Saturday, August 22, 2009

PENENTUAN KERJA MERACUN/MEMBASMIKAN RUMPAI DAN LAIN-LAIN TUMBUHAN

1. Selepas pokok-pokok sawit ditebang, dicincang dan dikumpulkan mengikut barisan, kerja meracun/membasmi rumpai dan lain-lain tumbuhan yang tidak diperlukan hendaklah dijalankan seperti berikut:-

a) Bagi kawasan 6 kaki lebar di tengah-tengah sepanjang antara dua barisan pokok-pokok sawit yang telah dikumpulkan mengikut barisan hendaklah diracun sebersih-bersihnya (blanket spray) dari sebarang tumbuhan rumpai bagi tujuan penanaman kekacang penutup bumi. Racun yang digunakan akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

b) Kawasan selebihnya hendaklah dijalankan secara selektif dengan mengekalkan tumbuhan berbatang lembut sebagai penutup bumi asli.

2. Tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan seperti lalang, anak-anak kayu terutama hedyotis, senduduk bulu, senduduk, pokok kapal terbang, buluh, pisang hutan, anak sawit liar dan lain-lain tumbuhan perampas sahaja hendaklah dihapuskan sehingga ke akar umbi.

3. Kontraktor hendaklah dengan perbelanjaan sendiri mengadakan segala peralatan dan buruh secukupnya serta racun yang sesuai seperti yang disyorkan oleh Pegawai Penguasa bagi kerja-kerja membasmi rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan.

4. Kerja-kerja membersihkan rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan sebagaimana yang dinyatakan pada para 2, hendaklah dijalankan dengan sistematik mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pegawai Penguasa supaya tidak menganggu kerja-kerja lain.

5. Jika terdapat rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan telah dibasmikan tetapi tidak musnah/hapus dengan berkesan dalam tempoh masa yang ditentukan, kontraktor dengan perbelanjaan sendiri hendaklah mengulangi semburannya sehingga keadaannya memuaskan.

6. Bayaran kerja meracun/membasmi rumpai dan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diperlukan akan dibuat seperti berikut:-

a) Dibayar 60% dari harga meracun/membasmi rumpai dan lain-lain tumbuhan yang tidak diperlukan setelah disahkan seluruh kawasan tidak kurang dari 40 hektar bersih dari segala tumbuhan yang dinyatakan pada para 2.

b) Bayaran baki 40% boleh dibuat setelah kawasan kerja tidak kurang dari 40 hektar diambil alih untuk kerja-kerja mencuci merumput dan dipotong 5% sebagai Wang Tahanan.

No comments: