Sunday, May 31, 2009

PEMBAJAAN SAWIT SECARA 'SUB-SOIL'


Tujuan

Tujuan pembajan adalah untuk membekalkan pokok sawit dengan sumber makanan tambahan untuk tumbesaran vegetatif yang sempurna.

Kekerapan dan masa membaja

  • Pemesanan baja dibuat 6 bulan sebelun aktiviti membaja dijalankan.
  • Tempoh membaja adalah antara bulan Mac hingga bulan September dan perlu diselesaikan dalam tempoh 4 bulan.
  • Waktu pembajaan yang sesuai adalah sebelum musim hujan dan selepas musim hujan.


Peralatan yang diperlukan

  • Kereta sorong
  • Alat pengorek
  • Sarung tangan
  • Kayu pemadat dan pengukur
  • Alat penyukat khas
  • Baja


Kaedah membaja

Cara pembajaan adalah seperti berikut:

  • Ukuran kedalaman, kelebaran lubang adalah 20cm lebar x 30cm dalam x 20cm panjang.
  • Gali lubang pada jarak +-8 kaki dari pangkal pokok.
  • 4 lubang digali pada setiap pokok sebagaimana dibawah:

*Untuk tahun seterusnya ikut turutan lubang asal (kawasan rata dan kawasan berbukit)

  • Pekerja hendaklah menggali semula lubang yang cetak.
  • Baja dimasukkan kedalam lubang dengan menggunakan penyukat yang berukuran tepat.
  • Setelah baja dimasukkan, tutup separuh lubang dengan tanah, padatkan denagn pemadat dan tutup lagi separuh tanah sekeliling.

Penanaman baja

  • Kadar baja bergantung jadual dan syor baja yang telah ditetapkan.
  • Gunakan peralatan yang sesuai untuk menjalankan kerja penanaman baja seperti kereta sorong, baldi dan alat penyukat khas. (alat penyukat khas bertujuan untuk memastikan jumlah baja yang ditanam seragam pada setiap lubang.)
  • Benang jahitan pada beg baja mestilah dibuka dengan cermat. Pemotongan beg baja adalah dilarang sama sekali.
  • Cara penanaman mestilah betul iaitu setiap lubang mesti mempunyai jumlah berat baja sama rata.
  • Lubang yang telah ditabur baja hendaklah dimampatkan dan diratakan separas permukaan tanah.
  • Baja yang keras dan berketul hendaklah diketuk dahulu sehingga hancur sebelum digunakan.

Keselamatan

  • Elakkan laluan air dan air bawah tanah dari tercemar denagn baja.
  • Amalkan penggunaan baja dengan cara yang cermat dan pada kadar yang tepat.
  • Jangan buang beg baja diladang. Simpan atau kitar semula beg baja untuk kegunaan lain seperti mengutip biji lerai.
  • Basuh tangan selepas membaja denagn air bersih.
  • Sentiasa mengikut syor baja yang telah ditetapkan.
  • Baja boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata. Pastikan pengendalian bahan yang sensitive dengan sentuhan menggunakan sarung tangan getah yang berkualiti.
  • Beg baja adalah seberat 50 kilogram. Mengangkat beg baja mestilah berhati-hati.


Saturday, May 30, 2009

TANAM SEMULA KELAPA SAIWIT

Pembangunan ladang tanam semula terbahagi kepada 4 iaitu:

  • Tanam semula kawasan baru (hutan)
  • Tanam semula getah ke kelapa sawit.
  • Tanam semula kelapa sawit ke kelapa sawit.
  • Tanam semula getah ke getah.

Tujuan

Menggantikan tanaman tua/tidak ekonomi dengan tanaman baru (kelapa sawit)dengan penyediaan ladang yang lebih baik dan teratur bagi menjamin kelancaran operasi dimasa hadapan.

Penentuan kawasan untuk ditanam semula

Penentuan kawasan untuk ditanam semula adalah berpandukan hasil sehektar getah dan keperluan semasa. Hasil yang kurang daripada 700kg/ha adalah disarankan untuk ditanam semula.

Perancangan untuk tanam semula

Perancangan kerja tanam semula adalah seperti berikut:

  1. Penebangan
  2. Melonggok
  3. Membuat jalan pertanian
  4. Membuat teres
  5. Menanam kekacang penutup bumi
  6. Membuat parit
  7. Membuat pagar elektrik atau zink
  8. Membaris
  9. Membuat lubang dan menanam
  10. Merumput
  11. Membaja
  12. Mengkasi

Penebangan

Kawasan yang ingin ditanam semula ditanda dengan cat yang terang untuk mengelakkan penebangan diluar kawasan.

Sempadan blok seelok-eloknya dibuat berpandukan sungai dan jalan.
Kesemua kayu getah hendaklah ditumbangkan keakar umbi dengan jentera yang sesuai.
Menebang tidak dibenarkan sam sekali lebih-lebih lagi dikawasan berbukit untuk mengelakkan masalah bila pembinaan jalan dan teres dilakukan.

Melonggok

Kerja-kerja melonggok boleh dilakukan sebaik sahaj kerja-kerja pengeluran kayu dibuat.

Terbahagi kepada 2 cara iaitu:
1. Kaedah ‘0’ burning.
2. Kaedah longgok dan bakar.

Kaedah ‘0’Burning

Bagi kawasan rata, membaris dan jalan utama mestilah dilakukan terlebih dahulu.
Melonggok dibuat antara baris-baris utama dan jalan-jalan utama.
Kontraktor juga haruslah mengetahui kedudukan parit-parit yang akan dibuat untuk mengelakkan terjadinya kerja dua kali (double work).

Kerja-kerja melonggok diluluskan setelah pihak pengurusan berpuas hatidengan kerja-kerja yang dilakukan.
Bagi kawasan berbukit longgokan hendaklah dibuat didada teres.

Kaedah longgok dan bakar

Sisa kayu dilonggokkan ditempat yang sesuai dengan ketebalan yang sesuai dan dibiarkan betul-betul kering sehingga sesuai untuk dibakar dimusim kemarau.
Longgokan juga sesuai dibuat ditunggul-tunggul balak lama juga dipangkal pokok buluh jika ada disesuatu kawasan. Ini bertujuan untuk menghilangkan tunggul dan pokok buluh tersebut.
Pembakaran dibuat disebelah petang supaya pagi keesokan harinya pembakaran telah sempurn.

Membuat jalan pertanian

Jalan pertanian adalah sesuatu yang mustahak dalam pembangunan tanam semula Jalan pertanian yang elok dan bersistematik dapat meningkatkan lagi pengurusan ladang dengan lebih cekap dan berkesan.

Kawasan rata

Sebelum membuat jalan, kerja-kerja berikut mestilah dilaksanakan terlebih dahulu:

1. Kerja-kerja membaris utam siap dijalankan.
2. Kerja-kerja menanda baris untuk perparitan siap dijalankan.
3. Semua sisa-sisa penebangan sudah habis dibakar.

Jalan hendaklah dibuat selang 20 pokok.
Bentuk jalan mestilah cembung ditengah (5°)
Bina jalan selurus mungkin untuk mengelakkan kehilangan bilangan pokok dan memudahkan penyelenggaraan jalan tersebut.
Lebar jalan utama 18 kaki dan jalan memungut hasil (platform buah) 14 kaki.

Kawasan berbukit

Jalan mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum kerja-kerja membina teres dilaksanakan.
Jalan yang dibuat mestilah memotong semua teres.
Kecerunan jalan tidak melebihi 25º dan mengikut kesesuaian dan bentuk bukit dengan lebar tidak kurang daripada 18 kaki bagi jalan utama dan 14 kaki bagi jalan memungut hasil (platform buah).

