Wednesday, May 19, 2010

REAKSI TANAH DAN PENGARUHNYA TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN

Biasanya reaksi tanah diukur dalam unit pH. Jika pH kurang dari 7 (asid), ph 7 (neutral) dan pH lebih daripada 7 (alkali). Nilai pH tanah berlainan dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu musim ke musim. Biasanya kebanyakan tanaman hidup dalam keadaan baik bila nilai pH dalam lengkongan 6.0 - 7.5. Kebanyakan tanah sedentary dan alluvium di Malaysia berasid di mana nilai pH 4.2 - 4.8. Tanah gambut dan tanah asid sulfat mempunyai nilai pH kurang dari 3.8.

Pengaruh tanah biasanya pH tidak melebihi nilai 8.3 kerana semasa akar tumbuhan dan organisma tanah bernafas. Ia mengeluarkan gas CO2 dan bertindak dengan air lalu membentuk Asis Karbonik. Tanah menjadi berasid apabila sebahagian besar kation tukar gantinya terdiri A13+ dan H+. Keadaan ini disebabkan oleh larut resap. Apabila air bergerak melalui tanah sebahagian daripada H+ menggantikan Na+, Mg2+ dan K+ yang alirkan air hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Kehadiran A13+ dan H+ yang banyak menjadikan tanah itu bersifat asid.

Tiap-tiap tanaman mempunyai tindakbalas yang berbeza kepada pH. Tanaman bijian akan hidup subur pada pH 5.5 - 6.5. Tanaman kekacang perlu pH 6-7 untuk memberikan banyak bintil, akar dan saiznya akan menjadi lebih besar. Jagung/lobak merah hidup subur pada pH 5-6. Bagi sesetengah tanaman pula menyukai tanah masam.

Membaiki pH yang rendah dan pengapuran

Untuk meninggikan pH tanah yang rendah maka bahan kapur boleh dicampur dengan betul dengan lapisan tanah atas zon perakaran (0-25 cm). Diantara bahan-bahan kapur yang boleh digunakan bagi tujuan di atas ialah:-

kapur bakar / kalsium silika - Slag
basic acid
ground magnesium limestone

Cara Pemberian Kapur

Bagi tanah-tanah daerah tropika keperluan kapur bagi sekitar dan sedalam 20 cm (tan metrik). Caranya adalah berbeza dari satu jenis tanah dengan jenis tanah yang lain. Bagi tanah yang berpasir pemberian kapur hendaklah sedikit demi sedikit bagi mengelak terjadinya pengapuran berlebihan.

Kekerapan pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur. Bagi kapur halus ia cepat bertindakbalas dengan tanah tetapi kesannya tidak lama berbanding dengan kapur yang kasar. Bagi tanah masam, pemberian kapur diberi 15 cm tanah yang dibajak dan hendaklah digaulkan agar dapat mengelakkan daripada pengapuran yang berlebihan disamping meneutralkan asid di dalam tanah bagi perkembangan akar. Pemberian kapur hendaklah diberikan beberapa minggu sebelum penanaman biasanya yang biasa diamalkan 30 hari sebelum tanam.

No comments: