Sunday, February 9, 2014

TANDAN BUAH SAWIT KOSONG SEBAGAI SUNGKUPAN



Pengenalan

Tandan buah kosong (TBK)terhasil setelah tandan sawit dikukus, dipisahkan atau direlaikan buah sawit untuk penghasilan minyak (Rajah 1). TBK sebagai bahan sampingan diperoleh dari kilang setiap hari apabila pemprosesan dijalankan. Dianggarkan sejumlah 0.20 - 0.24 t TBK boleh diperolehi dari setiap tan buah tandan segar (BTS) yang diproses. Malaysia yang merupakan pengeluar utama sawit dunia telah menghasilkan lebih 69 juta tan dan 74 juta tan BTS sawit pada tahun 2004 dan 2005.

lni bermakna lebih 13.8 dan 14.8 juta tan TBK telah dihasil dari kilang setiap tahun. Jumlah pengeluaran TBK akan bertambah pada masa akan datang, berikutan peningkatan hasil sawit negara.

Di kilang, TBK akan diasing dan dilonggok di tempat yang disediakan (Rajah'2).Pada masa lalu, kebanyakan TBK akan dibakar oleh pihak pengurusan kilang sebagai langkah pelupusan longgokannya atau menghasilkan abu tandan.

Bahan ini boleh digunakan oleh pengusaha ladang termasuk ladang sawit sebagai sumber baja kerana mengandungi nutrien, terutama kalium (K) yang tinggi iaitu lebih kurang 40% Kz0 dari berat kering TBK dan sebahagian kedl fosfat (PzOs)dan magnesium (MgO). Selain itu, abu tandan juga amat berfaedah untuk kawasan tanah yang bersifat masam atau asid seperti tanah gambut atau tanah berpotensi asid sulfat dan sebagainya. lni kerana sifat abu tandan yang kelat atau alkali (pH 10-12) berupaya membantu mengurangkan kemasaman tanah dengan berkesan. Peningkatan pH seeara tidak langsung akan meningkatkan tahap kesuburan tanah kawasan berkenaan.

Pembakaran TBK secara terbuka dan berpanjangan bagaimanapun boleh menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah jerebu yang menjejaskan kualiti udara dan kesihatan penduduk di kawasan persekitaran.

Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan tegas dalam usaha memantau masalah berkenaan dengan melaksanakan Akta Udara Bersih 1974 di bawah kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi, Malaysia. Akta tersebut antara lain tidak membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dilakukan termasuk TBK dari kilang.

Kebanyakan kilang sawit terletak di kawasan berhampiran ladang sawit mereka. Sebagai salah
satu langkah untuk mengatasi atau mengurangkan masalah longgokan di kilang sawit, TBK digunakan sebagai bahan sungkupan, khususnya di ladang sawit yang berhampiran. TBK sangat sesuai sebagai bahan sungkupan, kerana mengandungi sebahagian nutrien yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan tanaman.

Umumnya, TBK mengandungi kira-kira 0.80% nitrogen (N), 0.22% fosfat (PzOs), 2.90% kalium (~O), 0.30% magnesium (MgO) dan sebahagian kecil nutrien mikro.




Rajah1.  Tandan Buah Kosong






Faedah Tandan Buah Kosong Sebagai Sungkupan

Amalan membuat sungkupan di bidang pertanian telah lama dilakukan oleh pengusaha ladang sebagai ikhtiar memperbaiki tahap kesuburan tanah dan seterusnya meningkatkan penghasilan tanaman mereka. Ini merupakan satu kaedah yang mudah di mana lapisan longgokan bahan sungkupan ditempatkan menutupi sebahagian permukaan tanah di ladang dan dibiarkan mereput untuk beberapa waktu.

Walaupun bahan untuk dijadikan sungkupan boleh terdiri dari bahan bukan organik seperti plastik, bekas beg baja dan lain-lain, penggunaan bahan organik seperti pelepah kering, jerami padi dan juga TBK mempunyai beberapa kelebihan.

