Wednesday, November 2, 2011

PENJAGAAN LADANG (KELAPA SAWIT)


PENDAHULUAN.

Penjagaan ladang kelapa sawit terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

a)    Kelapa sawit belum matang.

b)    Kelapa sawit matang.

  
Kelapa sawit belum matang.

1. Pengurusan Rumpai

Tujuan

·        Menjayakan kekacang tutup bumi
·        Menghalang penyakit dan serangga.
·        Mengurangkan hakisan.
·        Mengelakkan persaingan nutrien dan cahaya
·        Minima 50% kawasan ladang diliputi kekacang dan mengurangkan pertumbuhan rumpai   tak berfaedah.

a)   Meracun bulatan & lorong.

Objektif

·        Membasmi semua rumpai di kawasan kanopi pokok bagi menghalang kekacang dari menyelimuti pokok dan mengurangkan persaingan mendapatkan nutrien serta cahaya.

Kaedah

·        Penggunaan pam CKS.
·        Herbicide yang betul.


Kekerapan

·        Setiap 45 hari bagi pokok berumur < 12 bulan, setiap 60 hari bagi pokok berumur>12<36 dengan menggunakan racun Basta 15 pada kadar 120 ml + 18 liter air.
·        Elakkan  racun sistemik


b)   Meracun selektif

Objektif

·        Membasmi semua rumpai/anak kayu yang tak berfaedah yang menghalang / menyaingi tumbesaran tanaman utama.

Kaedah

·        Pam CKS  18 liter air + 6 gm Ally bagi anak kayu tingginya< 3 kaki.
·        Wiping (1 liter Melasma/garlon/cowboy +18 liter diesel) disapu pada batang anak kayu yang tingginya >3 kaki.

Kekerapan

·        Setiap 45 hari bagi pokok berumur < 12 bulan,
·        Setiap 60 hari bagi pokok berumur>12<36.

c)    Meracun Lalang dan VOPS.

Objektif

·        Menghapuskan lalang

Kaedah

·        Glyphosate (lalang)
·        Paraquat   (VOPS)



Kekerapan

·        2 pusingan setahun

d)   Jalan dan Jambatan

Objektif

·        Menyediakan laluan kekawasan ladang untuk memudahkan kerja, penanaman,penyulaman, penyelenggaraan ,pembajaan dan lain-lain.

Kaedah pengurusan

·        Main road  hendaklah ditambak laterite/ batu terlebih dahulu.
·        Kerja pembaikan jalan hanya tertumpu dikawasan yang perlu sahaja seperti di kawasan tanah runtuh dan lain-lain.
·        Pastikan tiada lopak /lubang air bertakung diatas jalan .
·        Parit sisi jalan hendaklah dibina dikawasan yang perlu untuk mengalirkan air keluar terutamanya pada musim hujan.


2.Pengurusan Saliran.

Tujuan

·        Bagi mempastikan kawasan tanaman bebas dari ditakungi oleh air terutamanya pada musim hujan dan boleh menakung air pada musim kemarau.(bagi mengekalkan lembapan.

Kaedah

·        Bersihkan parit dari benda asing.

Kekerapan

·        Dilakukan pada musim kemarau.
·        Apabila perlu sahaja.

a)   Tanah Dan Pemuliharaan

Objektif

·        Mempastikan semua kawasan ladang boleh digunakan untuk tanaman utama bagi memaksimakan dirian pokok.

Kaedah

·        Mengenalpasti kawasan yang bermasalah untuk penanaman tanaman utama dan mengambil langkah yang perlu seperti membina “platform” ataupun “bund”

b)   Sempadan, Pagar & Ukur

Objektif

·        Mengenalpasti keluasan ladang yang sebenar meliputi sempadan utama, blok,task, jalan ,parit,sungai  dan kawasan yang tidak sesuai untuk ditanam disamping mengelakkan daripada bertindih dengan kawasan yang bukan milik ladang.

·        Memudahkan kerja pengurusan,penyeliaan dan penyediaan anggaran tahunan yang lebih efisyen.



