Sunday, September 19, 2010

MENANAM SAWIT



     DEFINASI
  • Menanam sawit adalah satu proses menanam anak benih dengan menggunakan bahan tanaman yang bermutu, cukup umur, dan pada keadaan cuaca yang sesuai dengan menggunakan teknik yang betul.

 
    OBJEKTIF

 
  1. Mempastikan anak sawit yang tumbuh akan bermutu dan produktif.
  2. Mengelak dari berlaku kerosakan (transplanting shock) dan kematian semasa menanam.
  3. Mengadakan pokok sawit yang seragam pertumbuhannya dan tiada kerja-kerja menyulam dijalankan.
  4. Memperolehi hasil ekonomik yang tinggi dan berkekalan

 
    PIAWAIAN
  1. Saiz lubang tanaman mesti 10 cm lebih lebar dan dalam daripada ukuran polibeg.
  2. Baja Phosphate (CIRP) sebanyak 500 gm ditabur di dalam lubang tanaman
  3. Anak benih ditanam di dalam keadaan yang tegak dan 2.5 cm di bawah paras tanah keliling.

 
    PERALATAN DAN BAHAN
  1. Anak Benih.
  2. Baja fosfat batuan.
  3. Kereta sorong atau bakul kandar.
  4. Cangkul menggali.
  5. Bekas dan penyukat baja.
  6. Pisau tajam.
  7. Beg baja kosong.
  8. Kayu pemadat.

 
    PANDUAN PRODUKTIVITI

  
Kaedah Gali Lubang
Pokok / Manday
Manual 
70 – 80 
Jentera 
100 – 120 
     
  •  Produktiviti kerja menanam bagi seorang bekerja selama 8 jam (manday) bergantung kepada kaedah lubang digali dan kemahiran pekerja
 
    KAEDAH 
  1. Pengkelasan tugasan untuk menggali lubang, mengangkut anak sawit , membaja dan menanam diagihkan kepada kumpulan berasingan.
  2. Pokok dibawa dari tepi jalan ke tapak tanaman dengan menggunakan kereta sorong, bakul atau dipikul dengan bahagian pucuk di atas
  3. Anak benih dikendalikan dengan sempurna supaya tiada berlaku kerosakan (transplanting shock) semasa pemindahan ini, kekalkan anak benih di dalam keadaan sihat dan subur seperti di semaian
  4. Kerosakan anak benih yang dikendalikan dengan kasar seperti polibeg dan bebola tanah pecah, pucuk anak benih patah dan anak benih tercabut dari polibeg. Kerosakan ini akan menyebabkan pertumbuhan anak benih terbantut.
  5. Lubang digali di atas pancang tanaman yang telah ditentukan dan pastikan di dalam garisan yang lurus dan di dalam barisan tanaman.
  6. Penghantaran anak benih dari tepi jalan ke tapak penanaman digalakan menggunakan minitrektor sekiranya bersesuaian.
  7. Lubang tanaman boleh digali dengan cara manual atau menggunakan jentera.
  8. Saiz tanaman yang sesuai bagi anak benih sawit ialah 45 x 45 x 60 cm.
  9. Lubang tanaman yang digali mempunyai tebing vertikal (tidak mengecil di bahagian bawah).
  10. Taburkan fosfat sebanyak 500 gm di dalam lubang sebelum menanam.
  11. Polibeg dikeluarkan dengan memotong dibahagian bawah dahulu dan diletakkan ke dalam lubang, kemudian dipotong bahagian tepi untuk menarik keluar polibeg.
  12. Masukan anak benih ke dalam lubang di dalam keadaan yang tegak dan keadaan bebola tanah tidak pecah atau dipotong.
  13. Anak perlu ditanam dengan kedalaman pangkal anak benih 5 cm lebih rendah daripada paras permukaan tanah sekitarnya.
  14. Lubang perlu dikambus semula di keliling anak benih dengan cermat dan padat, pastikan tanah yang dikambus itu gembur dan tidak berketul besar.
  15. Hujung cangkul boleh digunakan untuk memadatkan tanah di sekeliling kawasan kosong di antara anak benih dengan tanah di sekitarnya

 

