Percontohan daun dan tanah untuk Syor Pembajaan:
Pemilihan Petak Cerakinan
A. Cara Rawakan (Random)
- Tiap tiap kawasan 20 hektar (1 petak), 4 contoh daun diambil.
- Contoh diambil mengikut rawakan (random) berselang pokok sebanyak 8 pokok.
- Semua contoh-contoh daun dari kawasan 20 hektar tersebut dikira satu contoh sahaja
- Semua petak-petak cerakinan hendaklah ditanda dengan angka bilangan yang tetap.
- Pokok permulaan baris contoh diambil hendaklah ditanda dengan cat merah pada pelepah yang senang dilihat dari tepi jalan
B. Faktor-faktor penting memilih Plot
- Jenis tanah (siri) dan rupabumi (topografi) yang sama
- Berdekatan dengan jalan pertanian
- Pokok-pokok mempunyai baka yang sama umur dan pertumbuhannya.
- Bukan dari kawasan pokok-pokok yang berpenyakit.
- Tempat permulaan dan contoh-contoh yang diambil hendaklah berjauhan dari sempadan siri tanah yang berlainan.
- Semasa membuat pemilihan plot (petak cerakinan) jika tempat di ladang seperti bertanda di dalam peta itu tidak sesuai, suatu kawasan lain hendaklah diganti.
- Paya, anak sungai dan jalan biasa digunakan sebagai sempadan petak cerakinan.
- Suatu kawasan tanah rata yang luas, petak-petak berasingan hendaklah dilakukan maksudnya tidak dicampur dengan kawasan yang berbukit.
Percontohan Tanah dari Rancangan-Rancangan Di Bawah Perkhidmatan Syor Pembajaan.
A. Pengambilan contoh tanah di kawasan baru (Percontohan Tahun 1)
Satu kawasan blok contoh dipilih dari tiap-tiap kawasan seluas 80 hektar. Kawasan 80 hektar ini terdiri dari 4 blok contoh dimana tiap-tiap blok luasnya 20 hektar. Contoh-contoh hanya diambil dari salah satu daripada 4 blok contoh ini.Contoh tanah dari kawasan baru mestilah diambil dari kedua-dua kawasan iaitu:-
1. Kawasan berbaja 2. Kawasan Tidak berbaja.
a) Kawasan berbaja .
Kawasan disekeliling pokok dimana baja biasanya ditaburkan iaitu (garis pusat 10’). Contoh tanah diambil dalam kawasan ini sedalam 0 – 15 cm (0 – 6 inci) dengnan menggunakan ‘Screw Auger’. Tandakan dengan cat pada pokok dimana contoh tanah diambil. Tanah yang diambil dari 8 bulatan pokok ini diisi ke dalam satu beg plastic dan ditandakan dengan ‘contoh berbaja' (0-15 cm). perlu diingat contoh tanah tidak boleh diambil sekiranya terdapat/masih ada baja di kawasan ini.
b) Kawasan tidak berbaja.
Kawasan yang tidak berbaja ditunjukan seperti dalam gambarajah (A). Contoh tanah yang diambil di luar kawasan bulatan baji bagi 8 pokok ini dicampurkan dalam satu beg plastic dan ditandakan dengan ‘ contoh tidak berbaja (0-15 cm).
B. Pemilihan Pokok Untuk Contoh Tanah.
Pokok untuk percontohan tanah dipilih dari tiap-tiap pusat (point) percontohan daun dalam blok yang dipilih. Contoh tanah diambil dari pokok ke empat (4) dan ke enam (6) dari tepi jalan.
Pilih 2 pokok sahaja untuk diambil contoh tanah dari tiap-tiap pusat.
C. Percontohan Tanah Di Kawasan Lama
Analisa Tanah
Contoh-contoh yang dikutip mesti dianalisakan seperti berikut:
Percontohan tahun Pertama
pH, Total-N, Organic-C, Avail-P, Exc-K, ca dan Mg.
Percontohan Untuk Tahun-tahun Berikut:
Avail-P, Exc-K, Ca,Mg dan Total-N.’
2 comments:
aslkum....
saya hisham...
kalau ader contact yang ingin membuat sampling pelepah sawit no 17 atau sampling daun getah boleh la hubungi saya,saya juga boleh mengambil sampel tanah untuk di analisis.
keputuan makmal juga boleh diperolehi...
0127765231
saya menukar nombor talifon tidak lagi menggunakan no tersebut nombor baru ialah 013 7282325 email hevea_81@yahoo.com
Post a Comment