Kaedah

·        Perimeter survey,ukur sempadan menggunakan kaedah manual(terabas) ataupun digital(G.P.S)

c)    Banci/ Sulam

Objektif

·        Mengenalpasti dan memaksimakan dirian sebenar tanaman utama (sehektar) dan melakukan sulaman ataupun gantian  dikawasan yang perlu .

Kaedah

·        Sulam setiap point yang kosong .

·        Apabila terdapat pokok yang tidak menunjukkan perkembangan yang baik.

Kekerapan

·        Apabila terdapat point kosong


d)   Pemangkasan (pruning)

Objektif

·        Memaksimakan bilangan pelepah dan daun untuk proses penghasilan makanan pokok.
·        Mempastikan kawasan disekeliling bulatan pangkal pokok bersih dari pelepah kering/mati(sanitation)
·        Mengurangkan risiko perosak tanaman (tikus)

Kaedah

·        Memangkas hanya pelepah kering pada tahun ke 3 usia pokok.
·        Bendasing disekeliling pangkal pokok hendaklah dibersihkan.

e)   Musuh dan Penyakit  (Pest & Disease)

Objektif

·        Meminimakan musuh perosak  dari merosakkan tanaman utama (Khinzir,Gajah,landak ,tikus)
·        Meminimakan serangan penyakit.

Kaedah

·        Pagar elektrik, Parit gajah , ,rondaan dan kawalan,
·        Rat bating hendaklah dilakukan dalam tempoh 3-6 bulan selepas penanaman.

f)     Pembajaan

Objektif

-Membekalkan nutrien untuk tanaman utama.

Kaedah

·        Menabur disekeliling pangkal pokok mengikut kanopi secara manual.(Broadcast)
·        Subsoil (baja poket)
·        Baja cecair(Foliar)
·        EFB mulchin

     g)  Penyelidikan

Objektif

·        Mengenalpasti dengan lebih tepat jenis  nutrien yang diperlukan oleh pokok

Kaedah

·        Mengikut manual pembajaan yang telah ditetapkan

Tuesday, November 1, 2011

Monday, October 18, 2010

MEMBARIS SAWIT DI KAWASAN BERTERES



DEFINASI

Membaris sawit kawasan berteres ialah satu aktiviti menetapkan jarak dan tapak penanaman sawit di kawasan berteres



OBJEKTIF

  1. Menetapkan jarak dan tapak penanaman bagi memperolehi jarak dan susunan tanaman yang ditetapkan.
  2. Menghasilkan ruang yang optimum bagi pertumbuhan, pengambilan nutrien, air dan cahaya matahari bagi setiap pokok sawit yang ditanam.
  3. Penetapan jarak dan tapak penanaman yang sesuai sangat penting dalam menentukan pengeluaran hasil yang maksimum.


PIAWAI

  1. Kedudukan tapak penanaman mestilah 1 meter dari belakang teres .
  2. Jarak antara tapak penanaman perlu mengikut Jadual 1 di bawah.
  3. Corak tanaman mesti berbentuk tiga segi.
  4. Tapak penanaman pertama di teres mesti antara 1.5 - 2.0 meter dari tepi jalan pertanian.
PERALATAN DAN BAHAN
  1. Pita Pengukur - Mengukur titik tanaman yang ditentukan.
  2. Pancang anak - Pancang buluh berukuran 1cm x 1.2 m bercat putih di atasnya.
  3. Kayu Beruti - Ukuran 25.4 mm x 1meter panjang.
  4. Kayu Beruti - Ukuran 25.4 mm x 1meter panjang.

PANDUAN PRODUKTIVITI

Tenaga Kerja 
Luas kawasan kerja/hari
1 kumpulan 3 – orang pekerja 
40 - 45 hektar 



KAEDAH

Jarak tapak penanaman di atas teres bergantung kepada jarak lebar di antara teres. Jarak titik tanaman di atas teres boleh dikira seperti berikut:



Panjang keseluruhan teres satu bukit ÷ ( luas bukit tersebut x dirian pokok sehektar)




Contoh: Satu bukit seluas 10 hektar, panjang semua teres yang telah dibina di kawasan tersebut ialah 12,000 meter. Jarak tapak penanaman di atas teres kawasan tersebut ialah 8.82 meter (Kawasan tersebut berkecerunan antara 11-15 º - jarak tanaman 8.90 meter seperti Jadual 1 di bawah).

