Sunday, September 19, 2010

PENYELENGGARAAN PARIT LADANG


DEFINISI
 
Kawasan penanaman pokok sawit kelapa sawit di kawasan berpaya (gambut) mestilah mempunyai sistem perparitan dan saliran yang baik dan sempurna, supaya paras air di dalam parit ladang dapat dikekalkan pada paras lebih kurang 75 cm dari paras permukaan tanah.

OBJEKTIF
  1. Melambatkan pemendapatan tanah gambut
  2. Membekalkan air untuk kegunaan pokok kelapa sawit.

PIAWAIAN
 
       i. Ukuran atau saiz parit perlu sesuai dengan jumlah air yang ada di kawasan terlibat 

Jenis Parit 
Ukuran Parit
Meter 
Kaki 
Parit Ladang 
1.50 x 1.20 x 0.90 
5' x 4' x 3'
Parit Mengumpul 
1.80 x 1.50 x 1.20 
8' x 6' x 4'
Parit Besar  
2.00 x 1.80 x 1.50 
10' x 8' x 6
  
ii.    Parit yang dibina perlu bentuk " V " bertujuan mencegah berlaku tebing runtuh.

PERALATAN DAN BAHAN 

      i. Mesin/ Excavator besesuaian
      ii. Operator Excavator yang terlatih
      iii. Ketua Kerja/Penyelia

     KAEDAH

     i. Sebelum  kerja kerja mencuci rparit dan saliran dijalankan, perbincangan dengan Pengarah Projek perlu
        diadakan untuk menentukan kesesuaian dan kaedah yang digunakan. 



    ii. Paras air di kawasan parit dan saliran hendaklah dicuci kepada paras yang bersesuaian. 


   iii. Segala tanah mendap, sampah sarap dan kayu di dalam parit hendaklah dibuang seperti berikut:- 
  • Parit 5' x 4' x 3' – mendapan tanah dan sampah sarap dibuang ke tepi kiri dan kanan parit sekurang kurangnya 2' dari tepi parit yang telah dicuci dan diratakan.
  • Parit 8' x 6' x 4' dan terusan – tanah ditanah dibuang di tepi paltform dan diratakan.
  • Parit 10' x 8' x 6' – Tanah tanah yang dikorek hendaklah dibuang dalam kawasan ladang dan diratakan.
   iv. Parit yang dicuci mestilah berkeadaan lurus dan bersih di mana alairan aliran air keluar masuk bebas
       dari halangan.

   v.  Saiz bucket yang digunakan hendaklah mengikut saiz parit yang hendak dicuci dan berbentuk.
  • Bentuk V - Parit 5' x 4' x 3'
  • Semi Drum - Parit 8' x 6' x 4' dan terusan
   vi.  Kerja kerja yang telah akan diperiksa atau diukur bersama di antara pihak pengurusan ladang dengan 
         pemborong dengan mengguna pakai prosedure Estet.

vii.  Saiz parit yang perlu dicuci dan kekerapan untuk diselenggarakan adalah seperti berikut: 


Jenis parit 
Ukuran Parit ( kaki )
Kekerapan
Parit Ladang 
5' x 4' x 3'
25% setiap tahun
Parit Mengumpul
8' x 6' x 4'
Setahun sekali
Parit Utama 
10' x 8' x 6
Setahun sekali

Saturday, September 11, 2010

MEMBARIS SAWIT DI KAWASAN TANAH RATA DAN BERALUN

DEFINISI


Membaris sawit ialah satu aktiviti untuk menentukan dan menanda jarak tapak penanaman di ladang berdasarkan jarak tanaman yang telah ditetapkan.

OBJEKTIF


Menetapkan kedudukan tapak penanaman berdasarkan jarak tanaman yang telah ditentukan.

PIAWAIAN


i. Titik tanaman berbentuk tiga segi sama di keseluruhan kawasan penanaman.

ii. Jajaran bagi setiap barisan pokok adalah lurus bagi ketiga-tiga arah.

iii. Arah utama barisan mesti menghala ke utara ( 360 º ).

iv. Jarak kosong tidak ditanam bagi setiap sempadan mestilah 4.5 – 5.0 meter.


PERALATAN DAN BAHAN


i. Kompas - menentukan arah mata angin.

ii. Pita Pengukur - mengukur jarak tanaman yang ditentukan.

iii. Pancang Ibu - kayu lurus ukuran 2 cm x 1.80 meter tinggi.


iv. Pancang Anak - pancang buluh ukuran 1cm x 1.20 meter tinggi dicat putih hujungnya.

v. Kertas Putih - sebagai tanda di pancang ibu.

vi. Dawai 12G - tanda jarak tanaman sebanyak 5 point titik tanam.