Jalan utama dibuat dibawah bukit dan mestilah bersambung antara bukit ke bukit dan jalan memungut hasil mestilah bertemu dengan jalan ini.
Jalan yang dibuat mestilah ‘slope’ antara 5 - 10º ke arah teres.
Jalan sepanjang sempadan jika sesuai hendaklah dibuat.

Membuat teres.

Membuat teres dimulakan setelah kerja-kerja membuat jalan utama dan jalan memungut hasil siap dilakukan.

Lebar teres mestilah tidak kurang daripada 14 kaki dan mempunyai ‘slope’ tidak kurang daripada 10 darjah daripada belakang teres.

Teres yang dibuat mestilah bersambung dengan jalan dikedua dua arah.

Panjang teres seboleh-bolehnya tidkmelebihi 20 pokok kelapa sawit dan mesti dibuat batas dengan tinggi 2 kaki dan lebar 3 kaki setiap rantai untuk menahan air daripada mengalir keluar dari teres.

Jarak antara teres mestilah tidk kurang daripada 25 kaki dan tidak lebih daripada 35 kaki tetapi bergantung kepada kecerunan sesuatu bukit.

Menanam kekacang penutup bumi

Bagi kawasan rata, kekacang ditabur ditempat pembakaran dan diatas tanah baru bila parit dibuat. Jenis- jenis kekacang yang biasa digunakan ialah;
1. Pueraria javanica
2. Calopogonium cearulium
3. Macuna broctata

Di kawasan berbukit, kekacang mestilah ditabur sebaik sahaja teres selesai dibuat dan ditabur dibibir teres.
Masa menabur adalah sangat penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan kekacang tersebut.
Tabur kekacang semasa bibir teres masih gembur iaitu belum lagi ditimpa hujan.
Pembajaan perlu dibuat apabila kekacang telah tumbuh, biasanya selepas 1 bulan.
Baja ‘Compoud’ atau ‘Mixture’ 14:13:9:2.5 dengan kadar 25kg /ha ditabur dan baja CIRP sebanyak 50kg/ha bila kekacang mula memenuhi kawasan tanaman.

Membuat parit

Perparitan penting bagi kawasan yang sentiasa digenangi air bagi menjamin pertumbuhan pokok yang elok.


Parit terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Parit besar (A) : 8’ x 6’ x 4’
2. Parit utama (B) : 6’ x 4’ x 4’
3. Parit kecil (C) : 4’ x 3’ x 2’

Parit besar (A)

Biasanya digunakan untuk mengubah struktur sungai dan menyambungkan antara 2 anak sungai supaya kelajuan air yang mengalir dapat dikurangkan.
Boleh juga digunakan untuk mengawal musuh tanaman seperti gajah dan babi hutan.

Parit utama (B)

Parit ini dibut untuk mengalirkan air dari parit kecil ke parit besar.
Dibuat jika sesutu kawasan sentiasa digenangi air.

Parit kecil (C)

Biasa dibuat mengikut alur bukit bagi melicinkan pengaliran air ke sungai.
Bagi kawasan berpay ia dibuat untuk mengeringkan sesuatu kawasan dan disambung ke parit utama.

Membina pagar elektrik atau zink

Dibuat sebelum kerja-kerja menanam dijalankan.
Ia amat penting bagi mengelakkan serangan musuh terutamanya babi hutan.
Kedua-dua kaedah adalah amat berkesan dan pilihan dinuat bergantung kepada kesesuaian kawasan.

Membaris

Kerja-kerja membaris boleh dibuat sebaik sahaja kerja-kerja melonggok siap dibuat.
Jarak tanaman bergantung kepada kehendak pengurusan.
Jarak tanaman 29 kaki x 29kaki x 29kaki atau 30kaki x 30 kaki x 30 kaki boleh digunakan dikawasan rata dengan kepadatan pokok 148 pokok/ha.
Bentuk barisan pokok ialah segi tiga dengan setiap sudut 60 darjah.
Arah utama ialah 0 darjah ke utara.
Bagi kawasan berbukit, formula dibawah boleh digunakan:


Purata jarak tanaman menjadi 29 kaki dan kepadatan menjadi 148 pokok/ha.
Dipuncak bukit, jarak tanaman tidak boleh kurang daripada 25 kaki dan begitu juga di lain-lain kawasan.

Melubang dan menanam

Umur pokok yang sesuai untuk ditanam ialah 12 bulan di nuseri.
Pengendalian anak sawit di nursery amatlah dititikberatkan agar tiada yang terencat apabila ditanam.

Masa yang sesuai untuk menanm adalah pada permulaan musim hujan kerana semua jalan boleh dilalui.

Elakkan menanam dimusim tengkujuh kerana banyak jalan tidak boleh dilaui dan air banyak bertakung diatas teres.
Saiz lubang mestilah bersesuaian dengan saiz polibeg iaitu tidak terlalu dalam dan tidak terlalu cetek.

Semasa menanam, baja CIRP diletekkan didalam lubang sebanyak 500 gram dan 100 gram baja campuran 15:15:6:4.

Pastikan semua polibeg dibuang dan dipadatkan dengan cermat seboleh-bolehnya dengan tanah ‘Top soil’.

Semua rekod bilangan pokok mestilah dicatitkan untuk mengetahui bilangan sebenar pokok disamping memudahkan pembayaran dibuat.


Pengurusan rumpai dikawasan tanam semula

Meracun ‘blanket’ 4 pusingan dijalankan selang 45 hari.
Selepas 4 pusingan ‘blanket’, meracun bulatan juga dilakukan selang 45 hari dengan menggunakan racun ‘Basta 15’ai : Glusofinate ammonium 13.5% (120ml/16 liter air).
Meracun bulatan dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terkena daun bawah kerana racun ini boleh menyebabkan daun mati.

Meracun selektif selang 45 hari dibuat berasingan daripada meracun bulatan untuk mengelakkan pekerja menggunakan racun yang sama untuk meracun bulatan.
Selepas 12 bulan,selang 60 hari untuk meracun bulatan dan selektif.
Selepas 24 bulan,meracun bulatan 4 pusingan dan selektif 3 pusingan dibuat.
Biasanya 30 bulan sudah sesuai untuk menuai, tetspi bergantung kepada kesuburan pokok.


Membaja

Pembajaan kawasan belum matang mengikut jadual dibawah:





Program selepas ini berdasarkan cadangan ahli agronomi.

Mengkasi

Sebelum kerja-kerja menuai dibuat, kerja-kerja mengkasi perlu dibuat dengan membuang semua bunga betina mengikut jadual dibawah sebanyak 4 pusingan:



Kerja-kerja pembangunan tanam semula mestilah diberi perhatian yang serius kerana banyak masalah-masalah dan cabaran-cabaran yang perlu ditangani dengan berkesan untuk menjamin hasil yang maksima bila matang nanti.

Dalam masa kerja-kerja penjagaan dibuat, pokok yang terencat abnormal, point-point kosong mestilah disulam dengan segera agar pokok boleh membesar dengan seragam dan memberikan hasil yang maksima.

RUMPAI - KEBAIKAN, KEBURUKAN & PENGAWALAN

Noormaizurah Omar


PENGENALAN

Rumpai ialah spesies tumbuhan renik, rendah atau tinggi, baik yang tumbuh menegak, melata mahupun yang menjalar bebas dan muncul di tempat-tempat yang tidak dimaksudkan untuknya. Boleh dikatakan rumpai bukanlah tanaman yang sengaja ditanam tetapi muncul secara sendiri atau dibawa oleh pelbagai vektor (pembawa) tanpa disedari. Takrif rumpai yang jelas telah diberikan oleh Profesor Beal, pakar dalam bidang biologi rumpai di Michigan State College sebagai " a plant out of place ".

Pada amnya, rumpai boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama ialah rumpai perosak, kedua ialah rumpai yang mempunyai kegunaan ekonomi, dan yang ketiga ialah rumpai yang bersifat neutral. Walau bagaimanapun, kualiti sifat-sifat rumpai ini sama ada sebagai perosak, berguna atau bersifat neutral berubah-ubah mengikut keadaan tertentu.

Disini akan dijelaskan serba sedikit kebergunaan atau kebaikan rumpai, masalah atau keburukan yang disebabkan rumpai, dan cara pengawalannya.

KEBERGUNAAN DAN KEBAIKAN RUMPAI

Terdapat beberapa kesukaran dalam memberi takrif kepada rumpai. Kesukaran ini mempunyai kaitan dengan cara penilaian dan pandangan yang dibuat terhadap rumpai. Tumbuhan ini mugkin dianggap tumbuhan yang merosakkan dan mungkin disesetengah kawasan ia merupakan sejenis tumbuhan yang berguna kepada manusia. Ini kerana, walaupun rumpai sering membawa masalah ia tetap memberi beberapa kabaikan kepada manusia.
Kebergunaan rumpai boleh dilihat apabila ia penting bagi mengurangkan hakisan. Ini boleh dilihat apabila rumpai ini digalakkan atau dibiarkan tumbuh dengan bebas di kawasan-kawasan yang terdedah atau diancam hakisan. Ia juga kerapkali dibiar tumbuh untuk membaik pulihkan kawasan yang telah diteroka. Ini seperti Acroceras munronum (rumput rintik rapat) yang dibiarkan tumbuh dilereng-lereng bukit sepanjang lebuh raya.

Selain kebaikan rumpai sebagai tumbuhan yang digunakan bagi mengelak hakisan ia juga telah dijadikan makanan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda, dan babi. Rumpai yang digunakan ialah seperti Paspalum dilatatum, rumput yang penting untuk ternakan yang terdapat di kawasan pantai Australia. Rumpai laut seperti Luminaria dan Fucus juga dijadikan makanan haiwan ternakan. Malah di Ireland dan Scotland terdapat industri pemprosesan rumpai untuk tujuan ini.

Selain itu terdapat juga rumpai yang boleh dijadikan sebagai makanan untuk manusia. Ini boleh dilihat apabila manusia menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama alga merah dan alga perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Namun cara memakannya berbeza-beza bergantung kepada kebudayaan masing-masing.
Rumpai laut ini boleh dimakan mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ini seperti rumpai Gracilaria coronopifolio (alga merah) dan Entermorha prolifera (alga hijau).

KEBURUKAN AKIBAT RUMPAI

Rumpai melalui takrifnya sendiri cukup mengambarkan yang ia suatu tumbuhan yang banyak memberi masalah, kerugian atau memberi kesan buruk kepada manusia dan juga haiwan. Kesan-kesan buruk ini mungkin dapat dilihat secara langsung atau tidak langsung. Walau bagaimanapun, akan diterangkan secara umum keburukan akibat rumpai ini. Perbincangan tidak akan hanya berkisar kepada kerugian yang dialami dalam sektor pertanian sahaja tetapi akan dibincangkan juga keburukannya kepada aspek-aspek lain. Kerugian yang ditimbulkan oleh rumpai sukar dinilaikan terutama kerugian yang wujud secara tidak langsung.

Keburukan akibat rumpai adalah seperti kesan buruk rumpai keatas bidang pertanian, kesan rumpai kepada manusia dan haiwan, kesan rumpai keatas pengaliran air sungai dan kolam, dan lain-lain kesan lagi.

KESAN RUMPAI KEPADA SEKTOR PERTANIAN

Rumpai menimbulkan kesan yang sangat jelas ke atas pengeluaran hasil pertanian. Ini kerana rumpai biasanya lebih agresif dan dapat menyesuaikan pertumbuhannya walaupun dalam keadaan yang kurang baik. Sifat begini biasanya dipunyai oleh kebanyakan spesies rumpai yang hidup di dalam kawasan pertanian. Selain daripada sifat yang dinyatakan itu, rumpai juga mempunyai beberapa sifat lain yang agak istimewa berbanding dengan tanaman. Kesemua sifat ini akan menolong rumpai untuk bersaing dengan tanaman. Rumpai lebih berjaya dalam persaingan terhadap nutrien, air, karbon dioksida, dan cahaya jika dibandingkan dengan tanaman. Ini menyebabkan kemerosotan hasil dalam kebanyakan kawasan pertanian. Dalam tanaman tertentu, rumpai menyebabkan peratus kemerosotan yang sangat tinggi. Ini seperti rumpai Echinochloa crus-galli yang tumbuh dalam sawah dan bersaing dengan pokok-pokok padi dan akan mengakibatkan pengeluaran padi merosot.

Rumpai selain daripada mengurangkan hasil ia juga akan menjejaskan kualiti tanaman disamping meningkatkan kos pengeluaran. Ini kerana biji atau serpihan daripada rumpai sering bercampur dengan hasil tuaian. Ini sering berlaku semasa menuai tanaman bijirin dengan menggunakan alat jentera. Bijirin yang tercemar dengan biji-biji rumpai mempunyai harga pasaran yang rendah. Contohnya, padi yang bercampur dengan biji-biji
rumpai akan dikelaskan dengan gred yang rendah. Malah bahagian-bahagian tanaman yang bercampur dengan biji-biji rumpai akan menyebabkan kerosakan semasa penyimpanan. Serpihan rumpai biasanya lembap dan semasa pereputan haba akan terbebas dan kulat pada serpihan rumpai boleh menjangkiti tanaman dan merosakkannya. Semua ini akan menjejaskan kualiti tanaman.

Rumpai turut meningkatkan kos pengeluaran kerana penggunaan buruh dan racun rumpai bagi mengawal pertumbuhannya. Merumput rumpai perlu dilakukan terutama dalam peringkat tertentu dalam masa pertumbuhan tanaman. Misalnya, dalam tanaman kacang tanah,rumpai perlu sentiasa dijaga rapi dalam tempoh 4 minggu pertama. Jika ia tidak dijaga rapi dalam tempoh ini, maka pertumbuhan pokok akan terencat. Ini akan merugikan petani.

KESAN RUMPAI KE ATAS MANUSIA DAN HAIWAN

Tikus merupakan pembawa penyakit sampar dan gemar hidup di kawasan belukar. Kuman penyakit ini iaitu sejenis bakteria Yarsinia pestis, berjangkit daripada seekor tikius kepad seekor tikus yang lain oleh sejenis kutu Xenopsylla cheopsis. Apabila tikus ini mati, kutu tikus pembawa ini boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit tersebut. Biasanya rumpai yang hidup berhampiran air, misalnya Eichhornia crassipes menjadi tempat yang sesuai kepada tikus pembawa kuman tersebut. Terdapat banyak lagi contoh yang menunjukkan rumpai boleh menjadi habitat kepada vektor. Misalnya lalat Stomoxys dan Tabanus hidup di kawasan belukar dan membawa Trypanosoma evansi yang boleh menyebabkan penyakit surra pada lembu.