12,000 ÷ (10 x 136 ) = 8.82 meter


JADUAL 1 :
PANDUAN JARAK TANAMAN MENGIKUT KECERUNAN KAWASAN DAN JARAK ANTARA TERES (136 POKOK/HEKTAR)


Kecerunan
( º )
Jarak condong antara Teres
( meter) 
Jarak Tanam
(meter) 
Kecerunan
( º )
Jarak condong antara Teres
( meter) 
Jarak Tanam
(meter) 
1 
9.14 
9.15 
13 
9.40 
8.90 
2 
9.15 
9.15 
14 
9.43 
8.90 
3 
9.16 
9.15 
15 
9.47 
8.90 
4 
9.17 
9.15 
16 
9.52 
8.65 
5 
9.18 
9.15 
17 
9.57 
8.65 
6 
9.20 
9.07 
18 
9.63 
8.65 
7 
9.22 
9.07 
19 
9.69 
8.65 
8 
9.23 
9.07 
20 
9.75 
8.65 
9 
9.26 
9.07
21 
9.81 
8.35 
10 
9.29 
9.07 
22 
9.88 
8.35 
11 
9.33 
8.90 
23 
9.95 
8.35 
12 
9.36 
8.90 
24 
10.03 
8.35 


Kerja membaris kawasan berteres perlu dijalankan bagi memastikan corak tanaman tiga segi diperolehi dan dirian mencapai 134 hingga 136 pokok/hektar. Perkara ini perlu bagi memastikan pertumbuhan anakbenih sawit yang seragam dan mendapat cahaya matahari yang cukup. Kaedah untuk membaris di kawasan berteres seperti berikut :


  1. Pastikan jarak tanaman berpandukan jadual 1 di atas
  2. Aktiviti ini memerlukan 3 orang pekerja sahaja
  3. 2 orang menarik pita pengukur untuk mengukur jarak dan seorang lagi membawa pancang anak dan memancangnya.
  4. Susun atau letakkan pancang-pancang anak setiap teres (di tepi jalan) bagi memudahkan pengambilan pancang anak.
  5. Aktiviti membaris perlu dimulakan dari teres teratas sekali.
  6. Pancang tapak penanaman pertama di atas teres mestilah di antara 1.5-2.0 meter dari tepi jalan.
  7. Jarak ini penting bagi memudahkan aksesibiliti teres secara manual ataupun menggunakan jentera.
  8. Kedudukan tapak penanaman mestilah 1 meter dari belakang teres.
  9. Jarak ini boleh diukur dengan cepat menggunakan kayu beruti yang panjangnya tepat 1 meter.
  10. Tarik pita pengukur ke dalam teres dari pancang pertama, pancangkan/tandakan dengan pancang anak pada jarak yang ditentukan sehingga siap teres pertama seperti Gambarajah 2.
  11. Untuk memulakan pancang pertama pada teres kedua, mesti bermula dari tengah-tengah pancang ke 2 dan 3 teres pertama.
  12. Pancangkan/tandakan dan ukur jarak tanaman yang ditentukan ke dalam teres dan tepi jalan. Pergerakan ini diteruskan hingga siap seluruh kawasan.

 KAWALAN

  1. Jarak tanaman perlu mengikut kecerunan kawasan seperti jadual diatas.
  2. Ukuran jarak teres perlu tepat dan betul.
  3. Pita pengukur perlu ditarik tegang dan lurus.
  4. Pancang tapak penanaman perlu dipancang tegak dan lurus.
KESESUAIAN PELAKSANAAN

Aktiviti membaris kawasan berteres perlu disiapkan sebelum aktiviti menanam dijalankan.

ALAM SEKITAR

Elakkan daripada membakar pancang kayu yang rosak dan membuang di punca aliran air.

KESELAMATAN

Menggunakan langkah-langkah keselamatan sebagaimana yang ditentukan di dalam JKKAS. Pakaian kerja adalah bersesuaian dengan kerja membaris.


