Sunday, June 14, 2009
Saturday, June 13, 2009
CLEARING METHOD (FROM RUBBER)
To clear the old rubber stand from the land for replanting with oil palm
Policy
To fell the old stand by chain-saw rather than to uproot by buldozer. Uprooting should only considered under special circumtances.
Introduction
Depending upon the demand for rubber wood, on top of free felling, clearing and burning, the contractor has even paid up to RM5,000/ha. to the estate.
Recommendation
A. Contract
When an area is due for replanting, a suitable felling contractor should be engaged as early as possible.
In drawing up agreement, the following clauses should also be included:-
1. details of felling, clearing and burning procedure.
2. commencement and completion dates.
3. agreed rate for felling, clearing and burning.
4. agreed rate (if any) for rubber wood.
5. compensation to the state for any damages.
6. compliance with the Workmen's Compensation Enactment and the Employeee's
Social and Secutiry Act,1969 against injuries and accidents.
7. penalties.
B. Felling
Two common methods of clearing are:-
1. Felling and stacking by chain-saw.
2. uprooting and stacking by bulldozer.
Since there is little root disease risk for oil palm from rubber stumps if the trees are throughly poisoned well in advance of felling, it is preferable to adopt the method of felling and stacking by chain-saw. The trees should be felled as close to the ground as possible.
The disadvantage of uprooting by bulldozer are:-
1. high cost
2. soil erosion on hilly terrain.
3. soil compaction.
4. damage to existing drains.
Labour/machinery requirements for both methods of clearing are estimated as follows:-
a. Chain-saw method
- If the rubber timber is to be sold, felling and cutting will require about 13 chain-saw operators per hectare and stacking/burning about 15 man-days per hectare.
- If the rubber timber is not to be sold, felling will require about 1.25 chain-saw operator per hectare and burning (including stacking and reburning) about 37 mandays per hectare.
- a D6 bulldozer will be able to uproot about 2 ha. per day.
- a D6 bulldozer will be able to stack 4 ha per daya
- a D6 bulldozer and 4 workers will be able to burn about 3 ha. per day.
C. Burning
Burning of the felled trees is recommended. The advantages of burning are:-
- easy supervision and maintenance due to better access.
- cheaper cost of upkeep.
- easier establishment of legume cover crops.
- easier lallang control.
- lesser rat manace.
D. Sale Of Rubber Wood
However apart from the attractive return, there is no other advantage from selling the rubber wood.
The disadvantages of selling the rubber wood are:-
- Soil compaction
- damage to roads
- on hilly terrain, soil erosion occurs along lorry tracts.
- felling work usually slows down when the demand for rubber wood is poor.
A usual programme will be to fell n Dicember/February, burn in Feb/mac well in advance of wet season and leave plenty of times for lining, platforing, holing, sowing legume cover crops, etc. before planting in July/Oct (according to local planting season). However, felling will have to commence earlier if terracing is intended or if replanting covers a large acreage.
6. Poisoning
Monday, June 8, 2009
LINING
Palms are spaced out along terraces to achieve an optimum and even stand for a given area which will remain economically productive throughout its life. If palms are spaces closely, crop may be high during its early years, however it will decline when individual palms begins to compete each other for available space and light. It is therefore vital that palms planted on terraces are spaced out in relation to the distance between terraces to achieve uniform density within any given slope.
The violle lining method basically onvolves varying the distance between planting points along the rows in inverse proportion to the distance between terraces. This means that when the distance between terraces is widened, the distance between planting points is proportionately narrowed or conversely, when the distance between terraces is narrowed the distance between planting points is proportionately widened.
In methamatical terms, the violle lining method employs the following formula:
This when lining for a density of 55 palms per acre, the planting density will automatically increase with the degree of slopes as indicated in Table 1.
SHOULD a density of 50palams per acre are required, adjacent terraces should be no closer than 26 feet and no further apart than 31 feet. In the case of a density of 60 palms per acre, adjacent terraces should be no closer than 23 feet and no further apart than 28 feet.
2. Lining for 55 palms per acre
For lining of plating points two measuring lines (preferably PVC insulated cable) are required.
Line A is 58 ft long and is cloured and marked off with metal tags as shown in the diagram below:
PANDUAN UNTUK MENGAWAL HAKISAN
Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul, membaris/ melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan. Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti:
- Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.
- Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering.
- Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran, buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan.
- Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan.
- Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok atau dibaris membantu menahan hakisan.