Terdapat juga rumpai yang mengandungi sebatian kimia yang boleh menyebabkan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan yang memakannya. Ada spesies rumpai yang mengandungi aras oksalat larut yang tinggi seperti Halogeton glomeratus dan terdapat juga rumpai yang mengandungi asid hidrosianik seperti Prunus. Selain bahan-bahan tersebut terdapat beberapa lagi bahan beracun yang boleh didapati pada rumpai. Bahan-bahan beracun ini boleh didapati terkumpul di bahagian biji, beri, umbisi atau daun. Di Afrika Selatan, biji-biji Senecio sp. yang bercampur dengan gandum telah menyebabkan keracunan kepada manusia.
Daripada beberapa contoh di atas jelas menunjuk adanya hubungan rumpai dengan kesihatan dan keracunan terhadap manusia dan haiwan ternakan.

KESAN RUMPAI KE ATAS PENGALIRAN AIR SUNGAI DAN KOLAM

Rumpai akuatik tidak kurang juga menimbulkan masalah dalam sistem perparitan di negara ini. Rumpai-rumpai seperti Lemna, Pistia, dan Eichhornia crassipes, menimbulkan pelbagai masalah yang perlu dikawal setiap masa kerana ia hidup dalam parit dan kolam-kolam boleh menyekat pengaliran air. Perahu tidak dapat bergerak dalam sungai-sungai yang dipenuhi dengan rumpai akuatik. Keadaan ini akan mengganggu laluan di sungai yang merupakan sistem perhubungan yang penting disesetengah kawasan.

Ikan juga sukar untuk hidup di kolam-kolam yang ditumbuhi dengan rumpai seperti Lemna, Pistia, dan Salvinia di permukaan airnya. Disebabkan kandungan oksigen di dalam air ini sangat rendah serta kekurangan cahaya menyebabkan ikan tidak sesuai untuk hidup.

KESAN-KESAN RUMPAI YANG LAIN
Rumpai juga memberi kesan keatas penjagaan kawasan rekreasi, taman dan padang permainan. Kewujudan rumpai di kawasan tersebut akan mencacatkan pemandangan dan menyukarkan pergerakan. Ia juga akan mencacatkan kecantikan sesuatu kawasan tersebut.

Selain itu rumpai turut memberi kesan keatas kualiti ternakan. Ini boleh dilihat apabila haiwan ternakan seperti lembu tenusu telah menghasilkan susu yang rendah kualitinya. Ini kerana rumpai seperti rumpai dari genus Allium spp. yang terdapat di padang-padang ragut.

PENGAWALAN RUMPAI
Rumpai boleh menyebabkan kerugian yang besar dalam penghasilan tanaman, dan keindahan alam sekitar. Oleh yang demikian rumpai perlulah dikawal pertumbuhannya. Terdapat pelbagai kaedah pengawalan rumpai yang boleh digunakan. Antaranya, kawalan secara mekanik, kawalan secara biologi, kawalan secara pencegahan melalui amalan yang baik dan kawalan secara menggunakan racun rumpai.

KAWALAN SECARA MEKANIK

Kawalan secara mekanik ialah termasuk kawalan dengan tangan seperti mencabut, mencangkul, menebas keluar rumput daripada tanah. Kerja-kerja tersebut boleh dilakukan sendiri oleh petani dengan menggunakan alat-alat seperti parang, cangkul, sabit tajak, tenggala,dan mesin yang dilengkapi dengan alat-alat pemotong. pembajak dan penggembur yang memudahkan lagi kerja-kerja pengawalan di samping menjimatkan masa, kos, dan tenaga manusia.

KAWALAN SECARA BIOLOGI

Kaedah pengawalan ini melibatkan penggunaan haiwan seperti kulat, parasit, bakteria danpelbagai organisma lagi. Kaedah ini juga melibatkan penggunaan binatang ternakan seperti lembu, kambing,biri-biri dan kerbau. Kaedah ini sesuai terutama di kawasan padat dengan rumpai.

PENCEGAHAN MELALUI AMALAN YANG BAIK

Penbiakan rumpai dapat dikurangkan jika beberapa langkah pengawalan telah dilakukan diperingkat awal-awal lagi. Ini seperti menggunakan biji benih yang bermutu tinggi dan bersih daripada biji benih rumpai. Menggunakan alat-alat pembajak, yang bersih dan dicuci selepas menggunakannya. Selain itu memastikan biji-biji rumpai yang telah di potong tidak dibuang dimerata-rata tempat sehingga boleh bercampur semula dengan biji benih tanaman. Sekiranya petani mengamalkan cara amalan ini , berkemungkinan tanaman mereka menghasilkan hasil yang baik boleh ditingkatkan.

KAWALAN DENGAN MENGGUNAKAN RACUN RUMPAI

Penggunaan racun rumpai dalam mengawal pertumbuhan adalah suatu kaedah yang sering digunakan dalam bidang pertanian pada masa ini. Penggunaan racun rumpai dapat menjimatkan kos dan masa. Racun rumpai yang baik dan sesuai untuk menghalang pembiakkan rumpai dapat memusnahkan rumpai di kawasan pertanian.

Racun rumpai yang digunakan boleh berbentuk organik dan bukan organik. Contoh-contohnya seperti Natrium arsenit (racun bukan organik) dan racun klorofenoksi (racun organik).

KESIMPULAN

Rumpai walaupun melalui takrifnya membawa makna kepada yang lebih buruk daripada memberi kesan baik atau kebergunaan, ia tetap penting kepada ekosistem bumi kita. Rumpai boleh di kawal dan pengawalan yang betul dapat menjimatkan kos, masa , dan tenaga. Rumpai juga menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan ternakan.

BIBLIOGRAFI
Ismail Sahid 1989. Sains Rumpai. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Azly b. Mohd.Yusof 1988. Rumpai: Panduan Berilustrasi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Ismail 1995. Rumpai Laut Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.















Tuesday, May 26, 2009

PEMANGKASAN PELEPAH SAWIT

Tujuan

  • Untuk mengekalkan kanopi yang sihat sepenuhnya dengan membuang pelepah lebihan. (tua, mati, rosak dan berpenyakit)
  • Untuk mengekalkan luas daun yang optimum dan memaksimakan pengekalan nutrient dan air kedalam bahan kering vegetatif dan penghasilan buah.

Kekerapan

Semasa menuai dan setahun sekali.

Peralatan

Pokok kelapa sawit muda (tinggi pokok kurang 4 meter)

  • Pahat (4 – 5 inci lebar) disambung pada batang paip besi.
  • Batu pengasah.

Pokok tinggi melebihi 4 meter

  • Sabit penuai.
  • Batu pengasah.

Kaedah Kerja

  • Sebelum tuaian yang pertama hendaklah dilakukan ‘basal pruning’ dan diikuti amalan curi buah selama 12 bulan.
  • Bilangan pelepah yang mencukupi perlu dikekalkan untuk menyediakan luas indek daun (LAI) yang mencukupi sepanjang hayat pokok kelapa sawit tersebut. Pemangkasan berlebihan dan kurang pemangkasan hedaklah dielakkan.

  • Pangkal pelepah hendaklah dipotong rapat bagi mengelakkan biji lerai terlekat.
  • Pokok mandul adalah tidak produktif, tetapi perlu dicantas juga untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan lading sehinggalah ia diracun dan dibuang.
  • Penyusunan pelepah dikawasan rata perlu dibuat dengan kemas dilorong pelepah yang disediakan selang sebaris dengan lorong tuai.
  • Bagi kawasan bukit atau tanpa teres, susunan pelepah hendaklah dibuat melintang atau mengikut kontor teres.
  • Jangan biarkan laluan air tersekat dengan pelepah dan jangan bakar pelepah yang dipotong.