PANDUAN PRODUKTIVITI


Tenaga Kerja                                         Luas Kawasan kerja / hari

1 kumpulan - 5 orang pekerja                      25 - 30 hektar


KAEDAH


Aktiviti membaris sawit dibuat secara dua peringkat:

Membaris pancang ibu


i. Wujudkan satu garisan lurus ke arah utara ( 360º) menggunakan kompas, tarik dawai jarak tanaman ( 9.15 meter ) dan tandakan / pancang dengan pancang buluh (pancang anak). Setiap 5 pancang anak dipasang pancang ibu yang diletak bendera kertas putih di atasnya. Garisan ini dipanggil garisan utama.


ii. Panjang garisan utama perlu mempunyai 5 batang pancang ibu seperti Gambarajah1.11.13 – Membaris Ibu / Barisan Utama

iii. Ujudkan satu garisan 60º di pancang ibu nombor 2 dan 3 dengan menggunakan kompas. Tarik dawai jarak tanaman ( 9.15 meter ) dan tandakan pancang dengan pancang buluh ( pancang anak). Setiap 5 pancang anak dipasang pancang ibu yang diletak bendera kertas putih di atasnya. Garisan ini di panggil garisan ibu 1 dan 2.

iv. Untuk mewujudkan garisan ibu ke 3 dan seterusnya, tidak perlu lagi menggunakan kompas, hanya pandangan mata untuk menentukan lurus dan dawai jarak tanaman untuk menanda pancang anak dan ibu.


v. Kerja memasang ibu diteruskan sehingga semua kawasan dipasang pancang ibu.


vi. Sekiranya jarak antara pancang ibu tidak lurus dan tepat, ini menandakan kerja memasang pancang ibu tidak dijalankan dengan tepat dan betul. Kerja pengulangan perlu dibuat dan diperbetulkan, sebelum kerja memasang pancang anak dijalankan.


Membaris/mengisi pancang anak


i. Kerja membaris/ mengisi pancang anak hanya boleh dibuat selepas kerja memasang pancang ibu telah disiapkan dengan sempurna di semua kawasan.

ii. Memasang pancang anak menggunakan dawai jarak tanaman.

iii. Lima orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini.

iv. 2 orang pekerja akan memegang hujung dan pangkal dawai jarak tanaman dan 3 orang pekerja lagi akan memancang disetiap tanda pancang tanaman.

v. 3 orang pekerja yang berada di tengah akan membawa anak pancang dan memancang anak pancang dengan tegak dan lurus.

vi. 2 orang pekerja yang berada di hujung dawai perlu memastikan dawai ditarik dengan lurus dan tegang.

vii. Pergerakan 2 orang pekerja ini mestilah sama. Semasa bergerak, kedudukan ibu pancang dengan ibu pancang yang lain mestilah sama dan selari, begitu juga dengan pancang 1, 2 dan 3 mestilah sama.

viii. Kerja ini bergerak dari satu lorong ke lorong sehingga semua kawasan di pancang dengan anak pancang.

KAWALAN


i. Dawai jarak tanaman yang digunakan untuk membaris perlu mempunyai ukuran jarak yang tepat.

ii. Dawai jarak tanaman perlu sentiasa ditarik tegang dan lurus semasa membaris ibu dan anak.

iii. Semua pancang ibu dan anak mesti dipacak dengan tegak dan lurus.

iv. Tapak penanaman yang ditandakan hendaklah lurus di dalam barisan tanaman.


KESESUAIAN PELAKSANAAN


Aktiviti membaris perlu dilakukan selepas kawasan bersih daripada rumpai dan perlu disiapkan sebelum aktiviti menanam.

ALAM SEKITAR


Pancang kayu yang rosak tidak boleh dibakar atau dibuang berdekatan dengan sumber air.

KESELAMATAN


Menggunakan langkah-langkah keselamatan sebagaimana yang ditentukan di dalam JKKAS. Pakaian kerja adalah bersesuaian dengan aktiviti membaris.


PETUNJUK KEJAYAAN


i. Pancang dipacak dengan tegak dan lurus.

ii. Jajaran tapak penanaman berkeadaan lurus.

iii. Jarak tanaman berbentuk tiga segi sama dan menepati jarak yang ditentukan.

RUJUKAN


i. Perusahaan Sawit Di Malaysia – (MPOB).

ii. Manual Penanaman Dan Penyelenggaraan Sawit – (MPOB).

iii. Pekeliling Tanaman Sawit (FASSB).

MEMASANG SUNGKUPAN TANDAN KOSONG

DEFINISI Satu aktiviti meletakkan sungkupan tandan kosong atau cincangan batang sawit di keliling pokok selepas kerja menanam sawit.

OBJEKTIF

i. Memberi kelembapan kepada pokok sawit.
ii. Memberi pulangan nutrien melalui pereputan sungkupan.
iii. Memperbaiki struktur dan tekstur tanah.
iv. Mengawal pertumbuhan rumpai dibulatan pokok sawit.

PIAWAIAN

i. Susunan mengelilingi pokok sebanyak 3 lingkaran (±25 tan perhektar)
ii. Jarak perletakkan dalam lingkungan 0.3 meter dari pangkal pokok
ii. Disusun selepas pokok ditanam dan kepingan zing dipasang.

PERALATAN DAN BAHAN

i. Lori
ii. Mini trektor
iii. Kereta sorong
iv. Gancu
v. Tandan kosong
vi. Sarung tangan


PANDUAN PRODUKTIVITI

Tenaga Pekerja                                            Produktiviti (ha/m.day)

Tandan Kosong                                                   0.2 - 0.3

Cincangan Batang Sawit                                       0.5- 1.0


KAEDAH

i. Mendapatkan bekalan tandan kosong dari kilang sawit.
ii. Menyediakan peta kawasan kerja dan keperluan buruh yang mencukupi.
iii. Pihak ladang wajib menjalankan penerangan, tunjukajar dan kepentingan kerja tersebut kepada pemborong dan pekerja sebelum melaksanakan kerja.
iv. Perlaksanaan kerja perlu dijalankan dari lorong ke lorong untuk mempastikan tiada pokok sawit dan kawasan tertinggal.
v. Penyelia ladang mesti mengatur keperluan tandan kosong bagi setiap lorong.
vi. Tandan kosong akan dibawa ke ladang dengan menggunakan kereta sorong atau mini trektor.
vii. Gancu digunakan untuk menyusun tandan kosong dari pangkal dengan jarak 0.3 meter (25-30 keping/ pokok).
viii. Menyusun tandan kosong secara satu lapisan dikeliling pokok sawit.
ix. Tandan kosong perlu disusun dengan rapat antara satu sama lain.
x. Bulatan mencuci merumput mesti bebas dari rumpai sebelum memasang sungkupan.
xii. Penyelia mesti menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan sungkupan dipasang mengikut penentuan kerja.

KAWALAN

i. Tiada sisa dan longgokan tandan kosong berada di tepi jalan.
ii. Memasang sungkupan perlu dilaksanakan di hujung/dalam baris sawit ke tepi jalan
iii.Elakkan tandan kosong disusun secara bertindih melebihi 1 lapisan.


KESESUAIAN PELAKSANAAN

i. Kerja perlu disiapkan dalam tempoh sebulan selepas kerja-kerja menanam sawit selesai.

ALAM SEKITAR

i. Penjagaan alam sekitar perlu dijaga, dan elakkan dari melakukan perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar.
ii. Dilarang meletak tandan kosong di punca aliran air kerana ia mempunyai sisa minyak yang boleh mencemarkan aliran air.

KESELAMATAN


i. Penggunaan alat yang tajam seperti gancu mestilah mempunyai pelindung.
ii. Sekiranya tandan sawit kosong masih lagi panas penyusunan tandan hanya dibuat  selepas 3 hari diterima ladang.


PETUNJUK KEJAYAAN

Pertumbuhan pokok sawit lebih cepat membesar dan seragam



(Manual Sawit Lestari - FELDA)

Sunday, July 4, 2010

PEMBAJAKAN BAGI PENANAMAN SAWIT

DEFINISI

Membajak ialah satu proses membalik/membongkar tanah di kawasan tapak penanaman yang berstruktur tanah padat dan marginal di kawasan tidak berteres.


OBJEKTIF
i. Memperbaiki struktur tanah.
ii. Memudahkan kerja penanaman.
iii. Meningkatkan kadar tumbesaran anak sawit.
iv. Langkah sanitasi untuk mengurangkan penyebaran penyakit reput pangkal batang.