- Pokok-pokok asal di tepi sungai dan taliair utama hendaklah dibiarkan bagi menahan tebing daripada terhakis (river buffer zone)
Petunjuk:
1. Pembukaan berperingkat
2. Penebangan bersih
3. Penebangan secara selektif
4. (a) Menebang secara manual
(b) Menebang menggunakan jentera berat
(c) Menebang secara manual dan dengan jentera
5. Membuat zon penampan tebing sungai, di mana perlu
6. Pembukaan pada musim kering bagi kawasan luas
7. Mencabut tunggul
8. Membakar sisa kayu, jika perlu
Sumber - Bengkel MARDI - DOA 1993
Syor-syor di atas hendaklah dilaksanakan bersama-sama syor membina struktur pemuliharaan tanah dan syor amalan agronomi seperti dalam Jadual b dan c.
Panduan yang lebih terperinci mengenai cara pembukaan kawasan bagi jenis-jenis tanaman berikut mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual a. Panduan aktiviti dalam Jadual a tersebut hendaklah digunakan bersama dengan panduan dalam Jadual b dan c.
(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah
Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian.
1. Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput.
2. Perangkap kelodak (silt/pits)
3. Pentas untuk tapak pokok/tanaman
4. Teres-teres bagi menyekat larian air
5. Empangan kecil bagi menampan had laju air parit
6. Pembentungan di bawah jalan (culvert)
7. Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam
Panduan yang lebih terperinci mengenai keperluan membina struktur pemuliharaan tanah bagi jenis-jenis tanaman mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual b.
(iii) Amalan Agronomi Untuk Mengawal Hakisan
Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan menambahkan hasil, tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan mengawal hakisan. Berikut ialah amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan berkesan.
1. Menanam penutup bumi seperti kekacang
2. Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah
3. Menanam rumput di tebing-tebing
4. Mengamalkan tanaman padat boleh melindungi permukaan tanah
5. Membajak secara minimum supaya tidak banyak tanah yang terhakis
6. Menanam mengikut kontor dapat menahan hakisan
7. Menanam tanaman selingan antara tanaman jangka pendek dengan tanaman jangka panjang
Panduan yang lebih terperinci mengenai amalan agronomi untuk mengawal hakisan bagi jenis-jenis tanaman mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual c.
Contoh-contoh struktur Permuliharaan Tanah yang disyorkan:
Petunjuk:
1. Teras/bangku
2. Pentas lereng / pentas tapak
3. Pentas lebar
4. Perparitan dan saliran
5. Perangkap kelodak
6. Parit lereng
7. Teres dusun
8. Empangan penampan
9. Pembentungan
10. Benteng konkrit atau gabion
Sumber - Bengkel MARDI-DOA 1993
Jadual c: Syor-syor amalan agronomi untuk mengawal hakisan bagi jenis tanaman dan cerun
Petunjuk:
1. Tanaman penutup bumi
2. Tanaman mengikut kontor
3. Sungkupan
4. Pembajakan secara minimum
5. Tanaman padat
6. Tanaman pusingan
7. Tanaman selingan
8. Tanaman berjalur
9. Tanaman rumput
10. Penampan angin
* di mana sesuai
Sumber - Bengkel MARDI-DOA 1993
Kesimpulan
Kawasan tanah bercerun merupakan sumber untuk pembangunan pertanian yang penting. Pada masa akan datang tanah yang semakim curam semakin banyak diterokai untuk pertanian. Selain daripada peningkatan kos, masalah hakisan, ketandusan tanah dan pencemaran anak-anak sungai akan menjadi lebih ketara. Oleh itu, diharap panduan ini berguna dan dapat dipraktiskan oleh perancang dan pelaksana projek-projek bagi mengurangkan hakisan tanah
Friday, June 5, 2009
PENJAGAAN LADANG KELAPA SAWIT
a) Kelapa sawit belum matang.
b) Kelapa sawit matang.
Kelapa sawit belum matang.
1. Pengurusan Rumpai
Tujuan
- Menjayakan kekacang tutup bumi
- Menghalang penyakit dan serangga.
- Mengurangkan hakisan.
- Mengelakkan persaingan nutrien dan cahaya
- Minima 50% kawasan ladang diliputi kekacang dan mengurangkan pertumbuhan rumpai tak berfaedah.
a) Meracun bulatan & lorong.
Objektif
- Membasmi semua rumpai di kawasan kanopi pokok bagi menghalang kekacang dari menyelimuti pokok dan mengurangkan persaingan mendapatkan nutrien serta cahaya.
Kaedah
- Penggunaan pam CKS.
- Herbicide yang betul.
Kekerapan
- Setiap 45 hari bagi pokok berumur <>12<36>
- Elakkan racun sistemik
b) Meracun selektif
- Membasmi semua rumpai/anak kayu yang tak berfaedah yang menghalang / menyaingi tumbesaran tanaman utama.
Kaedah
- Pam CKS 18 liter air + 6 gm Ally bagi anak kayu tingginya<>
- Wiping (1 liter Melasma/garlon/cowboy +18 liter diesel) disapu pada batang anak kayu yang tingginya >3 kaki.