Keselamatan

  • Pekerja mencantas mestilah menjarakkan diri dari pokok dan memotong pada lingkaran pelepah bagi mengelakkan kecederaan dari pelepah yang jatuh.
  • Alihkan pangkal pelepah dan letakkan kawasan yang berduri kedalam ditengah lorong pelepah bagi meminimakan kecederaan kaki dan tapak kaki.
  • Bulatan yang bersih dan bebas dari rumpai akan menyediakan laluan yang selamat bagi pekerja mencantas pelepah.
  • Pahat, sabit, parang adalah alat yang tajam dan perlu digunakan dengan berhati-hati.
    Kegagalan mengikut prosedur keselamatan boleh mengakibatkan kecederaan.

Tuesday, May 19, 2009

Teknik Inovatif Tanam Semula Sawit

By Dr Khalid Haron (MPOB)

POKOK sawit adalah sejenis pokok saka yang mampu mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Jangka hayat ekonominya antara 25 hingga 30 tahun dan boleh tumbuh pada ketinggian 20 hingga 30 meter. Penanaman semula sawit biasanya dijalankan selepas 25 hingga 30 tahun berikutan masalah penuaian pokok sawit yang terlalu tinggi dan faktor ekonomi yang boleh mengurangkan pendapatan kerana kekurangan hasil pokok tua yang melepasi jangka hayat ekonomi.Usaha menanam semula kawasan tanaman pokok sawit yang tua dan tidak ekonomik sedang dipergiatkan bagi memastikan semua kawasan tanaman sawit mengeluarkan hasil tinggi dan memberikan pendapatan lumayan kepada pengusaha sawit. Menyimpan atau membiarkan tanaman sawit melepasi hayat ekonomik adalah satu langkah kurang bijak. Ini kerana hasil sawit dikeluarkan rendah sedangkan kos pengeluaran seperti baja, racun, upah menuai, pengangkutan dan sebagainya, adalah tinggi. Justeru, pulangan bersih diperoleh berkurangan. Untuk terus berdaya saing, pekebun kecil perlu memperoleh pengeluaran tinggi dengan kos pengeluaran yang rendah. Ini hanya boleh dicapai dengan menanam semula pokok sawit tua dan tidak ekonomik.Beberapa teknik tanam semula sawit biasa digunakan seperti dengan cara menebang dan membakar bersih sisa biojisim sawit meliputi batang dan daun pelepah sawit. Pembakaran sisa biojisim sawit boleh menyebabkan kehilangan bahan organik dan kebanyakan nutrien yang terkandung di dalam sisa biojisim sawit di samping pencemaran udara berikutan pengeluaran gas karbon dioksida dan benda asing. Kehilangan bahan organik ketika pembakaran juga boleh memberi kesan kepada hakisan tanah yang buruk, merosakkan keadaan tanah, mengubah kesan ekologi terhadap mikro flora dan fauna tanah dan boleh menyebabkan permukaan tanah yang tidak larut resap yang mengurangkan resapan dan simpanan air.

Atas arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS), pembakaran terbuka diharamkan bagi mengelakkan pengeluaran asap berlebihan, yang mana memberi kesan besar kepada kualiti udara dan penglihatan dengan berpandukan kepada keluasan kawasan tanam semula sawit. Bagaimanapun, kelonggaran boleh diberi dengan izin JAS bagi menjalankan pembakaran bagi kawasan bermasalah yang terhad seperti serangan penyakit reput pangkal batang ‘Ganoderma’.
Polisi amalan pembakaran sifar yang dipraktikkan sekarang bagi tanam semula sawit adalah satu contoh baik ke arah kemajuan amalan yang mampan berdasarkan kepada bekalan nutrien dan pengurusan sisa biojisim sawit yang bijak.
Di samping pemuliharaan nutrien dan bahan organik, ia juga memberi kesan yang baik terhadap penjagaan ‘biodiversity’ flora dan fauna tanah.Teknik penanaman semula menggunakan kaedah pembakaran sifar adalah satu pendekatan yang tidak mencemarkan alam sekitar yang mana batang sawit ditebang, diracik dan dibiarkan di ladang hingga reput. Teknik ini berupaya menambah bahan organik, memperbaiki ciri fizikal tanah dan meningkatkan kesuburan tanah. Unsur pemakanan tanaman dikitar semula ke dalam tanah melalui proses pereputan sisa biojisim sawit. Dengan ini, penggunaan baja kimia dapat dikurangkan.

Kedapatan biojisim sawit ketika tanam semula

Ketika tanam semula sawit tua dengan teknik pembakaran sifar, wujud jumlah biojisim sawit yang besar meliputi batang, pelepah dan akar. Jumlah biojisim sawit untuk setiap hektar dianggar lebih kurang 85 tan bahan kering daripada batang dan pelepah dan 16 tan bahan kering daripada akar yang berada di bawah tanah. Biojisim ini mengandungi nutrien yang signifikan iaitu bersamaan dengan 642 kg unsur nitrogen (N), 58 kg unsur fosforus (P), 1384 kg unsur kalium (K) dan 156 kg unsur magnesium (Mg) seperti di Jadual 1. Sekiranya unsur-unsur ini ditukar dalam bentuk baja kimia, kandungan nutrien ini bersamaan dengan lebih kurang 3.06 tan Ammonium Sulfat (AS), 0.37 t Christmas Island Rock Phosphate (CIRP), 2.77 t Muriate Of Potash (MOP) dan 1.00 t Kieserite. Dalam nilai ringgit (RM) jumlah nutrien ini dianggar sekitar RM5138 (berdasarkan harga semasa baja kimia 2004).
Jumlah nutrien yang disumbangkan melalui kitaran biojisim berkenaan dapat mengurangkan keperluan baja kimia bagi mengoptimumkan pertumbuhan pokok sawit sebelum matang.Jumlah nutrien yang tersimpan dalam biojisim sawit pokok tua semasa tanam semula adalah bersamaan dengan keperluan pembajaan yang standard bagi pokok sawit muda sehingga berumur lima hingga enam tahun bagi unsur pemakanan N, K dan Mg dan dua tahun lagi bagi unsur pemakanan P. Kajian mendapati dengan teknik pembakaran sifar menanam sawit keperluan baja kimia boleh dikurangkan sehingga 50 peratus sehingga tahun kelima menanam. Namun demikian, pokok sawit muda perlu dibekalkan dengan sebahagian kadar baja yang standard mengikut jadual untuk mengimbangkan keperluan baja oleh pokok dalam satu-satu masa.

Pereputan dan pembebasan nutrien sisa biojisim sawit

Kajian pereputan sisa biojisim sawit menunjukkan dedaun sawit cepat reput diikuti oleh rakis pelepah, batang dan akar sawit. Secara purata, kebanyakan sisa biojisim sawit reput dalam lingkungan 12-18 bulan. Walaubagaimana pun, sebahagian bahang yang keras seperti akar yang besar mengambil masa lebih daripada 18 bulan untuk reput. Pembebasan nutrien daripada sisa biojisim sawit adalah berbeza mengikut unsur nutrien di mana pembebasan nutrien daripada sisa biojisim sawit adalah berbeza mengikut unsur nutrien di mana pembebasan unsur K adalah yang paling cepat diikuti oleh unsur nutrien Mg, Ca, P dan N (K>Mg=Ca>P>N). Secara umum, pereputan biojisim membebaskan sebahagian besar unsur nutrien dalam tempoh 18 bulan dan dipindahkan ke dalam tanah. Proses pereputan ini juga menghasilkan karbon organik yang banyak pada permukaan tanah dan ini meningkatkan lagi kesuburan tanah.Amalan biasa menanam anak sawit.