PIAWAIAN
i. Kedalaman tanah yang perlu dibajak ialah di antara 46.00 cm hingga 60.00cm dari permukaan tanah.
ii. Lebar kawasan dibajak ialah 2.5 meter di sepanjang lorong tapak penanaman seperti Gambarajah di bawah.

PERALATAN DAN BAHAN
i. Traktor ( 4 WD ) 60 – 80 kk.
ii. Piring Pembajak .
iii. Pancang kayu.
iv. Pita Ukur.

PANDUAN PRODUKTIVITI

Jentera                    Hektar/ m.day

1 Traktor 4WD               2 – 3 ha.


KAEDAH

i. Tandakan di dalam peta sebelum kerja-kerja pembajakan dimulakan
ii. Letakkan pancang di lorong yang akan dibajak.
iii. Sediakan keperluan traktor yang sepatutnya mengikut keluasan dan tempoh yang perlu disiapkan.
iv. Sebarang tunggul kayu besar, batu besar hendaklah dialihkan dari kawasan yang hendak dibajak
v. Kaedah kerja membajak yang dijalankan dengan cara ulang alik sebanyak 2 kali.
vi. Rekod kemajuan kerja hendaklah direkodkan setiap hari. (Contoh seperti Rajah 1)

KAWALAN
i. Sebelum membajak, pastikan tiada tunggul, akar kayu, batang kayu, batu besar di kawasan pembajakan.
ii. Struktur tanah yang dibajak hendaklah gembur.
iii. Pembajakan hendaklah dilaksanakan mengikut lorong tapak penanaman.

KESESUAIAN PELAKSANAAN
i. Pembajakan dijalankan pada cuaca kering.
ii. Pembajakan dijalankan di kawasan berstruktur tanah padat.
iii. Pembajakan di kawasan beralun, landai, rata dan tidak berteres.

ALAM SEKITAR
i. Dilarang menimbus tanah ke dalam parit dan aliran air.
ii. Dilarang membuang sisa-sisa minyak hitam di ladang.

KESELAMATAN
Setiap pekerja yang terlibat didalam menjalankan aktiviti pembinaan teres perlu mematuhi langkah keselamatan yang telah ditentukan oleh JKKAS Syarikat.


PETUNJUK KEJAYAAN
i. Tanah di kawasan tapak penanaman menjadi gembur.
ii. Kadar tumbesaran pokok meningkat.



                                                  Rajah 1
 

 

Saturday, June 12, 2010

Wednesday, May 19, 2010

REAKSI TANAH DAN PENGARUHNYA TERHADAP PERTUMBUHAN TANAMAN

Biasanya reaksi tanah diukur dalam unit pH. Jika pH kurang dari 7 (asid), ph 7 (neutral) dan pH lebih daripada 7 (alkali). Nilai pH tanah berlainan dari satu tempat ke satu tempat dan dari satu musim ke musim. Biasanya kebanyakan tanaman hidup dalam keadaan baik bila nilai pH dalam lengkongan 6.0 - 7.5. Kebanyakan tanah sedentary dan alluvium di Malaysia berasid di mana nilai pH 4.2 - 4.8. Tanah gambut dan tanah asid sulfat mempunyai nilai pH kurang dari 3.8.

Pengaruh tanah biasanya pH tidak melebihi nilai 8.3 kerana semasa akar tumbuhan dan organisma tanah bernafas. Ia mengeluarkan gas CO2 dan bertindak dengan air lalu membentuk Asis Karbonik. Tanah menjadi berasid apabila sebahagian besar kation tukar gantinya terdiri A13+ dan H+. Keadaan ini disebabkan oleh larut resap. Apabila air bergerak melalui tanah sebahagian daripada H+ menggantikan Na+, Mg2+ dan K+ yang alirkan air hujan yang dibawa oleh Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Kehadiran A13+ dan H+ yang banyak menjadikan tanah itu bersifat asid.

Tiap-tiap tanaman mempunyai tindakbalas yang berbeza kepada pH. Tanaman bijian akan hidup subur pada pH 5.5 - 6.5. Tanaman kekacang perlu pH 6-7 untuk memberikan banyak bintil, akar dan saiznya akan menjadi lebih besar. Jagung/lobak merah hidup subur pada pH 5-6. Bagi sesetengah tanaman pula menyukai tanah masam.

