lain Penentuan Kerja yang terkandung di dalam kontrak ini. Agensi adalah mempunyai hak menahan semua bayaran atau sebahagian daripadanya yang sepatutnya dibayar kepada kontraktor sehingga kerosakan kepada harta benda dan atau manusia telah dibereskan gantiruginya dengan menunjukkan bukti yang sah kepada Agensi.

9. Jadual bayaran bagi pekerjaan menebang mekanikal mencincang adalah seperti berikut:

i) Dibayar 80% daripada harga tebang apabila sesuatu blok atau kawasan yang luasnya tidak kurang dari 40 hektar telah siap kerja menebang, mencincang, menolak dan mengumpul mengikut barisan (windrow) serta menebas/membersihkan segala tumbuhan yang tidak diingini seperti buluh, anak-anak kayu terutama hedyotis, senduduk bulu, senduduk, pokok kapal terbang, pisang hutan, sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas di kawasan belukar dan paya.

ii) Dibayar 20% daripada harga tebang apabila sesuatu blok atau kawasan yang luasnya tidak kurang dari 40 hektar telah siap membasmi semua jenis tumbuhan sebagaimana yang dinyatakan pada para 9(i) dan ditolak 5% sebagai Wang Tahanan.

Thursday, August 20, 2009

PENENTUAN KERJA MENANAM KACANG PENUTUP BUMI (MUCUNA BRACTEATA)

1. Sebelum kacang penutup bumi ditanam, seluruh kawasan yang ditanam dengannya hendaklah dibersihkan daripada segala jenis tumbuh-tumbuhan dan tumbuhan semula termasuk lalang, rumpai yang tidak diingini, buluh, bertam, pisang hutan dan kesemua jenis tumbuhan perampas yang lain, telah dibasmikan hingga mati ke akar umbinya.

2. Penanaman kacang penutup bumi yang menjalar ini hendaklah dijalankan diseluruh kawasan yang boleh ditanam dengan syarat keadaan cuaca sesuai dan sebaik sahaja kerja-kerja membaris telah disiapkan seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

3. Anak benih kekacang penutup bumi Mucuna Bracteata hendaklah dibekalkan oleh kontraktor dan bekalan ini akan dikeluarkan mengikut masa dan jumlah yang sesuai atas budibicara Pegawai Penguasa. Kontraktor hendaklah mempastikan anak benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata untuk ditanam dalam keadaan baik dan cukup. Kontraktor dikehendaki menghabiskan menanam benih kacang penutup bumi yang dikeluarkan pada hari yang sama. Urusan mengangkut anak benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata dari tapak semaian ke ladang adalah tanggungjawab kontraktor. Rekod penerimaan dan pengeluaran disimpan oleh rancangan. Kadar penggunaan benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata sehektar adalah 300 anak pokok.

4. Agensi akan membekalkan baja fosfat mengikut keperluan. Kontraktor dikehendaki mendapatkan bekalan baja fosfat dari stor rancangan. Urusan mengangkut baja dari stor ke ladang adalah tanggungjawab kontraktor.

5. Kontraktor dikehendaki meracun Pra-cambah 3 hari sebelum menanam di kawasan yang akan ditanam dengan kacang penutup bumi Mucuna Bracteata dengan perbelanjaan sendiri.

6. Penanaman anak benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata hendaklah dijalankan seperti berikut:-

a) Ditanam dua polybeg ditengah-tengah barisan pokok sawit dimana jarak tanaman ialah 4.1 meter (12 kaki) atau sebarang jarak seperti yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

b) Kerja melubang hendaklah dibuat dengan menggunakan cangkul atau lain-lain alat. Lubang perlu digali pada hari yang sama kerja menanam dilakukan dan saiz lubang yang perlu digali ialah 15cm x 15cm x 15cm. Tanah yang digali keluar perlu dilonggokkan dengan baik ditepi lubang supaya kerja menimbus semula dapat dibuat dengan mudah.

c) Kontraktor dikehendaki menabur baja fosfat sebanyak 30 gram kedalam lubang yang telah siap digali. Semua anak benih hendaklah ditanam pada hari yang sama.

d) Kerja penanaman hendaklah dilakukan dengan cermat dimasa semasa membuka polybeg hendaklah berhati-hati untuk menggelakkan akar pokok patah dan rosak.

e) Jumlah buruh yang dikehendaki akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa supaya penanaman kacang penutup bumi ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditentukan untuk menyiapkan pekerjaan ini.

f) Kerja menyulam tanaman kacang hendaklah dilakukan dalam masa dua minggu selepas tanaman pertama pada pokok yang mati atau pada suatu tarikh yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa. Perjalanan kerja-kerja ini tidak melibatkan kos tambahan.

g) Kerja merumput hendaklah dijalankan setiap bulan sebaik sahaja selepas menanam kacang penutup bumi Mucuna Bracteata. Tempoh masa pusingan merumput adalah bergantung kepada kesesuaian kawasan kacang penutup bumi diambilalih. Hanya kacang penutup bumi dan tanaman utama sahaja dibenarkan tumbuh dikawasan tanaman.

