Pengenalan
Tandan
buah kosong (TBK)terhasil setelah tandan sawit dikukus, dipisahkan atau
direlaikan buah sawit untuk penghasilan minyak (Rajah 1). TBK sebagai
bahan sampingan diperoleh dari kilang setiap hari apabila pemprosesan
dijalankan. Dianggarkan sejumlah 0.20 - 0.24 t TBK boleh diperolehi dari setiap
tan buah tandan segar (BTS) yang diproses. Malaysia yang merupakan pengeluar
utama sawit dunia telah menghasilkan lebih 69 juta tan dan 74 juta tan BTS
sawit pada tahun 2004 dan 2005.
lni
bermakna lebih 13.8 dan 14.8 juta tan TBK telah dihasil dari kilang setiap tahun.
Jumlah pengeluaran TBK akan bertambah pada masa akan datang, berikutan
peningkatan hasil sawit negara.
Di
kilang, TBK akan diasing dan dilonggok di tempat yang disediakan (Rajah'2).Pada
masa lalu, kebanyakan TBK akan dibakar oleh pihak pengurusan kilang sebagai
langkah pelupusan longgokannya atau menghasilkan abu tandan.
Bahan
ini boleh digunakan oleh pengusaha ladang termasuk ladang sawit sebagai sumber
baja kerana mengandungi nutrien, terutama kalium (K) yang tinggi iaitu
lebih kurang 40% Kz0 dari berat kering TBK dan sebahagian kedl fosfat (PzOs)dan
magnesium (MgO). Selain itu, abu tandan juga amat berfaedah untuk kawasan tanah
yang bersifat masam atau asid seperti tanah gambut atau tanah berpotensi asid
sulfat dan sebagainya. lni kerana sifat abu tandan yang kelat atau alkali (pH
10-12) berupaya membantu mengurangkan kemasaman tanah dengan berkesan.
Peningkatan pH seeara tidak langsung akan meningkatkan tahap kesuburan tanah
kawasan berkenaan.
Pembakaran
TBK secara terbuka dan berpanjangan bagaimanapun boleh menyumbang kepada
masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah jerebu yang menjejaskan kualiti
udara dan kesihatan penduduk di kawasan persekitaran.
Kerajaan
telah mengambil beberapa tindakan tegas dalam usaha memantau masalah berkenaan dengan
melaksanakan Akta Udara Bersih 1974 di bawah kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian
Sains, Teknologi dan lnovasi, Malaysia. Akta tersebut antara lain tidak membenarkan
sebarang aktiviti pembakaran terbuka dilakukan termasuk TBK dari kilang.
Kebanyakan
kilang sawit terletak di kawasan berhampiran ladang sawit mereka. Sebagai salah
satu
langkah untuk mengatasi atau mengurangkan masalah longgokan di kilang sawit, TBK
digunakan sebagai bahan sungkupan, khususnya di ladang sawit yang berhampiran. TBK
sangat sesuai sebagai bahan sungkupan, kerana mengandungi sebahagian nutrien
yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan tanaman.
Umumnya,
TBK mengandungi kira-kira 0.80% nitrogen (N), 0.22% fosfat (PzOs), 2.90% kalium
(~O), 0.30% magnesium (MgO) dan sebahagian kecil nutrien mikro.
Rajah1. Tandan Buah Kosong
Faedah
Tandan Buah Kosong Sebagai Sungkupan
Amalan
membuat sungkupan di bidang pertanian telah lama dilakukan oleh pengusaha ladang
sebagai ikhtiar memperbaiki tahap kesuburan tanah dan seterusnya meningkatkan
penghasilan tanaman mereka. Ini merupakan satu kaedah yang mudah di mana
lapisan longgokan bahan sungkupan ditempatkan menutupi sebahagian permukaan
tanah di ladang dan dibiarkan mereput untuk beberapa waktu.
Walaupun
bahan untuk dijadikan sungkupan boleh terdiri dari bahan bukan organik seperti plastik,
bekas beg baja dan lain-lain, penggunaan bahan organik seperti pelepah kering,
jerami padi dan juga TBK mempunyai beberapa kelebihan.