  KAWALAN  
  1. Polybeg yang digunakan ditanggalkan dari bebola tanah sebelum menanam anak benih.
  2. Tidak memotong atau memecahkan bebola tanah semasa kerja menanam dijalankan.
  3. Anak benih sawit dikendalikan dengan cermat dengan mengekalkan kesuburan anak benih seperti di semaian.
  4. Lubang tanaman perlu 10 cm lebih daripada ukuran bebola tanah.
  5. Anak benih sawit ditanam didalam keadaan yang tegak dan tidak tumbang.
  6. Ruang kosong perlu dikambus dengan tanah gembur dan dipadat secukupnya.
  7. Anak benih ditanam di tapak tanaman, dan lurus di dalam barisan anak sawit.

   KESESUAIAN PELAKSANAAN 
  • Masa atau bulan yang sesuai untuk kerja menanam adalah dalam bulan September – November.
  • Ini adalah kerana terdapat taburan hujan yang tinggi dan bekalan air yang mencukupi untuk kerja-kerja menanam sawit di ladang.
 
   ALAM SEKITAR 
  1. Anak benih tidak ditanam terlalu rapat dengan anak sungai dan punca air mengalir, dengan jarak ruang kosong tidak kurang dari 4.5 meter.
  2. Bekas polibeg perlu dikeluarkan dari kawasan tanaman dan dimusnahkan dengan tidak mencemarkan alam sekitar.
 
    KESELAMATAN
 
  1. Gunakan sarung tangan semasa menjalankan kerja menanam.
  2. Gunakan kasut yang sesuai semasa kerja menanam.
  3. Gunakan alat pelindung keselamatan yang sesuai bagi mengelakkan berlaku luka daripada pisau dan cangkul yang tajam.
  4. Penggunaan baja fosfat semasa menanam boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit dan mata. Pakaian mestilah bersesuaian semasa melakukan kerja menanam.
  5. Basuh tangan dengan bersih menggunakan air selepas siap kerja atau waktu rehat.
  6. Makan, minum dan merokok tidak dibenarkan semasa menjalankan kerja menanam.
 
PETUNJUK KEJAYAAN
 
  • Anak benih ditanam sepenuhnya dengan tiada berlaku rencatan selepas ditanam, dan membesar dengan seragam.
  • Peratus menyulam anak sawit adalah di bawah paras 2 peratus.
  • Anak sawit mula mengeluarkan hasil 24 - 30 bulan.



CONTOH REKOD KEMAJUAN KERJA MENANAM
LADANG SG BAYU
PERINGKAT : 01
LUAS KAWASAN : 200.00 HEKTAR.
JUMLAH POKOK PERLU DITANAM : 27,200 POKOK
REKOD KEMAJUAN KERJA MENANAM

 
TARIKH 
JUMLAH PEKERJA
(orang) 
JUMLAH DITANAM
(pokok) 
BLOK / ZONE 
PRODUKTIVITI
KERJA
( pokok / mday)  
% SIAP
CATITAN 
Hari Ini 
Hingga hari Ini 
1.9.2005 
10 
850 
1A 
85 
3.12 
3.12 
Hujan 
2.9.2005 
10 
900 
1A 
90 
3.30 
6.42 
Hujan 
3.9.2005 
10 
850 
1B 
90 
3.30 
9.72 
Panas 

 

 
SAIZ LUBANG TANAMAN DAN CARA MENANAM ANAK BENIH SAWIT

 

 





  
CONTOH BORANG REKOD KEMAJUAN KERJA
REKOD KEMAJUAN KERJA
MENANAM SAWIT

 

 
BULAN :__________________ TAHUN :__________________________
Tahun Pembangunan :_______      Pemborong :________________________
Luas Kawasan :____________    No. Kontrak :_______________________
Tarikh Sepatut Siap :_______   Harga Sepokok (RM) :________________
Tarikh Siap Sebenar :______________

 
Hari bulan
Bolk/ Zone dikerjakan
Bil Pekerja
Jumlah Pokok diterima
Jumlah Pokok ditanam
Jumlah Luas
Ditanam
( hek)
Kuantiti baja RP digunakan (kg)
CATITAN
H.I
H.H.I
H.I
H.H.I 
H.I
H.H.I 
H.I
H.H.I 
Jumlah 

 
Produktiviti Membaris Tapak Tanaman Sepekerja Sehari : ________hektar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENYELENGGARAAN PARIT LADANG


DEFINISI
 
Kawasan penanaman pokok sawit kelapa sawit di kawasan berpaya (gambut) mestilah mempunyai sistem perparitan dan saliran yang baik dan sempurna, supaya paras air di dalam parit ladang dapat dikekalkan pada paras lebih kurang 75 cm dari paras permukaan tanah.