Antara kebaikan menggunakan bahan organic ialah:


  • menambah kandungan bahan organik untuk meningkatkan kesuburan tanah
  • memperbaiki struktur tanah terutama bagi kawasan terdiri dari tanah liat atau tanah berpasir dan memperbaiki pengudaraan dalam tanah
  • membantu memulihara kelembapan tanah dengan menambah daya pemegangan air;
  • memperbaiki suhu tanah kepada keadaan yang lebih sesuai untuk pertumbuhan akar dan persekitaran yang diperlukan oleh mikro-organisma yang berfaedah di dalam tanah;
  • membantu mengawal hakisan tanah dengan menyekat pergerakan air yang laju akibat hujan lebat;
  • membantu mengawal rumpai di ladang  dengan menghalang pertumbuhannya; dan
  • mengurangkan kerosakan padatan tanah di permukaan akibat tiIripaan air hujan.
Seperti bahan organik yang lain, TBK sebagai sungkupan akan mengalami beberapa peringkat pereputan secara beransur-ansur dan berterusan. Proses pereputan berlaku akibat tindakan'pelbagai mikrobial berfaedah dalam tanah secara semula jadi. Cepat atau lambatnya kadar pereputan TBK berlaku dipengaruhi oleh beberapa factor mengikut kesesuaian keadaan persekitaran seperti kelembapan, suhu dan lain-lain.

 Antara kajian yang telah dijalankan menunjukkan lebih 50% dari biojisim TBK telah terurai selepas empat bulan pertama pemakaiannya di ladang. Dalam tempoh lapan dan 10 bulan pertama penggunaan pula, lebih 90% dan 100% biojisim TBK didapati telah terurai. Kajian juga menunjukkan kadar pereputan TBK dapat dipercepatkan apabila nisbah kandungan karbon:nitrogen (C/N) bahan tersebut diubah suai dengan penaburan sedikit baja nitrogen seperti ammonium sulfat (21% N) atau urea (46% N) ke atasnya.

Penggunaan sungkupan TBK yang berterusan dengan kuantiti yang mencukupi berupaya meningkatkan kelembapan tanah dan memperbaiki nilai ketumpatan pukal tanah berbanding tanpa sungkupan (Jadual 1).

JADUAL 1: KESAN KESAN SUNGKUPAN TANDAN BUAH KOSONG (TBK) KE ATAS

                     KELEMBAPAN DAN KETUMPATAN PUKAL TANAH -SIRI RENGAM

 


Pengurusan ladang yang cekap seperti ini amat penting bagi tanaman sawit yang memerlukan kuantiti air yang banyak. Kesan peningkatan kelembapan tanah dapat dilihat dengan jelas dari peningkatan bilangan akar sawit terutama akar halus iaitu akar ketiga dan keempat di lapisan tanah permukaan. Jni perlu untuk merangsang pokok bagi pengambilan nutrien dan air yang lebih cekap.


Kajian lain melaporkan bahawa kira-kira 50% kandungan K dari TBKdapat dikeluarkan selepas tiga bulan pertama pemakaian sungkupan TBK di ladang. Selepas enam dan 10 bulan penggunaan pula, kandungan K didapati telah diuraikan kira-kira 90%dan 100%.Kebanyakan nutrien yang telah diurai dari TBK dapat dikitar semula ke dalam tanah sebagai baja organik. Ini merupakan kaedah terbaik dalam memelihara kesuburan tanah di ladang sawit.

Penggunaan TBK secara berterusan di ladang sawit juga dilaporkan dapat memperbaiki pertumbuhan pokok sarna ada pada peringkat mud a atau matang. Kesan yang positif juga dilaporkan dalam peningkatan pengeluaran hasil sawit di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah pendalaman, tanah lanar laut atau lanar sungai dan juga tanah berpasir pantai (bris). TBK bagaimanapun tidak sesuai digunakan di kawasan gambut mengandungi bahan organik yang tinggi. Antara beberapa keputusan penghasilan sawit kesan penggunaan sungkupan TBK adalah
seperti di Jadual 2.






























Monday, October 1, 2012

CARA MENGIRA BAJA 1


    Unit Cerakinan daun telah membuat rekomendasi pembajaan berdasarkan penggunaan baja urea (41%N) bagi pembajaan sawit pada kadar 0.30 kg/pokok bagi kawasan ladang seluas 5000 hektar dengan purata dirian pokok 130 pokok sehektar. Kesulitan mendapatkan urea menyebabkan ianya diganti dengan baja Ammonium Sulfat (21%N). Sila kira dan nyatakan jumlah baja Ammonium Sulfat yang diperlukan  bagi membajai keseluruhan ladang.

 
Jawapan:

a.   Langkah 1 – tentukan % unsur di dalam baja urea dan amonium sulfat.