Antara
kebaikan menggunakan bahan organic ialah:
- menambah kandungan bahan organik untuk meningkatkan kesuburan tanah
- memperbaiki struktur tanah terutama bagi kawasan terdiri dari tanah liat atau tanah berpasir dan memperbaiki pengudaraan dalam tanah
- membantu memulihara kelembapan tanah dengan menambah daya pemegangan air;
- memperbaiki suhu tanah kepada keadaan yang lebih sesuai untuk pertumbuhan akar dan persekitaran yang diperlukan oleh mikro-organisma yang berfaedah di dalam tanah;
- membantu mengawal hakisan tanah dengan menyekat pergerakan air yang laju akibat hujan lebat;
- membantu mengawal rumpai di ladang dengan menghalang pertumbuhannya; dan
- mengurangkan kerosakan padatan tanah di permukaan akibat tiIripaan air hujan.
Seperti
bahan organik yang lain, TBK sebagai sungkupan akan mengalami beberapa
peringkat pereputan secara beransur-ansur dan berterusan. Proses pereputan
berlaku akibat tindakan'pelbagai mikrobial berfaedah dalam tanah secara semula jadi.
Cepat atau lambatnya kadar pereputan TBK berlaku dipengaruhi oleh beberapa factor
mengikut kesesuaian keadaan persekitaran seperti kelembapan, suhu dan lain-lain.
Antara kajian yang telah dijalankan
menunjukkan lebih 50% dari biojisim TBK telah terurai selepas empat bulan pertama
pemakaiannya di ladang. Dalam tempoh lapan dan 10 bulan pertama penggunaan
pula, lebih 90% dan 100% biojisim TBK didapati telah terurai. Kajian juga
menunjukkan kadar pereputan TBK dapat dipercepatkan apabila nisbah kandungan
karbon:nitrogen (C/N) bahan tersebut diubah suai dengan penaburan sedikit baja
nitrogen seperti ammonium sulfat (21% N) atau urea (46% N) ke atasnya.
Penggunaan
sungkupan TBK yang berterusan dengan kuantiti yang mencukupi berupaya meningkatkan
kelembapan tanah dan memperbaiki nilai ketumpatan pukal tanah berbanding tanpa
sungkupan (Jadual 1).
JADUAL
1: KESAN KESAN SUNGKUPAN TANDAN BUAH KOSONG (TBK) KE ATAS
KELEMBAPAN
DAN KETUMPATAN PUKAL TANAH -SIRI RENGAM
Pengurusan
ladang yang cekap seperti ini amat penting bagi tanaman sawit yang memerlukan kuantiti
air yang banyak. Kesan peningkatan kelembapan tanah dapat dilihat dengan jelas
dari peningkatan bilangan akar sawit terutama akar halus iaitu akar ketiga dan
keempat di lapisan tanah permukaan. Jni perlu untuk merangsang pokok bagi
pengambilan nutrien dan air yang lebih cekap.
Kajian
lain melaporkan bahawa kira-kira 50% kandungan K dari TBKdapat dikeluarkan
selepas tiga bulan pertama pemakaian sungkupan TBK di ladang. Selepas enam dan
10 bulan penggunaan pula, kandungan K didapati telah diuraikan kira-kira 90%dan
100%.Kebanyakan nutrien yang telah diurai dari TBK dapat dikitar semula ke dalam
tanah sebagai baja organik. Ini merupakan kaedah terbaik dalam memelihara
kesuburan tanah di ladang sawit.
Penggunaan
TBK secara berterusan di ladang sawit juga dilaporkan dapat memperbaiki pertumbuhan
pokok sarna ada pada peringkat mud a atau matang. Kesan yang positif juga dilaporkan
dalam peningkatan pengeluaran hasil sawit di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah
pendalaman, tanah lanar laut atau lanar sungai dan juga tanah berpasir pantai
(bris). TBK bagaimanapun tidak sesuai digunakan di kawasan gambut mengandungi
bahan organik yang tinggi. Antara beberapa keputusan penghasilan sawit kesan
penggunaan sungkupan TBK adalah
seperti
di Jadual 2.