OBJEKTIF
  1. Melambatkan pemendapatan tanah gambut
  2. Membekalkan air untuk kegunaan pokok kelapa sawit.

PIAWAIAN
 
       i. Ukuran atau saiz parit perlu sesuai dengan jumlah air yang ada di kawasan terlibat 

Jenis Parit 
Ukuran Parit
Meter 
Kaki 
Parit Ladang 
1.50 x 1.20 x 0.90 
5' x 4' x 3'
Parit Mengumpul 
1.80 x 1.50 x 1.20 
8' x 6' x 4'
Parit Besar  
2.00 x 1.80 x 1.50 
10' x 8' x 6
  
ii.    Parit yang dibina perlu bentuk " V " bertujuan mencegah berlaku tebing runtuh.

PERALATAN DAN BAHAN 

      i. Mesin/ Excavator besesuaian
      ii. Operator Excavator yang terlatih
      iii. Ketua Kerja/Penyelia

     KAEDAH

     i. Sebelum  kerja kerja mencuci rparit dan saliran dijalankan, perbincangan dengan Pengarah Projek perlu
        diadakan untuk menentukan kesesuaian dan kaedah yang digunakan. 



    ii. Paras air di kawasan parit dan saliran hendaklah dicuci kepada paras yang bersesuaian. 


   iii. Segala tanah mendap, sampah sarap dan kayu di dalam parit hendaklah dibuang seperti berikut:- 
  • Parit 5' x 4' x 3' – mendapan tanah dan sampah sarap dibuang ke tepi kiri dan kanan parit sekurang kurangnya 2' dari tepi parit yang telah dicuci dan diratakan.
  • Parit 8' x 6' x 4' dan terusan – tanah ditanah dibuang di tepi paltform dan diratakan.
  • Parit 10' x 8' x 6' – Tanah tanah yang dikorek hendaklah dibuang dalam kawasan ladang dan diratakan.
   iv. Parit yang dicuci mestilah berkeadaan lurus dan bersih di mana alairan aliran air keluar masuk bebas
       dari halangan.

   v.  Saiz bucket yang digunakan hendaklah mengikut saiz parit yang hendak dicuci dan berbentuk.
  • Bentuk V - Parit 5' x 4' x 3'
  • Semi Drum - Parit 8' x 6' x 4' dan terusan
   vi.  Kerja kerja yang telah akan diperiksa atau diukur bersama di antara pihak pengurusan ladang dengan 
         pemborong dengan mengguna pakai prosedure Estet.

vii.  Saiz parit yang perlu dicuci dan kekerapan untuk diselenggarakan adalah seperti berikut: 


Jenis parit 
Ukuran Parit ( kaki )
Kekerapan
Parit Ladang 
5' x 4' x 3'
25% setiap tahun
Parit Mengumpul
8' x 6' x 4'
Setahun sekali
Parit Utama 
10' x 8' x 6
Setahun sekali

Saturday, September 11, 2010

MEMBARIS SAWIT DI KAWASAN TANAH RATA DAN BERALUN

DEFINISI


Membaris sawit ialah satu aktiviti untuk menentukan dan menanda jarak tapak penanaman di ladang berdasarkan jarak tanaman yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF


Menetapkan kedudukan tapak penanaman berdasarkan jarak tanaman yang telah ditentukan.

PIAWAIAN


i. Titik tanaman berbentuk tiga segi sama di keseluruhan kawasan penanaman.

ii. Jajaran bagi setiap barisan pokok adalah lurus bagi ketiga-tiga arah.

iii. Arah utama barisan mesti menghala ke utara ( 360 º ).

iv. Jarak kosong tidak ditanam bagi setiap sempadan mestilah 4.5 – 5.0 meter.