Kekerapan
- Setiap 45 hari bagi pokok berumur <>12<36.>
c) Meracun Lalang dan VOPS.
Objektif
- Menghapuskan lalang
Kaedah
- Glyphosate (lalang)
- Paraquat (VOPS)
Kekerapan
- 2 pusingan setahun
2. Jalan dan Jambatan
Objektif
- Menyediakan laluan kekawasan ladang untuk memudahkan kerja, penanaman,penyulaman, penyelenggaraan ,pembajaan dan lain-lain.
Kaedah Pengurusan
- Main road hendaklah ditambak laterite/ batu terlebih dahulu.
- Kerja pembaikan jalan hanya tertumpu dikawasan yang perlu sahaja seperti di kawasan tanah runtuh dan lain-lain.
- Pastikan tiada lopak /lubang air bertakung diatas jalan .
- Parit sisi jalan hendaklah dibina dikawasan yang perlu untuk mengalirkan air keluar terutamanya pada musim hujan.
3. Pengurusan Saliran.
Tujuan
- Bagi mempastikan kawasan tanaman bebas dari ditakungi oleh air terutamanya pada musim hujan dan boleh menakung air pada musim kemarau.(bagi mengekalkan lembapan.
Kaedah
- Bersihkan parit dari benda asing.
Kekerapan
- Dilakukan pada musim kemarau.
- Apabila perlu sahaja.
4. Tanah Dan Pemuliharaan
Objektif
- Mempastikan semua kawasan ladang boleh digunakan untuk tanaman utama bagi memaksimakan dirian pokok.
Kaedah
- Mengenalpasti kawasan yang bermasalah untuk penanaman tanaman utama dan mengambil langkah yang perlu seperti membina “platform” ataupun “bund”
5. Sempadan, Pagar & Ukur
Objektif
- Mengenalpasti keluasan ladang yang sebenar meliputi sempadan utama, blok,task, jalan , parit,sungai dan kawasan yang tidak sesuai untuk ditanam disamping mengelakkan daripada bertindih dengan kawasan yang bukan milik ladang.
- Memudahkan kerja pengurusan,penyeliaan dan penyediaan anggaran tahunan yang lebih efisyen.
- Perimeter survey,ukur sempadan menggunakan kaedah manual(terabas) ataupun digital(G.P.S)
6. Banci/ Sulam
Objektif
- Mengenalpasti dan memaksimakan dirian sebenar tanaman utama (sehektar) dan melakukan sulaman ataupun gantian dikawasan yang perlu .
Kaedah
- Sulam setiap point yang kosong .
- Apabila terdapat pokok yang tidak menunjukkan perkembangan yang baik.
Kekerapan
- Apabila terdapat point kosong
7. Pemangkasan (pruning)
Objektif
- Memaksimakan bilangan pelepah dan daun untuk proses penghasilan makanan pokok.
- Mempastikan kawasan disekeliling bulatan pangkal pokok bersih dari pelepah kering/mati(sanitation)
- Mengurangkan risiko perosak tanaman (tikus)
- Memangkas hanya pelepah kering pada tahun ke 3 usia pokok.• Bendasing disekeliling pangkal pokok hendaklah dibersihkan.
Objektif
- Meminimakan musuh perosak dari merosakkan tanaman utama (Khinzir,Gajah,landak ,tikus)
- Meminimakan serangan penyakit.
- Pagar elektrik, Parit gajah , rondaan dan kawalan.
- 'Rat baiting' hendaklah dilakukan dalam tempoh 3-6 bulan selepas penanaman.
Objektif
- Membekalkan nutrien untuk tanaman utama.
Kaedah
- Menabur disekeliling pangkal pokok mengikut kanopi secara manual.(Broadcast)
- Subsoil (baja poket)
- Baja cecair(Foliar)
- EFB mulching
10. Penyelidikan
Objektif
- Mengenalpasti dengan lebih tepat jenis nutrien yang diperlukan oleh pokok
Kaedah
- Mengikut manual pembajaan yang telah ditetapkan
Tuesday, June 2, 2009
NILAI KEMASAKAN BUAH SAWIT
- Untuk memperbaiki kualiti BTS yang dihantar ke kilang
- Untuk memperbaiki kulaiti Minyak Sawit Mentah
- Untuk menambahkan kadar perahan minyak bagi minyak sawit mentah dan minyak isirong sawit.
- Untuk memaksimumkan untung dan faedah pembekal dan kilang.
Tandan sawit biasanya masak apabila warnanya bertukar dari hitam ke oren kemerah-merahan dan mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah lerai yang terpisah di bawah pokok. Dalam tempoh ini, buah tandan segar boleh dituai kerana buah telah masak sepenuhnya dan Buah tandan segar tersebut mempunyai minyak yang maksimum.Nilai kemasakan buah biasanya ditentukan oleh polisi sesebuah syarikat.