Teknik pembakaran sifar yang biasa diamalkan sekarang untuk menanam semula sawit tidak dimajukan dengan pemahaman proses kitaran nutrien dan bahan karbon organik yang dinamik
Melalui teknik tanam semula pembakaran sifar, kebiasaannya anak sawit ditanam di kawasan lapang di antara barisan timbunan sisa biojisim pokok sawit yang diracik (Rajah 1). Dengan amalan ini, pelepasan nutrien daripada sisa biojisim yang reput tidak dapat diambil oleh anak sawit dengan serta merta kerana pertumbuhan akar anak sawit adalah terhad di peringkat ini, serta kedudukan anak sawit berada jauh dari kawasan timbunan sisa biojisim.
Oleh itu, kebanyakan nutrien yang dibebaskan biojisim pada peringkat awal berkemungkinan akan hilang melalui proses hakisan, larut resap atau diikat oleh kumin tanah dan tidak dapat diambil oleh pokok sawit.Dalam kebanyakan keadaan, biojisim dari dua barisan sawit asal dilonggokkan menjadi satu barisan timbunan biojisim yang tinggi dan tebal. Timbunan biojisim ini biasanya akan mengambil masa yang agak lama untuk reput disebabkan kebanyakan biojisim tersebut tidak mengenai permukaan tanah. Pengenalan dan perkembangan teknik inovatif menanam anak sawit.

Satu teknik inovatif telah diperkenalkan di mana anak sawit ditanam di dalam kawasan timbunan sisa biojisim sawit untuk meningkatkan kecekapan penggunaan nutrien yang dibebaskan oleh biojisim . Kedudukan anak sawit di kawasan timbunan sisa biojisim membolehkan anak sawit mengambil terus nutrien yang dibebaskan daripada proses pereputan dan mineralisasi.
Pembebasan nutrien berlaku serentak dengan pengambilan nutrien anak sawit walaupun perkembangan akar anak sawit pada peringkat ini terhad.Penyelidikan kitaran semula nutrien dan pengurusan sisa biojisim sawit yang telah dijalankan menunjukkan potensi mengoptimumkan penggunaan nutrien yang dibebaskan biojisim sekiranya biojisim sawit dapat diuruskan dengan bijak. Pokok sawit yang ditanam di dalam timbunan sisa biojisim sawit dapat memberi pertumbuhan yang memberangsangkan dan mencapai peringkat kematangan yang lebih awal berbanding dengan kaedah penanaman anak sawit cara biasa.Ini disebabkan keadaan sifat fizikal dan kimia tanah yang baik melalui pemuliharaan input bahan karbon organik di bawah kawasan sungkupan.
Teknik yang diperkenalkan memberi kebaikan kepada pemuliharaan kesuburan tanah dan lain-lain sifat fizikal dan kimia tanah disebabkan kesan sungkupan. Kaedah ini dapat mengurang dan menjimatkan penggunaan input baja sehingga lima tahun pada peringkat awal kematangan pokok sawit.Teknik inovatif menanam anak sawit

Menebang dan Meracik
Pokok sawit tua ditebang dan batangnya diracik setebal 5 hingga 10 sm pada sudut 45 hingga 60 darjah menggunakan ‘chipping bucket’ yang dipasang pada alat jengkaut berkuasa kuda 120 HP . Batang sawit yang diracik mempercepatkan pereputannya.

Ketika meracik operator mesin perlu membersihkan dan mengosongkan sedikit kawasan lebih kurang 1.5 meter persegi di antara pokok sawit lama untuk kawasan tanaman anak sawit baru. Biojisim sawit yang diracik perlu di serak sama rata lebih kurang 3 - 4 meter lebar bagi mengelakkan pembentukan timbunan biojisim sawit yang tebal dan tinggi (Rajah 4). Setiap operator mesin boleh menebang dan meracik antara 80 - 120 pokok sawit sehari.Selepas lengkap kerja menebang dan meracik, garis asas atau ‘rajah lines’ untuk pancang baru menanam anak sawit diukur. Garis asas bagi barisan sawit lama digunakan sebagai panduan dan pancang baru untuk menanam di barisan sawit lama dan antara pokok sawit lama.

Menanam Kekacang Penutup Bumi
Sebelum menjalankan kerja menanam kekacang penutup bumi, kawasan antara barisan tanaman atau kawasan antara biojisim sawit perlulah dibajak atau ‘rotor’ untuk mempercepatkan perkembangan kekacang penutup bumi. Adalah penting bagi kekacang penutup bumi seperti Calapogonium caeruleum dan Pueraria javanica berkembang dengan cepat bagi menutup keseluruhan biojisim yang diracik di mana keadaan ini boleh mengurangkan pembiakan kumbang badak. Penutupan biojisim sawit dengan kekacang penutup bumi akan membuatkan keadaan yang lembap dan boleh mempercepatkan pereputan batang sawit yang diracik.Menanam Anak Sawit

Menanam anak sawit biasanya dijalankan dalam masa 2 bulan selepas menebang dan meracik. Operasi menanam boleh dilaksanakan terus selepas kerja menebang, meracik dan membaris siap bagi memendekkan masa tanah terbiar kosong tanpa tanaman. Setiap lubang tanaman perlu diletak dengan baja fosfat sebanyak 250g ketika menanam.

Kesan Terhadap Nutrien Dinamik Tanah dan Penambahan Bahan Organik Karbon Di Permukaan Tanah

Sisa biojisim sawit semasa tanam semula boleh menyumbang kepada bekalan nutrien yang signifikan terutama nitrogen (N) dan kalium (K) bagi menggantikan input baja kimia yang diperlukan untuk penjagaan dan penghasilan potensi hasil sawit yang maksimum. Penyelidikan telah dijalankan untuk mengkaji kesan menanam anak sawit di kawasan yang tidak mempunyai biojisim sawit di banding dengan menanam anak sawit di kawasan timbunan biojisim sawit di mana semua biojisim yang kedapatan dikeluarkan dari ladang. Sepanjang tempuh penyelidikan dijalankan anak sawit tidak dibekalkan dengan input baja kimia kecuali baja fosfat diletakkan di dalam lubang semasa menanam.
Ini bertujuan untuk mengkaji kitaran nutrien yang di sumbang oleh biojisim sawit berpindah dan diambil oleh anak sawit dan juga melihat perubahan nutrien dalam tanah dan ciri fizikal dan kimia tanah semasa tanam semula.Perubahan ciri kimia tanah dan nutrien dinamik pada kedalaman 0-15sm selama tempuh 48 bulan dengan rawatan pengurusan biojisim sawit yang berbeza .
Adalah nyata rawatan perletakkan biojisim sawit mengubah kitaran nutrien sistem tersebut dengan bertambahnya kedapatan nutrien di dalam tanah.Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, pertambahan yang banyak bagi nutrien N dalasm tanah bagi rawatan yang mempunyai sisa biojisim sawit. Semasa 24 bulan selepas rawatan, plot rawatan yang mengandungi biojisim sawit mempunyai nilai 0.28 peratus nutrien N dan aldah lebih signifikan tinggi di banding dengan plot rawatan tanpa biojisim sawit yang mempunyai nilai nutrien N sebanyak 0.20 peratus.