PERALATAN DAN BAHAN


i. Kompas - menentukan arah mata angin.

ii. Pita Pengukur - mengukur jarak tanaman yang ditentukan.

iii. Pancang Ibu - kayu lurus ukuran 2 cm x 1.80 meter tinggi.


iv. Pancang Anak - pancang buluh ukuran 1cm x 1.20 meter tinggi dicat putih hujungnya.

v. Kertas Putih - sebagai tanda di pancang ibu.

vi. Dawai 12G - tanda jarak tanaman sebanyak 5 point titik tanam.

PANDUAN PRODUKTIVITI


Tenaga Kerja                                         Luas Kawasan kerja / hari

1 kumpulan - 5 orang pekerja                      25 - 30 hektar


KAEDAH


Aktiviti membaris sawit dibuat secara dua peringkat:

Membaris pancang ibu


i. Wujudkan satu garisan lurus ke arah utara ( 360º) menggunakan kompas, tarik dawai jarak tanaman ( 9.15 meter ) dan tandakan / pancang dengan pancang buluh (pancang anak). Setiap 5 pancang anak dipasang pancang ibu yang diletak bendera kertas putih di atasnya. Garisan ini dipanggil garisan utama.


ii. Panjang garisan utama perlu mempunyai 5 batang pancang ibu seperti Gambarajah1.11.13 – Membaris Ibu / Barisan Utama

iii. Ujudkan satu garisan 60º di pancang ibu nombor 2 dan 3 dengan menggunakan kompas. Tarik dawai jarak tanaman ( 9.15 meter ) dan tandakan pancang dengan pancang buluh ( pancang anak). Setiap 5 pancang anak dipasang pancang ibu yang diletak bendera kertas putih di atasnya. Garisan ini di panggil garisan ibu 1 dan 2.

iv. Untuk mewujudkan garisan ibu ke 3 dan seterusnya, tidak perlu lagi menggunakan kompas, hanya pandangan mata untuk menentukan lurus dan dawai jarak tanaman untuk menanda pancang anak dan ibu.


v. Kerja memasang ibu diteruskan sehingga semua kawasan dipasang pancang ibu.


vi. Sekiranya jarak antara pancang ibu tidak lurus dan tepat, ini menandakan kerja memasang pancang ibu tidak dijalankan dengan tepat dan betul. Kerja pengulangan perlu dibuat dan diperbetulkan, sebelum kerja memasang pancang anak dijalankan.


Membaris/mengisi pancang anak


i. Kerja membaris/ mengisi pancang anak hanya boleh dibuat selepas kerja memasang pancang ibu telah disiapkan dengan sempurna di semua kawasan.

ii. Memasang pancang anak menggunakan dawai jarak tanaman.

iii. Lima orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini.

iv. 2 orang pekerja akan memegang hujung dan pangkal dawai jarak tanaman dan 3 orang pekerja lagi akan memancang disetiap tanda pancang tanaman.

v. 3 orang pekerja yang berada di tengah akan membawa anak pancang dan memancang anak pancang dengan tegak dan lurus.

vi. 2 orang pekerja yang berada di hujung dawai perlu memastikan dawai ditarik dengan lurus dan tegang.

vii. Pergerakan 2 orang pekerja ini mestilah sama. Semasa bergerak, kedudukan ibu pancang dengan ibu pancang yang lain mestilah sama dan selari, begitu juga dengan pancang 1, 2 dan 3 mestilah sama.

viii. Kerja ini bergerak dari satu lorong ke lorong sehingga semua kawasan di pancang dengan anak pancang.

KAWALAN


i. Dawai jarak tanaman yang digunakan untuk membaris perlu mempunyai ukuran jarak yang tepat.

ii. Dawai jarak tanaman perlu sentiasa ditarik tegang dan lurus semasa membaris ibu dan anak.

iii. Semua pancang ibu dan anak mesti dipacak dengan tegak dan lurus.

iv. Tapak penanaman yang ditandakan hendaklah lurus di dalam barisan tanaman.


KESESUAIAN PELAKSANAAN


Aktiviti membaris perlu dilakukan selepas kawasan bersih daripada rumpai dan perlu disiapkan sebelum aktiviti menanam.

ALAM SEKITAR


Pancang kayu yang rosak tidak boleh dibakar atau dibuang berdekatan dengan sumber air.