% N di dalam urea = 46%
% N di dalam ammonium sulfat = 21%.

 
b.   Langkah 2 – Berat ammonium sulfat diperlukan sepokok sawit:

46/21 (atau 2.19) x  0.30 =  0.657 kg. ammonium sulfat
 

c.   Langkah 3 – keperluan Ammonium sulfat bagi 500 hektar ladang

         0.657kg/pokok x 130 pk/ha. X 500 ha. = 42,705 kg
                                                                       =  42.71 m.tan               

Wednesday, August 22, 2012

JENIS ANAK BENIH SAWIT YANG PERLU DIHINDARKAN SEMASA MENANAM


Berhati-hatilah ketika memilih anak benih sawit yang hendak ditanam di kebun atau di ladang kerana salah memilih anak benih akan memberikan kesan yang buruk kepada pengeluaran hasil nanti. Pilih anak benih yang normal untuk penanaman bagi memastikan pengeluaran hasil dapat dioptimumkan.

Tuesday, August 21, 2012

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI 1433H

Assalamulaikum wrt.

Pertama-tamanya saya ingin memohon ampun dan maaf kepada pembaca-pembaca blog ini kerana sudah lama tak mengemaskini blog ini dan tidak menjawab beberapa pertanyaan dikemukakan. Sebabnya saya ada masalah dalam membuat 'setting' terutamanya apabila yang  melibatkan jadual. Maklumlah saya bukan mahir sangat (tak sempat nak belajar cara lain yang lebih mudah) disamping kesuntukan masa. Terima kasihlah pada mereka yang menggunakan blog ini sebagai rujukan. Walaubagaimanapun seperti yang telah saya katakan, saya tidak bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang timbul dari maklumat yang diberikan kerana tidak semua maklumat ini boleh dipakai pada semua tempat yang berbeza. Ianya hanyalah satu generalisasi atau untuk panduan umum sahaja. Sekian, terima kasih.

Thursday, November 3, 2011

MENANAM SAWIT



DEFINASI

Menanam sawit adalah satu proses menanam anak benih dengan menggunakan bahan tanaman yang bermutu, cukup umur, dan pada keadaan cuaca yang sesuai dengan menggunakan teknik yang betul.
OBJEKTIF 

  1. Mempastikan anak sawit yang tumbuh akan bermutu dan produktif.
  2. Mengelak dari berlaku kerosakan (transplanting shock) dan kematian semasa menanam.
  3. Mengadakan pokok sawit yang seragam pertumbuhannya dan tiada kerja-kerja menyulam dijalankan.
  4. Memperolehi hasil ekonomik yang tinggi dan berkekalan

PIAWAIAN
  1. Saiz lubang tanaman mesti 10 cm lebih lebar dan dalam daripada ukuran polibeg.
  2. Baja Phosphate (CIRP) sebanyak 500 gm ditabur di dalam lubang tanaman.
  3. Anak benih ditanam di dalam keadaan yang tegak dan 2.5 cm di bawah paras tanah keliling.

PERALATAN DAN BAHAN
  1. Anak Benih.
  2. Baja fosfat batuan.
  3. Kereta sorong atau bakul kandar.
  4. Cangkul menggali.
  5. Bekas dan penyukat baja.
  6. Pisau tajam.
  7. Beg baja kosong.
  8. Kayu pemadat.

PANDUAN PRODUKTIVITI

Produktiviti kerja menanam bagi seorang bekerja selama 8 jam (manday) bergantung kepada kaedah lubang digali dan kemahiran pekerja
  