Membaiki pH yang rendah dan pengapuran

Untuk meninggikan pH tanah yang rendah maka bahan kapur boleh dicampur dengan betul dengan lapisan tanah atas zon perakaran (0-25 cm). Diantara bahan-bahan kapur yang boleh digunakan bagi tujuan di atas ialah:-

kapur bakar / kalsium silika - Slag
basic acid
ground magnesium limestone

Cara Pemberian Kapur

Bagi tanah-tanah daerah tropika keperluan kapur bagi sekitar dan sedalam 20 cm (tan metrik). Caranya adalah berbeza dari satu jenis tanah dengan jenis tanah yang lain. Bagi tanah yang berpasir pemberian kapur hendaklah sedikit demi sedikit bagi mengelak terjadinya pengapuran berlebihan.

Kekerapan pemberian kapur bergantung kepada kehalusan dan jenis bahan kapur. Bagi kapur halus ia cepat bertindakbalas dengan tanah tetapi kesannya tidak lama berbanding dengan kapur yang kasar. Bagi tanah masam, pemberian kapur diberi 15 cm tanah yang dibajak dan hendaklah digaulkan agar dapat mengelakkan daripada pengapuran yang berlebihan disamping meneutralkan asid di dalam tanah bagi perkembangan akar. Pemberian kapur hendaklah diberikan beberapa minggu sebelum penanaman biasanya yang biasa diamalkan 30 hari sebelum tanam.

PEMULIHAN TANAH YANG TIDAK SUBUR

Tanah-tanah terbiar seperti tanah bekas lombong, bendang, tanah paya dan tanah gambut boleh dimajukan untuk pertanian dengan memilih tanaman-tanaman yang sesuai.


TANAH BEKAS LOMBONG


Tanah bekas lombong keadaannya tidak sama, ada yang mengandungi banyak lumpur, ada yang seratus peratus pasir dan ada pula yang mengandungi lumpur dan pasir halus. Tanah yang mengandungi liat sehingga 100 cm adalah sesuai ditanam dengan tanaman kekal seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Tanah yang mengandungi banyak pasir memerlukan campuran tanah liat gembur atau tanah atas dan bahan organan yang dimasukkan ke dalam lubang menanam untuk membolehkan akar dapat zat makanan dan menjadi asas yang kukuh supaya pokok tidak mudah tumbang.Pengurusan tanah untuk pertanian agak tinggi termasuklah penggunaan baja organan dan kimia, pengairan yang mencukupi dan bahan sungkupan yang diletakkan pada pangkal pokok untuk mengurangkan kekeringan dan menyejukkan akar. Pembajaan kimia perlu dibuat sedikit-sedikit tetapi lebih kerap. Ini adalah kerana tanah pasir tidak dapat menyimpan baja dalam jangkamasa yang lama. Pembajaan sebanyak 2-3 kali sebulan adalah sesuai. Tanah bekas lombong yang mengandungi banyak lumpur pun perlu dibaja. Ini adalah kerana tanah bekas lombong telah hilang zat-zat pemakanan dalam tanah semasa kerja-kerja perlombongan.Tanaman-tanaman yang telah didapati berjaya ditanam di atas tanah bekas lombong adalah jambu batu, betik, belimbing besi, limau bali dan mempelam. Banyak tanaman lain yang berpotensi boleh ditanam di atas tanah bekas lombong seperti cempedak, nangka, ciku, limau dan manggis dengan syarat pengurusan tanah dan tanaman dibuat dengan betul.

TANAH BEKAS BENDANG


Tanah bekas bendang dan tanah paya mengandungi liat yang tinggi. Pada keadaan semulajadinya ia sesuai untuk padi dan sagu atau dijadikan kolam ternakan ikan atau udang. Tetapi jika saliran dibuat ia dapat ditanam dengan berbagai tanaman singkat masa dan tanaman kekal. Peringkat awal persediaan ladang melibatkan kerja-kerja membuat saliran atau parit untuk mengeringkan tanah. Kebanyakan tanah bekas bendang atau paya berkeadaan masam selepas dikeringkan. Oleh itu pengapuran adalah perlu untuk menaikkan pH dan juga membaiki keadaan tanah liat supaya menjadi lebih gembur. Kadar kapur yang diberi adalah mengikut keadaan kemasaman tanah yang dapat ditentukan melalui analisa di makmal. Kapur ditabur di atas seluruh permukaan dan dibajak ke dalam tanah. Penambahan bahan-bahan organan juga dapat membaiki keadaan tanah disamping menjadi baja pada tanaman. Bahan organan elok dibubuh dalam lubang menanam.