PETUNJUK KEJAYAAN

  1. Corak tanaman berbentuk tiga segi sama.
  2. Dirian pokok sehektar mencapai antara 132-136 pokok.
  3. Anak sawit tidak ditanam terlalu hampir dengan jalan.
  4. Anak sawit ditanam 1 meter dari belakang teres.
  5. Penggunaan jentera dapat digunakan di atas teres seperti membaja, menuai dan mencuci merumput.
  6. Pertumbuhan pokok adalah subur.


RUJUKAN

1.    Perusahaan Sawit Di Malaysia – (MPOB).
2.    Manual Penanaman Dan Penyelenggaraan Sawit – (MPOB).
3.    Pekililing Tanaman Sawit (FASSB).       








CONTOH BORANG REKOD KEMAJUAN KERJA



























    































































 

Thursday, September 30, 2010

PEMBINAAN LORONG MEKANISASI/TUAI


DEFINISI

Pembinaan lorong mekanisasi ialah aktiviti menolak dan meratakan permukaan tanah antara dua barisan pokok sawit menggunakan jentera mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

OBJEKTIF

Membolehkan laluan pelbagai jentera bagi meningkatkan kecekapan aktiviti di ladang.

PIAWAIAN
  1. Lorong mekanisasi yang dibina berukuran 2.4 m lebar.
  2. Lorong mekanisasi mestilah bersambung antara satu sama lain.
  3. Lorong tersebut diselangselikan dengan lorong pelepah (timbunan pokok di tebing).
  4. Lorong yang dibina mestilah bertemu dengan jalan pertanian.


 PERALATAN DAN BAHAN
  1. Jentolak (D6) dengan kuasa 50 kk hingga 80 kk dan mata pisau bersaiz 2.4 meter lebar.
  2. Pita Ukur/ trumeter.
  3. Pancang Kayu.
  4. Traktor dilengkapi pengeret (Back Pusher).
 PANDUAN PRODUKTIVITI

Jenis Alat
m/hari
Jentolak 
2000- 3000 
Traktor 
1500 - 2000

Catitan:    Penggunaan Jentolak adalah digalakkan kerana berkeupayaan untuk menolak tunggul dan batu besar.    

KAEDAH

 A. Membaris lorong mekanisasi.
  1. Kerja memasang pancang perlu untuk menentukan lorong mekanisasi yang akan dibina.
  2. Kerja menolak lorong mekanisasi dibuat selepas kerja pembangunan utama dijalankan.
  3. Jentolak perlu menolak di tengah-tengah lorong barisan tanaman.


 B.    PEMBINAAN LORONG MEKANISASI
  1. Lorong mekanisasi hendaklah dibina sepertimana gambarajah.

  2. Sebelum membina lorong mekanisasi, serpihan-serpihan pelepah dan batang sawit yang berada di laluan lorong mekanisasi mestilah dialihkan.

  3. Lorong mekanisasi mestilah ditolak rata.

  4. Kemajuan kerja hendaklah direkodkan mengikut borang/ format seperti dilampirkan.
KAWALAN

Kerja meratakan lorong mekanisasi hendaklah tidak merosakkan permukaan tanah yang ketara

KESESUAIAN PELAKSANAAN 

Pembinaan lorong mekanisasi sebaik-baiknya dijalankan selepas kerja-kerja pembangunan utama atau kerja membaris sawit. 


 ALAM SEKITAR

Elakkan daripada membuang sisa-sisa minyak dan alat ganti di ladang dan di sungai. 


KESELAMATAN

Setiap pekerja yang terlibat dengan aktiviti membina lorong perlu mematuhi langkah keselamatan    yang      telah ditentukan oleh syarikat.

PETUNJUK KEJAYAAN 
  1. Lorong mekanisasi mematuhi spesifikasi.

  2. Tiada air mengalir keluar dari ladang ke parit sisi jalan.

  3. Tiada permukaan lorong yang lembik dan kenderaan melaluinya tidak tersangkut.



PELAN PEMBANGUNAN TANAM SEMULA