Kaedah Gali Lubang
Pokok / Manday
Manual 
70 – 80 
Jentera 
100 – 120 
       
 
KAEDAH

  1. Pengkelasan tugasan untuk menggali lubang, mengangkut anak sawit , membaja dan menanam diagihkan kepada kumpulan berasingan.
  2. Pokok dibawa dari tepi jalan ke tapak tanaman dengan menggunakan kereta sorong, bakul atau dipikul dengan bahagian pucuk di atas
  3. Anak benih dikendalikan dengan sempurna supaya tiada berlaku kerosakan (transplanting shock) semasa pemindahan ini, kekalkan anak benih di dalam keadaan sihat dan subur seperti di semaian
  4. Kerosakan anak benih yang dikendalikan dengan kasar seperti polibeg dan bebola tanah pecah, pucuk anak benih patah dan anak benih tercabut dari polibeg. Kerosakan ini akan menyebabkan pertumbuhan anak benih terbantut.
  5.  Lubang digali di atas pancang tanaman yang telah ditentukan dan pastikan di dalam garisan yang lurus dan di dalam barisan tanaman.
  6. Penghantaran anak benih dari tepi jalan ke tapak penanaman digalakan menggunakan minitrektor sekiranya bersesuaian.
  7. Lubang tanaman boleh digali dengan cara manual atau menggunakan jentera.
  8. Saiz tanaman yang sesuai bagi anak benih sawit ialah 45 x 45 x 60 cm.
  9. Lubang tanaman yang digali mempunyai tebing vertikal (tidak mengecil di bahagian bawah).
  10. Taburkan fosfat sebanyak 500 gm di dalam lubang sebelum menanam.
  11. Polibeg dikeluarkan dengan memotong dibahagian bawah dahulu dan diletakkan ke dalam lubang, kemudian dipotong bahagian tepi untuk menarik keluar polibeg.
  12. Masukan anak benih ke dalam lubang di dalam keadaan yang tegak dan keadaan bebola tanah tidak pecah atau dipotong.
  13. Anak perlu ditanam dengan kedalaman pangkal anak benih 5 cm lebih rendah daripada paras permukaan tanah sekitarnya.
  14. Lubang perlu dikambus semula di keliling anak benih dengan cermat dan padat, pastikan tanah yang dikambus itu gembur dan tidak berketul besar.
  15. Hujung cangkul boleh digunakan untuk memadatkan tanah di sekeliling kawasan kosong di antara anak benih dengan tanah di sekitarnya.

KAWALAN

  1. Polybeg yang digunakan ditanggalkan dari bebola tanah sebelum menanam anak benih.
  2. Tidak memotong atau memecahkan bebola tanah semasa kerja menanam dijalankan.
  3. Anak benih sawit dikendalikan dengan cermat dengan mengekalkan kesuburan anak benih seperti di semaian.
  4. Lubang tanaman perlu 10 cm lebih daripada ukuran bebola tanah.



CONTOH REKOD KEMAJUAN KERJA MENANAM

 

 
LADANG SG BAYU
PERINGKAT : 01
LUAS KAWASAN : 200.00 HEKTAR.
JUMLAH POKOK PERLU DITANAM : 27,200 POKOK
REKOD KEMAJUAN KERJA MENANAM

 
TARIKH 
JUMLAH PEKERJA
(orang) 
JUMLAH DITANAM
(pokok) 
BLOK / ZONE 
PRODUKTIVITI
KERJA
( pokok / mday)  
% SIAP
CATITAN 
Hari Ini 
Hingga hari Ini 
1.9.2005 
10 
850 
1A 
85 
3.12 
3.12 
Hujan 
2.9.2005 
10 
900 
1A 
90 
3.30 
6.42 
Hujan 
3.9.2005 
10 
850 
1B 
90 
3.30 
9.72 
Panas 

 

 
SAIZ LUBANG TANAMAN DAN CARA MENANAM ANAK BENIH SAWIT

 

 

 
CONTOH BORANG REKOD KEMAJUAN KERJA
REKOD KEMAJUAN KERJA
MENANAM SAWIT


 
BULAN:________________                     TAHUN :__________________

  Tahun Pembangunan :______________   Pemborong :________________

 Luas Kawasan :___________________   No. Kontrak :_______________

 Tarikh Sepatut Siap :_______________   Harga Sepokok (RM) :________

 Tarikh Siap Sebenar :_______________

 
Hari bulan
Bolk/ Zone dikerjakan
Bil Pekerja
Jumlah Pokok diterima
Jumlah Pokok ditanam
Jumlah Luas
Ditanam
( hek)
Kuantiti baja RPdigunakan (kg)
CATITAN
H.I
H.H.I
H.I
H.H.I 
H.I
H.H.I 
H.I
H.H.I 
 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29,,,
Jumlah 

 
Produktiviti Membaris Tapak Tanaman Sepekerja Sehari : _____________________ hektar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAGAIMANA UNTUK MENGIRA KEPERLUAN BAJA?

Anda masih mempunyai stok baja yang berbaki dari jenis Baja Campuran. Setelah analisis daun dibuat keperluan baja bagi ladang anda telah berubah. Bagaimana untuk anda mengambilkira stok baja yang masih ada dan keperluan baja yang baru dalam program pembajaan anda? Tunggu jawapannya..dan jangan lupa untuk melawat halaman iklan dalam blog ini. Terima kasih