TANAH GAMBUT

Tanah gambut merupakan salah satu tanah bermasalah. Ianya kurang sesuai untuk pertanian oleh kerana keadaannya tidak berstruktur, selalunya masam dan paras air dalam tanah selalunya tinggi. Terdapat tiga jenis tanah gambut iaitu tanah gambut tidak hancur, gambut separuh hancur dan gambut hancur.Tanah gambut sesuai untuk tanaman singkat masa seperti sayur-sayuran, jagung dan nenas. Untuk tanaman kekal ketebalan gambut mestilah kurang dari 1 meter. Pengurusan tanah gambut yang penting ialah mengawal paras air dalam tanah. Air dalam tanah perlu disalirkan berperingkat-peringkat. Peringkat awal parit cetek sedalam 30-45 cm dibuat dan selepas beberapa tahun, parit ini didalamkan lagi. Ini adalah supaya pereputan gambut tidak berlaku dengan cepat. Jika paras air diturunkan dengan cepat, gambut akan cepat reput dan tanah menjadi susut dengan banyak dan juga terjadi pengeringan tidak berbalik pada tanah. Pengapuran mesti dibuat untuk mengurangkan kemasaman disamping menambahkan zat pemakanan dalam tanah. Pembajaan yang betul mesti dibuat. Jika terdapat tanda-tanda pokok tidak subur pembajaan unsur-unsur pekit seperti Boron dan Kuperam mungkin perlu dibuat kerana tanah gambut kurang unsur pekit.Untuk menanam tanaman kekal, anak pokok perlu ditanam secara sistem lubang dalam lubang, di mana perlu dibuat lubang besar dalam anggaran 120 cm lebar panjang 30 cm dan 60 cm dalam mengikut ketebalan gambut. Dalam lubang besar ini dibuat lubang menanam dan ditimbus hanya lubang menanam sahaja.Jenis-jenis tanaman kekal yang sesuai ditanam ialah kelapa sawit, kopi, koko dan buah-buahan seperti cempedak, nangka, rambutan dan mempelam serta lain-lain tanaman yang berakar cetek dan sederhana dalam.


TANAH BRIS


Merupakan tanah bermasalah yang terdapat di persisiran pantai Laut Cina Selatan. Kawasan ini menerima purata curahan hujan 100-120 mm setiap tahun. Tekstur tanah yang berpasir dan bahan organik yang sangat rendah menjadikannya sukar untuk diurus. Butiran tanah pasir bercerai berai dan daya menyimpan air dan nutrien adalah rendah. akibatnya tanah cepat kering dan proses larut resap nutrien adalah tinggi. Keadaan ini menyebabkan tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur dan hasil adalah tersangat rendah.Membaiki tanah BrisMemilih baja yang sesuai adalah salah satu faktor penting didalam kerja-kerja pengurusan pembajaan tanah bris. Disamping baja kimia, tanah bris memerluakn baja organan untuk memperbaiki keadaan fizikal tanah dan meninggikan keupayaan tanah memegang dan menyimpan air serta baja. Baja organan yang biasa digunakan adalah seperti tahi ayam, tahi lembu, tahi kambing, 'sludge' kelapa sawit, tandan kosong kelapa sawit, baja hijau, kompos dan tanah gambut. Kadar penggunaan bajar organan adalah sekurang-kurang 20 kg/pokok/tahun. Bahan organan perlu dicampur dengan tanah bris atau diletakkan di dalam lubang sebelum penanaman dijalankan. Cara penggunaan tandan kosong ialah dengan mengisikannya ke dalam lubang yang digali lebih besar daripada biasa. Tandan kosong akan megalami proses pereputan dan akar yang memanjang akan dapat mengambil zat makanan yang dihasilkan dari pereputan tersebut.Pembajaan duan nutrien mikro (Fetrilon Combi Red, 3 kg/hektar) dan pengapuran (0.5 kg GML/pokok/tahun) juga perlu diberikan kepada pokok. Pembajaan mesti dipecahkan ke beberapa kali yang dianggap ekonomik supaya kehilangan nutrien melalui larut resap dapat dikurangkan.Sistem pengairanTanaman buah-buahan di atas tanah bris memerlukan sistem pengairan yang sempurna untuk membekalkan air kepada tanaman secukupnya. Pengairan titis perlu disediakan untuk menyiram pokok mengikut kelembapan tanah. Pada musim kemarau pengairan perlu dibuat selama 2 jam (45 liter/pokok).