KESELAMATAN


Menggunakan langkah-langkah keselamatan sebagaimana yang ditentukan di dalam JKKAS. Pakaian kerja adalah bersesuaian dengan aktiviti membaris.


PETUNJUK KEJAYAAN


i. Pancang dipacak dengan tegak dan lurus.

ii. Jajaran tapak penanaman berkeadaan lurus.

iii. Jarak tanaman berbentuk tiga segi sama dan menepati jarak yang ditentukan.

RUJUKAN


i. Perusahaan Sawit Di Malaysia – (MPOB).

ii. Manual Penanaman Dan Penyelenggaraan Sawit – (MPOB).

iii. Pekeliling Tanaman Sawit (FASSB).

MEMASANG SUNGKUPAN TANDAN KOSONG

DEFINISI Satu aktiviti meletakkan sungkupan tandan kosong atau cincangan batang sawit di keliling pokok selepas kerja menanam sawit.

OBJEKTIF

i. Memberi kelembapan kepada pokok sawit.
ii. Memberi pulangan nutrien melalui pereputan sungkupan.
iii. Memperbaiki struktur dan tekstur tanah.
iv. Mengawal pertumbuhan rumpai dibulatan pokok sawit.

PIAWAIAN

i. Susunan mengelilingi pokok sebanyak 3 lingkaran (±25 tan perhektar)
ii. Jarak perletakkan dalam lingkungan 0.3 meter dari pangkal pokok
ii. Disusun selepas pokok ditanam dan kepingan zing dipasang.

PERALATAN DAN BAHAN

i. Lori
ii. Mini trektor
iii. Kereta sorong
iv. Gancu
v. Tandan kosong
vi. Sarung tangan


PANDUAN PRODUKTIVITI

Tenaga Pekerja                                            Produktiviti (ha/m.day)

Tandan Kosong                                                   0.2 - 0.3

Cincangan Batang Sawit                                       0.5- 1.0


KAEDAH

i. Mendapatkan bekalan tandan kosong dari kilang sawit.
ii. Menyediakan peta kawasan kerja dan keperluan buruh yang mencukupi.
iii. Pihak ladang wajib menjalankan penerangan, tunjukajar dan kepentingan kerja tersebut kepada pemborong dan pekerja sebelum melaksanakan kerja.
iv. Perlaksanaan kerja perlu dijalankan dari lorong ke lorong untuk mempastikan tiada pokok sawit dan kawasan tertinggal.
v. Penyelia ladang mesti mengatur keperluan tandan kosong bagi setiap lorong.
vi. Tandan kosong akan dibawa ke ladang dengan menggunakan kereta sorong atau mini trektor.
vii. Gancu digunakan untuk menyusun tandan kosong dari pangkal dengan jarak 0.3 meter (25-30 keping/ pokok).
viii. Menyusun tandan kosong secara satu lapisan dikeliling pokok sawit.
ix. Tandan kosong perlu disusun dengan rapat antara satu sama lain.
x. Bulatan mencuci merumput mesti bebas dari rumpai sebelum memasang sungkupan.
xii. Penyelia mesti menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan sungkupan dipasang mengikut penentuan kerja.

KAWALAN

i. Tiada sisa dan longgokan tandan kosong berada di tepi jalan.
ii. Memasang sungkupan perlu dilaksanakan di hujung/dalam baris sawit ke tepi jalan
iii.Elakkan tandan kosong disusun secara bertindih melebihi 1 lapisan.


KESESUAIAN PELAKSANAAN

i. Kerja perlu disiapkan dalam tempoh sebulan selepas kerja-kerja menanam sawit selesai.

ALAM SEKITAR

i. Penjagaan alam sekitar perlu dijaga, dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar.
ii. Dilarang meletak tandan kosong di punca aliran air kerana ia mempunyai sisa minyak yang boleh mencemarkan aliran air.

KESELAMATAN


i. Penggunaan alat yang tajam seperti gancu mestilah mempunyai pelindung.
ii. Sekiranya tandan sawit kosong masih lagi panas penyusunan tandan hanya dibuat  selepas 3 hari diterima ladang.


PETUNJUK KEJAYAAN

Pertumbuhan pokok sawit lebih cepat membesar dan seragam



(Manual Sawit Lestari - FELDA)