Tujuan
Tujuan pembajan adalah untuk membekalkan pokok sawit dengan sumber makanan tambahan untuk tumbesaran vegetatif yang sempurna.
Kekerapan dan masa membaja
- Pemesanan baja dibuat 6 bulan sebelun aktiviti membaja dijalankan.
- Tempoh membaja adalah antara bulan Mac hingga bulan September dan perlu diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.
- Waktu pembajaan yang sesuai adalah sebelum musim hujan dan selepas musim hujan.
Peralatan yang diperlukan
- Kereta sorong
- Alat pengorek
- Sarung tangan
- Kayu pemadat dan pengukur
- Alat penyukat khas
- Baja
Kaedah membaja
Cara pembajaan adalah seperti berikut:
- Ukuran kedalaman, kelebaran lubang adalah 20cm lebar x 30cm dalam x 20cm panjang.
- Gali lubang pada jarak +-8 kaki dari pangkal pokok.
- 4 lubang digali pada setiap pokok sebagaimana dibawah:
*Untuk tahun seterusnya ikut turutan lubang asal (kawasan rata dan kawasan berbukit)
- Pekerja hendaklah menggali semula lubang yang cetak.
- Baja dimasukkan kedalam lubang dengan menggunakan penyukat yang berukuran tepat.
- Setelah baja dimasukkan, tutup separuh lubang dengan tanah, padatkan denagn pemadat dan tutup lagi separuh tanah sekeliling.
Penanaman baja
- Kadar baja bergantung jadual dan syor baja yang telah ditetapkan.
- Gunakan peralatan yang sesuai untuk menjalankan kerja penanaman baja seperti kereta sorong, baldi dan alat penyukat khas. (alat penyukat khas bertujuan untuk memastikan jumlah baja yang ditanam seragam pada setiap lubang.)
- Benang jahitan pada beg baja mestilah dibuka dengan cermat. Pemotongan beg baja adalah dilarang sama sekali.
- Cara penanaman mestilah betul iaitu setiap lubang mesti mempunyai jumlah berat baja sama rata.
- Lubang yang telah ditabur baja hendaklah dimampatkan dan diratakan separas permukaan tanah.
- Baja yang keras dan berketul hendaklah diketuk dahulu sehingga hancur sebelum digunakan.
Keselamatan
- Elakkan laluan air dan air bawah tanah dari tercemar denagn baja.
- Amalkan penggunaan baja dengan cara yang cermat dan pada kadar yang tepat.
- Jangan buang beg baja diladang. Simpan atau kitar semula beg baja untuk kegunaan lain seperti mengutip biji lerai.
- Basuh tangan selepas membaja denagn air bersih.
- Sentiasa mengikut syor baja yang telah ditetapkan.
- Baja boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata. Pastikan pengendalian bahan yang sensitive dengan sentuhan menggunakan sarung tangan getah yang berkualiti.
- Beg baja adalah seberat 50 kilogram. Mengangkat beg baja mestilah berhati-hati.
No comments:
Post a Comment