Seperti nutrien N, tahap kandungan nutrien P juga lebih tinggi bagi plot rawatan yang mempunyai biojisim sawit di banding dengan plot rawatan yang tidak mempunyai biojisim sawit. Bagi nutrien K, tahap kandungan nutrien K untuk tempuh 12-48 bulan bagi plot rawatan yang mempunyai biojisim sawit adalah lebih signifikan tinggi (antara 0.26 - 2.62 meq./100g tanah), walaupun tahapnya menurun mengikut masa.
Kandungan nutrien Mg dalam tanah didapati mempunyai corak yang agak sama seperti nutrien K. Pada kebanyakan masa nutrien Mg dalam plot rawatan yang mempunyai biojisim sawit berada (antara 0.40 – 1.11 meq./100g tanah) dan lebih tinggi daripada plot rawatan yang tidak mempunyai biojisim sawit (antara 0.17 - 0.46 meq./100g tanah).
Kawasan sungkupan di bawah sisa biojisim sawit yang reput juga mempunyai sifat struktural tanah yang sangat baik dipulihara oleh pertambahan input bahan organik dan aktiviti fauna tanah. Timbunan bahan organik karbon hasil dari pereputan biojisim sawit didapati bertambah diplot yang mempunyai sisa biojisim sawit. Sebaliknya, kawasan plot yang tiada biojisim sawit tidak mempunyai timbunan bahan organik karbon dan tidak menunjukkan ciri-ciri tanah yang baik untuk pertumbuhan sawit.
Kesan Terhadap Ciri Fizikal-kimia Tanah
Disamping menyumbang nutrien secara terus, faedah tambahan yang diperolehi daripada sungkupan sisa biojisim sawit di mana memperbaiki ciri fizikal dan kimia tanah, kedapatan nutrien tanah dan populasi fauna dan mikrob untuk pertumbuhan sawit.

Kelembapan Tanah
Penggunaan sisa biojisim sawit boleh mengubah kelembapan tanah terutama semasa cuaca kering atau musim kurang hujan. Kesan sungkupan terhadap kelembapan tanah adalah lebih nyata pada peringkat awal dan berkurangan dengan pereputan tanaman. Ketika kurang hujan, kandungan kelembapan tanah yang signifikan tinggi diperoleh di kawasan rawatan yang menggunakan sungkupan sisa biojisim sawit berbanding kawasan rawatan yang tiada sisa biojisim sawit.

Kemasaman (pH) Tanah
Perubahan pH disebabkan penggunaan sisa biojisim sawit biasanya didapati selepas 10 bulan rawatan di mana ‘base cation’, terutamaCa dilepaskan melalui pereputan biojisim. Kajian mendapati selepas 12 bulan rawatan, pH tanah pada kedalaman 0-15sm berada pada tahap 4.67 di kawasan yang tiada sisa biojisim sawit dan bertambah ke tahap signifikan 5.32 di kawasan yang ada sisa biojisim sawit.Kapasiti Pertukaran Kation (CEC)
Salah satu ciri kimia yang signifikan bagi bahan organik karbon tanah ialah mempunyai kapasiti pertukaran yang tinggi bagi kation dan anion. Penggunaan sisa biojisim sawit memberi kesan terhadap CEC tanah. Rawatan dengan sisa sawit menunjukkan CEC yang signifikan tinggi (>8.50 meq./100g tanah) di banding dengan rawatan yang tidak diletak dengan sisa biojisim sawit (<8.50 meq./100g tanah). Kesan ini disebabkan pertambahan dalam kapasiti pertukaran dengan pembentukan bahan humic.
Faedah teknik inovatif

Teknik baru ini dapat mengurangkan penggunaan input baja kimia. Dianggarkan lebih kurang 50 peratus input baja boleh dikurangkan sehingga 5 tahun pertama semasa diperingkat awal kematangan sawit. Kawalan rumpai juga berkurangan di sekeliling bulatan anak sawit semasa 2 tahun pertama selepas menanam. Oleh itu dapat mengurangkan kos penjagaan dan pengeluaran.Anak sawit yang ditanam di kawasan timbunan biojisim sawit menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dan mencapai peringkat kematangan yang lebih awal berbanding anak sawit yang ditanam secara biasa.Dengan menggunakan barisan lama menanam anak sawit baru, tiada kos tambahan yang perlu untuk infrastruktur baru seperti pembinaan jalan ladang, parit ladang dan teres.
Kesimpulan
Penanaman semula sawit secara pembakaran sifar adalah satu kaedah mesra alam di mana tidak mencemarkan alam sekitar dan dapat menyumbangkan kepada persekitaran yang lebih bersih di samping berupaya menambah bahan organik, memperbaiki ciri fizikal tanah dan mempertingkatkan kesuburan tanah. Kitaran biojisim sawit ketika tanam semula dengan pengurusan agronomik yang bijak tanpa diragui dapat menyumbang unsur pemakanan yang signifikan ke dalam tanah melalui proses pereputan biojisim sawit dan kemudian diambil oleh anak sawit yang baru ditanam. Teknik inovatif menanam anak sawit di kawasan timbunan sisa biojisim sawit menunjukkan pendekatan berdaya maju di mana dapat menambah produktiviti tanah selaras perkembangan ekonomik yang mampan. Amalan ini dapat mengurangkan penggunaan baja kimia secara langsung dan seterusnya mengurangkan kos pengeluaran.

Monday, May 18, 2009

PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

PENDAHULUAN
Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu operasi ladang.
Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik.
Namun begitu tidak kurang juga ladang-ladang yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk jenis baja yang difikirkan terbaik, kerja percontohan daun/tanah serta analisis dan mengubahsuai kadar baja yang ditabur tetapi tidak memanfaatkan usaha-usaha ini disebabkan kelalaian dan penyeliaan yang tidak sempurna atau menyeluruh di ladang

KESALAHAN-KESALAHAN YANG SERING DITEMUI DI LADANG
  • Kaedah penaburan baja tidak betul. Baja tidak ditabur rata tetapi bertompok-tompok dalam bulatan pokok. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan mengundang kepada kehilangan baja melalui air larian permukaan dan larut resap.
  • Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering ataupun musim hujan.
  • Kadar baja tidak mencukupi terutama pada kawasan tanaman muda dan yang berpotensi untuk berhasil tinggi akibat daripada penyeliaan yang tidak sempurna.
  • Ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis baja ditabur tidak mengikut keperluan pokok.
  • Salah tempat perletakan baja.
  • Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan meningkatkan kadar baja berbanding dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih dahulu.
  • Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara berlebihan menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan vegetatif pokok berbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga dan tandan buah.
KEPERLUAN ZAT NUTRIEN PADA POKOK SAWIT
A. Nutrien Utama

1. Nitrogen (N)
  • Penting dalam pembentukan klorofil, protin dan beberapa enzim dalam tumbuhan.
    Memberi kesan terhadap luas permukaan daun, warna daun dan kadar penghasilan daun.
  • Kekurangan N amat nyata pada pokok sawit muda yang ditanam pada kawasan berprofil cetek, berpasir ataupun tanah yang tidak bersaliran baik.
    Sumber baja N contohnya ammonium sulfat (21%N), urea (46%N), dan ammonium nitrate (34%N).

2. Fosforus (P)

  • Kekurangan P boleh menyebabkan pertumbuhan palma terbantut, pelepah pendek, ukurlilit batang dan saiz tandan kecil.
  • Bagaimanapun, kandungan P secara berlebihan dalam palma boleh menindas pengambilan kuprum (Cu) dan zink (Zn).
  • Sumber baja fosforus contohnya CIRP (35% P2O5), TSP (46% P2O5) dan Gafsa (29% P2O5)
3. Kalium (K)
  • Kandungan K yang cukup boleh meningkatkan ketahanan pokok sawit terhadap serangan penyakit dan musim kemarau serta boleh meningkatkan bilangan dan saiz tandan.
  • Kekurangan K pada palma kerap berlaku pada tanah berpasir dan gambut.
    Tanda-tanda kekurangan K adalah bintik-bintik oren (orange spotting) pada daun dan dalam keadaan teruk hujung daun menjadi kering.
  • Kandungan K yang berlebihan dalam palma boleh menjejaskan kandungan minyak dalam tandan,merendahkan kandungan boron (B) dan magnesium (Mg) dalam palma.
    Sumber K adalah seperti MOP (60% K2O) dan abu tandan (bunch ash) (30-40% K2O).
4. Magnesium (Mg)
  • Magnesium adalah elemen utama dalam klorofil dan sangat penting untuk kecekapan fotosintesis.Selain itu ia juga berperanan untuk metabolisma fosfat, respirasi tumbuhan dan pengaktifan enzim.
  • Kekurangan Mg kerap berlaku pada tanah berpasir dan sangat berasid.
  • Daun pada pelepah tua yang terdedah pada matahari akan menjadi kuning/oren bermula pada tepi lai daun. Dalam keadaan teruk hujung dan keseluruhan pelepah bawah akan berwarna kuning/oren dan menjadi kering.
  • Kandungan K dan Ca yang tinggi dalam tanah boleh menjejaskan pengambilan Mg oleh palma.
  • Sumber Mg adalah seperti Kieserite (27% MgO) dan GML (18-20% MgO).

