Sunday, February 9, 2014

TANDAN BUAH SAWIT KOSONG SEBAGAI SUNGKUPAN



Pengenalan

Tandan buah kosong (TBK)terhasil setelah tandan sawit dikukus, dipisahkan atau direlaikan buah sawit untuk penghasilan minyak (Rajah 1). TBK sebagai bahan sampingan diperoleh dari kilang setiap hari apabila pemprosesan dijalankan. Dianggarkan sejumlah 0.20 - 0.24 t TBK boleh diperolehi dari setiap tan buah tandan segar (BTS) yang diproses. Malaysia yang merupakan pengeluar utama sawit dunia telah menghasilkan lebih 69 juta tan dan 74 juta tan BTS sawit pada tahun 2004 dan 2005.

lni bermakna lebih 13.8 dan 14.8 juta tan TBK telah dihasil dari kilang setiap tahun. Jumlah pengeluaran TBK akan bertambah pada masa akan datang, berikutan peningkatan hasil sawit negara.

Di kilang, TBK akan diasing dan dilonggok di tempat yang disediakan (Rajah'2).Pada masa lalu, kebanyakan TBK akan dibakar oleh pihak pengurusan kilang sebagai langkah pelupusan longgokannya atau menghasilkan abu tandan.

Bahan ini boleh digunakan oleh pengusaha ladang termasuk ladang sawit sebagai sumber baja kerana mengandungi nutrien, terutama kalium (K) yang tinggi iaitu lebih kurang 40% Kz0 dari berat kering TBK dan sebahagian kedl fosfat (PzOs)dan magnesium (MgO). Selain itu, abu tandan juga amat berfaedah untuk kawasan tanah yang bersifat masam atau asid seperti tanah gambut atau tanah berpotensi asid sulfat dan sebagainya. lni kerana sifat abu tandan yang kelat atau alkali (pH 10-12) berupaya membantu mengurangkan kemasaman tanah dengan berkesan. Peningkatan pH seeara tidak langsung akan meningkatkan tahap kesuburan tanah kawasan berkenaan.

Pembakaran TBK secara terbuka dan berpanjangan bagaimanapun boleh menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah jerebu yang menjejaskan kualiti udara dan kesihatan penduduk di kawasan persekitaran.

Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan tegas dalam usaha memantau masalah berkenaan dengan melaksanakan Akta Udara Bersih 1974 di bawah kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi, Malaysia. Akta tersebut antara lain tidak membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dilakukan termasuk TBK dari kilang.

Kebanyakan kilang sawit terletak di kawasan berhampiran ladang sawit mereka. Sebagai salah
satu langkah untuk mengatasi atau mengurangkan masalah longgokan di kilang sawit, TBK digunakan sebagai bahan sungkupan, khususnya di ladang sawit yang berhampiran. TBK sangat sesuai sebagai bahan sungkupan, kerana mengandungi sebahagian nutrien yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan tanaman.

Umumnya, TBK mengandungi kira-kira 0.80% nitrogen (N), 0.22% fosfat (PzOs), 2.90% kalium (~O), 0.30% magnesium (MgO) dan sebahagian kecil nutrien mikro.




Rajah1.  Tandan Buah Kosong






Faedah Tandan Buah Kosong Sebagai Sungkupan

Amalan membuat sungkupan di bidang pertanian telah lama dilakukan oleh pengusaha ladang sebagai ikhtiar memperbaiki tahap kesuburan tanah dan seterusnya meningkatkan penghasilan tanaman mereka. Ini merupakan satu kaedah yang mudah di mana lapisan longgokan bahan sungkupan ditempatkan menutupi sebahagian permukaan tanah di ladang dan dibiarkan mereput untuk beberapa waktu.

Walaupun bahan untuk dijadikan sungkupan boleh terdiri dari bahan bukan organik seperti plastik, bekas beg baja dan lain-lain, penggunaan bahan organik seperti pelepah kering, jerami padi dan juga TBK mempunyai beberapa kelebihan.

Antara kebaikan menggunakan bahan organic ialah:


  • menambah kandungan bahan organik untuk meningkatkan kesuburan tanah
  • memperbaiki struktur tanah terutama bagi kawasan terdiri dari tanah liat atau tanah berpasir dan memperbaiki pengudaraan dalam tanah
  • membantu memulihara kelembapan tanah dengan menambah daya pemegangan air;
  • memperbaiki suhu tanah kepada keadaan yang lebih sesuai untuk pertumbuhan akar dan persekitaran yang diperlukan oleh mikro-organisma yang berfaedah di dalam tanah;
  • membantu mengawal hakisan tanah dengan menyekat pergerakan air yang laju akibat hujan lebat;
  • membantu mengawal rumpai di ladang  dengan menghalang pertumbuhannya; dan
  • mengurangkan kerosakan padatan tanah di permukaan akibat tiIripaan air hujan.
Seperti bahan organik yang lain, TBK sebagai sungkupan akan mengalami beberapa peringkat pereputan secara beransur-ansur dan berterusan. Proses pereputan berlaku akibat tindakan'pelbagai mikrobial berfaedah dalam tanah secara semula jadi. Cepat atau lambatnya kadar pereputan TBK berlaku dipengaruhi oleh beberapa factor mengikut kesesuaian keadaan persekitaran seperti kelembapan, suhu dan lain-lain.

 Antara kajian yang telah dijalankan menunjukkan lebih 50% dari biojisim TBK telah terurai selepas empat bulan pertama pemakaiannya di ladang. Dalam tempoh lapan dan 10 bulan pertama penggunaan pula, lebih 90% dan 100% biojisim TBK didapati telah terurai. Kajian juga menunjukkan kadar pereputan TBK dapat dipercepatkan apabila nisbah kandungan karbon:nitrogen (C/N) bahan tersebut diubah suai dengan penaburan sedikit baja nitrogen seperti ammonium sulfat (21% N) atau urea (46% N) ke atasnya.

Penggunaan sungkupan TBK yang berterusan dengan kuantiti yang mencukupi berupaya meningkatkan kelembapan tanah dan memperbaiki nilai ketumpatan pukal tanah berbanding tanpa sungkupan (Jadual 1).

JADUAL 1: KESAN KESAN SUNGKUPAN TANDAN BUAH KOSONG (TBK) KE ATAS

                     KELEMBAPAN DAN KETUMPATAN PUKAL TANAH -SIRI RENGAM