ELAKKAN DARIPADA MENUAI TANDAN YANG MEMPUNYAI BERKUALITI RENDAH KERANA IA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA HARGA MINYAK SAWIT DI PASARAN.CONTOHNYA :
Ø TANDAN TERLALU MASAK
Ø TANDAN MENTAH
Ø TANDAN KECIL
Ø TANDAN KOSONG
Ø TANDAN BUSUK
Ø TANDAN DURA
Ø TANDAN TUA
Ø TANDAN KOTOR
Klasifikasi Buah Sawit di Kilang (mengikut MPOB)
1. Tandan Masak
Tandan Masak ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.
2. Tandan Mengkal
Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.
Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini tidak mempunyai soket segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada) pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa.
Tandan terlalu masak ialah tandan segar yang mempunyai buah berwarna merah tua dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah telah relai daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) buah segar masih melekat pada tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.
Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) buah telah relai dari tandannya semasa pemeriksaan di kilang
Tandan busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat.
Tandan Tangkai Panjang ialah tandan segar yang mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari paras terbawah tangkai tandan
Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai dan dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam sebelum dihantar ke kilang dan semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu. Tangkai tandan tidak segar biasanya kering dan berwarna kehitaman.
Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya berlumpur, berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau jirim-jirim asing yang lain
Tandan Kecil ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang daripada 2.3 kg.
12. Tandan Rosak
Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan yang mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah ‘parthenocarpic’
PROSES PENGAMBILAN PEKERJA ASING (INDONESIA)
- Proses pengambilan tenaga kerja ini dimulakan dengan mengenal pasti keperluan pekerja ladang .
- Permohonan kuota daripada Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen. (Antara 1 hingga 2 bulan.)
- Mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah kuota yang diperlukan.
- Permohonan tenaga kerja asing (Indonesia) melalui agen pengurusan sumber manusia Indonesia. (PT. MITRAMAJU MULYOLESTARI) di Lombok, Indonesia.
- Pihak agen di Indonesia akan meminta Syarikat menghantar faks atau salinan surat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
- Pihak Syarikat akan ke Indonesia untuk berjumpa dengan bakal pekerja untuk memberi taklimat dan sesi temuduga dijalankan untuk ujian pemilihan.
- Pihak agen akan menguruskan ujian kesihatan (Medical) dirumah sakit umum atau hospital yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia dan seterusnya menguruskan passport (7 – 14 hari) sekiranya lulus ujian kesihatan.
- Salinan passport dan Sijil Perubatan (asal) beserta 4 keping gambar berukuran pasport akan dihantar kepada Syarikat dalam tempoh 4 hari penghantaran.
- Syarikat akan menyerahkan dokumen tersebut (Sijil Perubatan) ke Jabatan Imigresen untuk mendapatkan “ Calling Visa” yang mana memakan masa selama 7 hari. (Sijil Perubatan hanya sah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sijil tersebut).
- Salinan asal Visa Panggil ini akan dihantar ke agen di Indonesia dalam tempoh penghantaran 4 hari.
- Agen akan menguruskan Visa Masuk dengan izin dari Kerajaan Indonesia dan Konsulat Malaysia di Pekan Baru, Riau sama lebih kurang 7 hari.
- Pekerja akan bertolak dari Mataram ke Surabaya setelah Visa dicop di Pekan Baru.
- Kursus selama 2 hari akan diberikan kepada bakal pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Indonesia di Surabaya.
- Surat untuk pekerja berkursus selama 2 hari di Surabaya sebelum ke Malaysia yang juga dipanggil ‘Pembekalan Akhir Pemberangkatan’ (PAP).
- Setelah lulus, pekerja akan bertolak dari Surabaya ke Batam/Dumai lebih kurang 5 hari perjalanan dan passport pekerja akan diserahkan di Batam/Dumai yang mengandungi Single Entry Visa (sah untuk 3 bulan sahaja).
- Pekerja seterusnya datang ke Malaysia dari Batam/Dumai samada ke Melaka atau Setulang Laut, Johor.(2 hari perjalanan)
- Setibanya di Malaysia, para pekerja ini akan diambil sendiri oleh pihak Syarikat menggunakan bas/keretapi.
- Tiba di Ladang mereka akan diberi rehat selama 1 hari dan keesokannya mula bekerja.
Setiap pekerja ini akan menandatangani surat Perjanjian Pekerjaan diantara pekerja dan juga Syarikat . - Didalam perjanjian tersebut dinyatakan mengenai syarat-syarat dan terma-terma yang harus dipatuhi oeh pekerja.