5. Kalsium (Ca)
  • Keperluan Ca tidak begitu ketara pada tanaman sawit. Keperluan Ca oleh pokok sawit dapat dipenuhi secara tidak langsung dengan pemberian baja fosfat (RP) dan kapur (GML) kerana kedua-duanya mengandungi Ca.
  • Hanya diperlukan pada tanah berasid dan gambut untuk mengurangkan keasidan tanah dan seterusnya meningkat penyerapan nutrien lain seperti N, P dan unsur mikro oleh palma.
  • Sumber: GML (18 – 20% MgO)

B. Mikro Nutrien
1. Boron (B)
  • Kekurangan boron menyebabkan rupabentuk daun tidak normal seperti daun bercangkuk (hooked leaf), daun kerinting (crinkled leaf), daun pelepah kecil, daun berbentuk tulang ikan (fish-bone leaf) dan cacat hujung daun (blind leaf).
  • Keperluan B pada palma meningkat apabila pendebungaan sawit bertambah baik dengan bantuan agen pendebungaan seperti Elaeidobius kamerunicus.
  • Kekurangan B juga berkaitan dengan kandungan N, K dan Ca yang tinggi dan tidak seimbang pada pokok sawit.
  • Sumber B: Pelbagai sumber sodium borate seperti HGFB (46-48% B2O3)

2. Kuprum (Cu)
  • Kekurangan Cu berlaku pada pokok sawit yang ditanam pada tanah gambut atau sangat berpasir.
  • Gejala yang teruk menyebabkan pucuk/daun pelepah muda menjadi pendek, kuning dan akhirnya kering.
  • Juga dikenali sebagai 'mid-crown chlorosis'.
  • Sumber Cu adalah seperti kuprum sulfat.

3. Zink (Zn)
  • Kekurangan Zn kerap berlaku pada tanah gambut dan boleh menjejaskan pembentukan vegetatif dan reproduktif palma. Daun pelepah bawah kekuningan dan dikenali sebagai 'peat yellow'.
  • Sumber Zn adalah seperti zink sulfat
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH POKOK SAWIT
1. Kaedah Penaburan
  • Manual iaitu samada di bulatan atau baris pelepah.
2. Masa Penaburan
  • Elakkan aplikasi baja pada musim panas berpanjangan atau musim hujan.
3. Kekerapan Penaburan
  • Bergantung kepada topografi ladang, jenis tanah, jumlah hujan tahunan, dan jenis baja.
4. Kadar Baja
  • Bergantung kepada umur pokok dan potensi hasil sesuatu kawasan.

5. Tempat Perletakan Baja

  • Bergantung kepada umur pokok dan topografi iaitu baja ditabur samada di bulatan, lorong pelepah atau teres
6. Kualiti Baja
  • Baja yang tidak berkualiti mempunyai kadar nutrien yang lebih rendah daripada yang sepatutnya dan jika tidak diambil perhatian menyebabkan pokok tidak mendapat zat nutrien yang cukup dan kerugian pada pihak ladang.
  • Dua komponen yang perlu diberi perhatian iaitu komposisi nutrien dalam baja dan peratusan kelembapan pada baja.
  • Oleh itu setiap jenis baja yang diterima perlu disampel untuk analisa kedua-dua komponen berkenaan sebelum baja tersebut diaplikasi ke ladang

FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN NUTRIEN

1. Persediaan Awal Ladang Tidak Betul
  • Berlaku hakisan di ladang secara meluas menyebabkan kehilangan banyak tanah atas (topsoil)

2. Pemeruwapan (volatilisation)
  • Berlaku pada baja berunsur N seperti Urea. Boleh dikurangkan melalui:

a) Aplikasi baja berunsur N (urea) pada bulan lembap

b) Baja N yang ditabur ditutup dengan tanah (raking in).

c) Aplikasi baja N dipecahkan kepada beberapa pusingan.


3. Larut resap (leaching)
  • Kerap berlaku pada kawasan tanah berpasir dan menerima hujan tinggi.
  • Unsur N, K dan Mg adalah nutrien utama yang boleh hilang melalui larut resap.
  • Kehilangan melalui larut resap boleh dikurangkan secara:
a) Aplikasi sesuatu jenis baja dipecahkan kepada beberapa pusingan.
b) Menabur rata baja pada kawasan akar aktif tanaman untuk meningkatkan kadar
serapan.
c) Mengelakkan pembajaan pada bulan-bulan yang hujan tinggi iaitu hujan melebihi
250 mm per bulan atau bilangan hari hujan melebihi 15 hari per bulan.
d) Sungkupan dengan tandan kosong untuk meningkatkan kandungan organik tanah.
e) Meninggikan pH tanah berasid melalui pengapuran untuk meningkatkan kadar
pertukaran kation (CEC).

4. Hakisan
  • Melibatkan kehilangan tanah atas dan zat nutrien yang terkandung bersamanya.
  • Kehilangan nutrien melalui hakisan dan air larian permukaan boleh dikurangkan secara:

a) Aplikasi baja dibahagikan kepada beberapa pusingan.
b) Kekalkan penutup bumi yang baik dalam ladang

c) Penggunaan tandan kosong ataupun pelepah yang dicantas sebagai sungkupan
d) Pembinaan teres dan tapak tanaman yang baik pada kawasan berbukit.
e) Penggunaan ban (soil bund) ataupun 'silt pit' untuk memperlahan dan memerangkap aliran air pada kawasan teres

5. Zat Nutrien Diikat Oleh Tanah (Fixation)

Contohnya:

a) Nitrogen (N) diikat oleh tumbuhan kekacang ataupun mikrob untuk proses pereputan bahan organik.
b) Fosforus (P) diikat oleh tanah yang kaya dengan unsur Fe dan Al.

Proses pengikatan ini boleh dan akan dikurangkan apabila:

a) Bahan organik telah terurai sepenuhnya dan unsur N dibebaskan secara mineralisasi.
b) Aplikasi baja fosforus (P) secara jalur (band application), di atas pelepah ataupun di luar
bulatan pokok iaitu kawasan akar aktif untuk mengurangkan sentuhan baja dengan tanah.
c) Melakukan pengapuran pada tanah pH rendah.
d) Sungkupan permukaan tanah dengan pelepah yang dicantas ataupun tandan kosong.
KESIMPULAN
  • Peningkatan penghasilan BTS bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah, pembajaan, cuaca (hujan, suhu, cahaya), amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang.
  • Oleh kerana baja merupakan komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit, kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pihak pengurusan.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah:
    a) Kaedah membaja
    b) Masa penaburan
    c) Kadar pembajaan
    d) Persaingan rumpai
    e) Bilangan dirian pokok f) Serangan perosak & penyakit