Saturday, February 28, 2015

SCOUT HARVESTING (MENUAI PILIHAN)

Menuai pilihan  dilakukan untuk memotong buah tandan segar (BTS) yang telah masak sekurang-kurangnya 6 bulan selepas pusingan terakhir mengkasi jambak bunga.

Tujuannya adalah untuk menuai BTS yang masak dan membuang tandan busuk dan berpenyakit.

Cara Pelaksanaannya:

1. Tuai hanya tandan yang telah mempunyai lebih daripada 5 biji relai yang telah gugur.
2. Dijalankan 2 hingga 3 pusingan sebulan
3. Meninggalkan antara 48 - 56 bilangan pelepah hijau
4. Pelepah yang menyentuh tanah sahaja yang dibuang.

Bahan & Peralatan Yang Digunakan

1. Pahat tuai (5-7.5cm)
2. Kereta sorong/guni/bakul
3. Besi Loading/Gancu
4.Kapak/parang
5. Pengaut dan pungkis (mengaut biji relai)


Panduan Produktiviti

1 orang  bagi kawasan 25 - 30 ha./m.day