Saturday, February 28, 2015

SCOUT HARVESTING (MENUAI PILIHAN)

Menuai pilihan  dilakukan untuk memotong buah tandan segar (BTS) yang telah masak sekurang-kurangnya 6 bulan selepas pusingan terakhir mengkasi jambak bunga.

Tujuannya adalah untuk menuai BTS yang masak dan membuang tandan busuk dan berpenyakit.

Cara Pelaksanaannya:

1. Tuai hanya tandan yang telah mempunyai lebih daripada 5 biji relai yang telah gugur.
2. Dijalankan 2 hingga 3 pusingan sebulan
3. Meninggalkan antara 48 - 56 bilangan pelepah hijau
4. Pelepah yang menyentuh tanah sahaja yang dibuang.

Bahan & Peralatan Yang Digunakan

1. Pahat tuai (5-7.5cm)
2. Kereta sorong/guni/bakul
3. Besi Loading/Gancu
4.Kapak/parang
5. Pengaut dan pungkis (mengaut biji relai)


Panduan Produktiviti

1 orang  bagi kawasan 25 - 30 ha./m.day

2 comments:

Unknown said...

Salam, saya juga salah seorang yang mengikuti perkembangan blog ini. Saya berharap agar pihak pemilik blog dapat terus memberikan informasi berguna kepada kita semua, dan saya amat menghargai usaha dalam menjadikan ilmu perladangan ini suatu yang dapat diakses oleh masyarakat dan khususnya mereka yang terlibat dalam perladangan. Saya juga berharap kita semua dalam bidang perladangan dapat bertukar pandangan dan pendapat melalui hubungan blog, email dan whatsapp yg akhirnya dapat memberikan faedah kepada kita semua. Terima kasih.

MOHAMAD SUHAIMI said...

W.Salam. Memang pun tujuan blog ini adalah untuk bertukar fikiran mengenai amalan pengurusan dan agronomi yang baik dalam perladangan sawit. Diharapkan jika ada maklumat-maklumat baru mengenainya dapat dikongsikan di sini. Sekian. Terima kasih.