7. Penaburan baja NPK Yellow 15:15:6:4 dan baja fosfat hendaklah dijalankan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri (baja dibekalkan oleh Agensi) pada bila dan masa yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa selepas kacang penutup bumi Mucuna Bracteata ditanam. Kadar penaburan NPK Yellow ialah 45 kg/hektar dan manakala taburan baja fosfat adalah 100 kg/hektar. Taburan baja-baja ini hendaklah dijalankan dalam dua pusingan. Kedua-dua pusingan ini adalah seperti jadual berikut atau mengikut masa yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa.





8. Sijil Bayaran bagi sebarang blok yang ada sekarang akan dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa tidak terdahulu daripada 30 hari selepas kacang penutup bumi telah ditanam mengikut perincian kerja ini yang luasnya sekurang-kurangnya 40 hektar.

DENGAN SYARAT

a) Benih Kacang Penutup Bumi Mucuna Bracteata telah hidup tidak kurang 90% didalam sesuatu kawasan.

b) Blok tersebut telah dijaga dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan yang tidak diingini dan tumbuh-tumbuhan perampas.

c) Satu pusingan kerja membaja kacang Mucuna Bracteata telah siap dijalankan.

d) Kadar bayaran bagi kerja menanam Kekacang Penutup Bumi adalah seperti berikut:-

i) 60% daripada harga kontrak
- selepas siap membaja kacang penutup bumi pusingan 1

ii) 40% daripada harga kontrak dan tolak 5% Wang Tahanan
- Selepas siap membaja Kacang penutup bumi pusingan 2


9. a) Sesuatu kawasan kacang penutup bumi yang telah dibayar mengikut syarat 8(a) dan d(i) di atas akan disahkan oleh Agensi dengan pengeluaran ‘Sijil Pengesahan’ memulakan kerja mencuci merumput mengikut penentuan kacang penutup bumi tulin.

b) Jika kontraktor gagal dan mengabaikan kerja mencuci merumput kacang penutup bumi di bawah keadaan kacang tulin bagi mencuci jangkamasa yang ternyata dalam perincian kerja mencuci merumput iaitu 12 pusingan, maka adalah wajib bagi kontraktor mengimbuh KESEDAR gantirugi atas jumlah bayaran yang telah dibayar bagi kerja menanam kacang penutup bumi menurut perkiraan seperti di bawah:-

T x R x A
12

T - Kadar bayaran bagi kerja menanam kacang penutup bumi.
12 - Keseluruhan jangkamasa mencuci merumput penutup tulin yang ternyata dalam perincian mencuci merumput.
R - Jumlah pusingan yang gagal dijaga dibawah kawasan penutup tulin daripada keseluruhan jangkamasa.
A - Keluasan blok terlibat.


c) Bagi kawasan yang terlibat seperti (b) di atas, kawasan itu akan diistiharkan sebagai kawasan tumbuhan penutup bumi campuran dan kadar bayaran kerja mencuci merumput kawasan demikian adalah termaktub didalam kontrak.

10. Keluasan kawasan yang disahkan untuk diambilalih oleh Agensi bagi kerja mencuci merumput adalah berasaskan kepada keluasan kacang penutup bumi yang telah tumbuh dengan jayanya seperti yang diterangkan di dalam perkara 9(a) dan (b) di atas.

Wednesday, August 19, 2009

NUTRIEN DI DALAM SISA KELAPA SAWIT

Pelepah yang dibuang dalam setahun ketika aktiviti penuaian dan pemangkasan dijalankan mengandungi kira-kira ( kg per hektar ) :


1) Pelepah yang telah dipangkas

2) Tandan sawit kosong

Hasil daripada 25 tan buah tandan segar akan menghasilkan kira-kira 5 tan tandan sawit kosong. Nutrien yang boleh diperolehi daripada tandan sawit kosong ialah :



3) Palm oil mill effluent (POME)


Penggunaan POME adalah sangat efektif jika ia berhampiran dengan kilang. Kandungan nutrien yang terdapat dalam POME adalah seperti berikut:



4) Debu Tandan (Bunch ash)



Hasil Buah Tandan Segar sebanyak 25tan/ha menghasilkan kira-kira 150kg Debu Tandan selepas dibakar di kilang. Debu Tandan sangat berguna kepada tanah jenis gambut kerana ia meningkatkan pH tanah jenis ini. Kandungan nutrien dalam Debu Tandan adalah seperti berikut: